Home
Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung blog ini, drnatashanorfertility.com. Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk menyebarkan informasi mengenai topik berkait-paut dengan kesuburan khususnya buat pasangan yang ingin menimang cahaya mata. Saya berharap agar dapat menyampaikan informasi yang berguna, tepat dan lebih mendalam kepada semua pembaca. Di samping itu memberikan sokongan dan inspirasi kepada pasangan yang sedang menjalani rawatan kesuburan mereka. Saya doakan agar semua pasangan-pasangan tersebut who are now in their ‘fertility journey’ akhirnya dapat menimang cahaya mata mereka sendiri di masa hadapan. In Sha Allah.
Sekiranya terdapat pertanyaan yang mungkin ingin diajukan kepada saya, para pembaca boleh email terus kepada saya. Saya akhiri entry blog pertama saya dengan kata-kata inspirasi ini:
“The longer you wait for something, the more you’ll appreciate it when you get it. Because anything worth having is definitely worth waiting for.” ~Anonymous
Salam Perkenalan,
Dr Natasha Nor
assalam doc..sy buat iui kali ke3.kali pertama sy gagal.kali kedua sy prgnant 2 bln tapi extopic pregnancy..utk kali ke3 selepas saya buat iui..lebih kurang 11 -12 slpas mjalani iui,suhu badan saya panas..adakah normal suhu badan panas?boleh doc bagi pencerahan
Wsalam Farah,
Dr Tasha rasa ianya adalah kebetulan suhu badan saya panas selepas menjalani IUI tersebut. Kebiasaannya tidak terdapat perubahan temperature badan. Diaharapkan rawatan IUI kali ini berjaya hendaknya. Jikalau tidak, usah berputus harap dan teruskan rawtan kesuburan yang bersesuaian.
Assalamualaikum dr tasha. Sy ira 34 thn…sy sudah btl 3 thn lepas dan sblum ni haid sy dtg seperti biasa namun thn ini agak berbeza kerana ia selalu lambt dtg dan kdg2 skip sebulan..adakah btl membuatkan haid sy dtg lambt..perlu kah sy berjumpa doktor
Wsalam Munirah,
Adalah lebih baik sekiranya Munirah berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan apakah punca sebenar kitaran haid tidak teratur. Kebarangkalian besar ianya disebabkan oleh masalah hormon tidak seimbang dan bukannya disebabkan BTL.
assalamualaikum dr natasha,
saya ingin bertanya, utk ivf, fasiliti doktor ada tak pilihan assisted hatching, endometrial receptive analysis dan pgd? saya baru buat ibf sekali di ppukm, dapat 9 embryo yg frozen tapi 2 fet tak berjaya, 4 embryo mati, jadi saya terfikir untun dapatkan pandangan kedua dan nak proceed dekat tempat yg ada perkhidmatan tu utk membantu..
Wsalam Nur,
Dr Tasha sudah emailkan maklum balas ya.
Salam dr. Sya berumur 37thn.Sy penah bt laparoscopy sblum nie dr. mengesahkan sya punya endometriosis dan tiub kiri sya tersumbat malah tidak dapat diselamatkan lg,selepas bberapa bln ,sya ada buat hsg dr. mngesahkan tiub kanan sya patern right para-adnexal adhesions.apa maksudnya dr.adakah tiub sya bermasalah juga n cara rawatan apa yg boleh dibuat.
As salam Riana,
Dr Tasha sudah email ya
Assalamualaikum Dr Tasha, sy Ierah brumur 31thn.. Sy sudah Mdirikan rmh tangga hampir 3 thn tetapi belum memiliki cahaya mata.. Dlm masa Tdekat.. Sy telah ke klinik swasta utk melakukan pemeriksaan kesuburan.. Utk pengetahuan doktor, sy jg mengalami PCOS.. Selepas sy melakukan rawatan HSG.. Doktor memaklumkan kedua2 tiub sy normal.. Tidak Tsumbat.. Selepas sy melakukan rawatan Tsebut, sy mengalami Pdarahan sedikit selama 2 hari.. Pd hari ke 3-4 Pdarahan sy smkn byk spt period dan masih Blarutan sehingga hari ke-6.. Adakah itu normal doktor??..
salam dr. bulan lepas saya keguguran & keluar darah seperti period pada 3april sehingga 7-8hari. selepas tu, bulan ni saya belum period. & cek UPT menunjukkan positif (1 line terang 1 line samar2) adakah ini d sebab kan hormon mengandung yg lepas masih ada?
Wsalam Didie,
Jikalau begitu, pergilah rujuk untuk mendapatkan kepastian samada ini adalah kehamilan yang baru ataupun tidak ya.
Salam Dr, boleh ke saya bertnya. Sy telah pun makan clomid pada haid ke 2 hingga ke6. Sebelum makan clomid, gynae nampak ada 4 telur di ovari. Tetapi apabila sy dtang buat tvs pada CD12,gynae menyatakan tidak nampak ovum langsung di ovari. Boleh ke saya tahu adakah ovum itu telah hilang ataupn telah keluar sebelum CD12? Adalah kerana puasa menyebabkan tiada telur nampak ketika tvs? Harap sgt reply dari doktr sbb sy ketika ni sangsi samada saya boleh lgi pregnnt ataupun tidak untuk meneruskan rawatan kesuburan. Terima kasih
Wsalam Yana,
Mengenai persoalan Yana, agak sukar untuk Dr Tasha memastikan kenapakah situasi tersebut berlaku. Adakah Yana pernah memeriksa ovarian reserve Yana sebelum ini? Adakah kitaran haid Yana teratur? Adakah ini kali pertama Yana memakan ubat clomid tersebut, jika tidak apakah respons sebelum ini? Sila berhubung di dalam email agar permasalahan ini dapat dibincang dengan lebih detail ya.
Salam sejahtera doc..sy yuga 37 dan wife sy Kavitha 35 telah mendirikan rumahtangga hampir 4 tahun,dari awal sampai skrg kami cuba untuk mendapatkan cahaya mata,kami telah ke beberapa klinik utk pemeriksaan dan isteri sy telah mengambil byk ubat2 utk pregnancy tapi masih gagal,klinik dah scan bahagian2 abdomen wife sy tapi tiada sebarang masalah dan doc bagi tahu telurnya matang dan sy juga telah buat sperm test tiada masalah,wife sy pernah ambil ubat serta suntikan hsg tapi masih gagal,skrg sy follow-up di hospital putrajaya sdh 2 tahun,hospital dah check fallopian tube wife sy dan katanya tiada sumbat dan sy sekali buat sperm test tiada masalah,hospital hanya beri metformin utk wife sy,utk next step apa perlu kami buat,boleh ke kami buat IUI,mohon nasihat dan pencerahan doc..terima kasih kerana sudi mengambil masa utk baca….
Salam Yuga,
Dr Tasha sudah emailkan jawapannya ya.