Category Archives: Rawatan

In Vitro-fertilisation (IVF)

IVF juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji. Ia adalah rawatan fertiliti di mana telur dipersenyawakan oleh sperma di dalam tabung uji. Rawatan IVF ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:

  • Wanita yang mempunyai kedua-dua belah saluran peranakannya yang tersumbat
  • Wanita yang berumur lebih dari 35 tahun dan sudah mengalami masalah kemandulan lebih dari 5 tahun
  • Pasangan yang menghidapi masalah ‘unexplained infertility’
  • Lelaki yang menghidapi masalah sperma yang teruk sama ada dari segi bilangan, pergerakan atau kualitinya
  • Wanita yang menghidapi masalah endometriosis yang teruk
  • Pasangan yang telah menjalani rawatan IUI beberapa kali tetapi masih gagal untuk hamil

Peratusan kejayaan untuk hamil dengan menggunakan rawatan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, qualiti telur atau sperma dan kaedah rawatan, secara keseluruhannya ialah 30-50%.

Prosedur IVF adalah lebih rumit dan melibatkan beberapa prosedur seperti di bawah:

  • Pasangan wanita akan mula menerima beberapa suntikan hormone selalunya hari kedua haid setiap hari (ini terpulang kepada regimen IVF yang digunakan). Tujuan suntikan hormon ini ialah untuk merangsang kilang telur untuk menghasilkan lebihan folikel.
  • Imbasan scan akan dilakukan beberapa kali untuk memantau folikel. Dos hormon akan dinaikkan atau dikurangkan bergantung kepada respon folikel.
  • Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur (‘28 – 30’ day cycle), folikel selalunya akan matang hari ke 12-14 haid dan prosedur ‘oocyte retrieval’ (OR) akan dilakukan.
  • Nama lain untuk OR ialah OPU (‘Oocyte Pick up’). Selalunya prosedur OR akan dibuat sebagai ‘out patient’ basis di mana selepas prosedur habis, pesakit akan diberi pulang ke rumah. Ubat lali akan diberikan sebelum OR, imbasan scan menggunakan ‘vaginal probe’ akan dilakukan melalui faraj dan dengan menggunakan jarum halus, folikel-folikel yang matang yang mengandungi telur (ovum) akan disedut melalui tebukan halus di lapisan atas faraj. Prosedur OR selalunya mengambil masa selama ½ jam ke 1 jam.
  • Pada hari yang sama dengan OR, pasangan lelaki diminta untuk memberikan sampel sperma. Pakar embryologist akan mempersenyawakan sperma dan ovum yang telah diperolehi dari OR.

  • Embryo akan dihasilkan dari percantuman sperma dan ovum. Pakar embryologist akan memantau perkembangan embryo-embryo ini dengan teliti. Selalunya 3 hari selepas prosedur OR, embryo yang paling elok akan dimasukkan kembali ke dalam rahim seperti gambar di bawah. Prosedur ini dinamakan embryo transfer (ET). Prosedur ini jugak akan dilakukan sebagai ‘outpatient’ basis. Pesakit akan dibenarkan pulang selepas 1 jam dan berehat di rumah
  • Ubatan untuk menguatkan rahim akan diberikan. Pesakit dinasihatkan berehat di rumah selama beberapa hari. Sekiranya haid anda tidak datang seperti yang sepatutnya, anda mungkin hamil. Ujian kehamilan boleh dibuat dengan air kencing atau darah selalunya 2 minggu selepas embryo transfer (ET). Akan tetapi imbasan scan untuk mengesan kehamilan hanya boleh dilakukan 3-4 minggu selepas ET. Sekiranya haid anda datang seperti biasa, prosedur IVF telah gagal.

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku selepas rawatan IVF seperti ‘ovarian hyperstimulation syndrome’ (OHSS), ektopic pregnancy, kandungan kembar. Kos rawatan IVF berbeza dari satu klinik ke klinik yang lain. Rawatan IVF adalah intensif dan boleh menyebabkan stress di kalangan pasangan yang menjalaninya.

logo-ivfku

Sekiranya anda ingin membuat IVF, bacalah artikel seterusnya:

IVFKU – IVF pada kos yang berpatutan

Seminar IVFku

Perlukah membuat persediaan untuk rawatan IVF

Penjagaan selepas embrio transfer

Rawatan IVF gagal – di manakah silapnya

Kenapakah kos IVF mahal?

Mencapai IVF yang ‘patient-friendly’ dan praktikal

Apakah frozen embryo transfer?

Model Pembiayaan untuk IVF

Rawatan IVF. Apa yang berlaku di makmal IVF

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Intrauterine Insemination (IUI)

 

IUI adalah salah satu prosedur rawatan untuk infertiliti yang melibatkan sperma dimasukkan ke dalam rahim dengan menggunakan tiub plastik. Ini adalah untuk memastikan sebanyak mungkin sperma yang aktif dapat sampai ke dalam saluran peranakan untuk mempersenyawakan telur (ovum).

Rawatan IUI ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:

  1. Pasangan wanita yang mempunyai salah satu dari saluran peranakannya yang tidak tersumbat.
  2. Pasangan lelaki mempunyai pergerakan atau nombor sperma yang kurang.
  3. Pasangan yang mempunyai masalah hubungan seksual.
  4. Pasangan yang masih tidak berjaya hamil walaupun telah diberikan ubat rangsangan telur seperti Clomid
  5. Pasangan yang menghidapi ‘unexplained infertility’

Prosedur IUI biasanya melibatkan pasangan wanita diberikan ubat atau hormon untuk merangsangkan telur. Imbasan scan akan dilakukan untuk ‘monitor’ saiz perkembangan folikel. Apabila saiz folikel melebihi 17-18mm ke atas , ubat HCG akan diberikan untuk mematangkan folikel yang akan pecah. 36 jam selepas suntikan HCG diberikan, prosedur IUI akan dibuat as ‘out-patient’ basis. Pada hari IUI, pasangan lelaki diminta memberikan sampel sperma yang akan ‘diproses’ di dalam makmal di mana setelah sel-sel, plasma dan sperma yang mati diasingkan, sperma yang aktif akan diperolehi di dalam larutan terakhir. Sperma ini akan dimasukkan ke dalam rahim isteri melalui tiub plastik halus. Prosedur IUI adalah mudah dan selalunya mengambil masa hanya 5 minit untuk kebanyakan pesakit.

Pesakit boleh pulang ke rumah dan ujian kehamilan boleh dibuat sekurang-kurang 2 minggu selepas IUI. Imbasan scan hanya akan dibuat 1 bulan selepas IUI untuk mengesahkan kehamilan.  Peratus kejayaan kehamilan dengan IUI adalah 10-15%. IUI boleh dilakukan sebanyak 3-6 kali. Harga untuk IUI berbeza dari satu klinik ke klinik lain. Sekiranya setelah 6 kali IUI dilakukan dan masih tidak mengandung, pesakit selalunya akan disyorkan untuk menjalani rawatan IVF.

Risiko membuat IUI ini termasuklah kandungan kembar dan kandungan luar rahim.

Untuk maklumat seterusnya, bacalah post blog berikut:

Adakah saya calon yang sesuai untuk IUI atau pun IVF?

 

 

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor