🦋 Jawapan pantas
- Pakar embriologis dan makmal IVF memainkan peranan penting dalam kejayaan IVF.
- Persenyawaan dilakukan di makmal sekitar 4–6 jam selepas OPU.
- Pada Day 1 (16–18 jam selepas OPU), dua pronuclei dilihat jika persenyawaan berjaya.
- Embrio dikultur dalam inkubator yang menyerupai persekitaran saluran peranakan.
- Embrio dipantau pada hari 1 dan hari 3, dan digred 1–4.
Disunting oleh: Cik Nur Ilanah, Ketua Makmal Embryologis KL Fertility Centre
Bagi memastikan kejayaan tinggi untuk rawatan IVF, pakar embriologis dan makmal IVF memainkan peranan yang amat penting selain dari pakar IVF yang memberikan rawatan.
Prosedur penyedutan telur
Prosedur penyedutan telur atau kadang-kala juga dikenali sebagai ‘Egg pick up’ / OPU. Telur yang telah disedut akan diletakkan ke dalam piring petri.
Apa yang berlaku selepas prosedur penyedutan telur?
Proses persenyawaan dilakukan di makmal IVF sekitar 4-6 jam selepas prosedur penyedutan telur. Persenyawaan secara IVF konvensional dilakukan dengan mecampurkan 100, 000 sperma bagi setiap telur. Campuran sperma dan telur ini dibiarkan selama sejam untuk memberi peluang kepada sperma yang terpilih untuk mensenyawakan telur. Sekiranya kualiti sperma tidak memuaskan untuk kaedah IVF konvensional, kaedah persenyawaan secara (Intracytoplasmic Sperm Injection) ICSI akan dijalankan. ICSI dilakukan dengan menyuntik satu sperma ke dalam setiap satu telur yang matang.
Persenyawaan – Day 1 post OPU (16-18 jam selepas OPU)
Sekiranya persenyawaan berjaya, dua pronuclei dapat dilihat. Satu pronuclei akan mengandungi bahan genetik dari ibu manakala pronuclei yang satu lagi adalah dari si ayah. Genetik ini akan bergabung untuk membentuk embrio yang lengkap.
Perkembangan embrio seterusnya di dalam inkubator
Embrio akan dikultur seterusnya di dalam mesin inkubator. Mesin tersebut mengandungi persekitaran menyerupai keadaan di dalam saluran peranakan di mana kandungan karbon dioxida, oksigen dan nutrien yang diperlukan pada kandungan pH bersesuaian. Persekitaran ni adalah sangat penting agar embrio dapat membesar dengan sihat dan sempurna.
Perkembangan Embrio dari Day 1 kepada Day 5
Pakar Embriologis selalunya akan membuat pemantauan embrio pada hari pertama dan hari ketiga. Embrio akan diberikan gred 1 – 4 bergantung kepada kriteria-kriteria tertentu. Gred 1 dan 2 selalunya adalah bagus dan ini akan meningkatkan kebarangkalian kejayaan IVF apabila embrio berkualiti elok dipindahkan semula ke dalam rahim. Akan tetapi pemberian Gred embrio kadang-kala berbeza mengikut pusat IVF di mana Gred 4 adalah baik dan Gred 1 kurang baik pula. Oleh itu, hendaklah bertanya kepada doktor / embriologis yang merawati.
Ikuti post Blog seterusnya untuk topik Day 3 vs Day 5 embryo transfer. Apakah perbezaannya?
Soalan lazim
Apakah yang berlaku selepas pengambilan telur (OPU)?
Telur diletakkan dalam medium, dan persenyawaan dilakukan di makmal IVF sekitar 4–6 jam selepas OPU — sama ada secara konvensional atau melalui ICSI.
Bilakah persenyawaan boleh dilihat?
Sekitar 16–18 jam selepas OPU (Day 1), dua pronuclei yang mengandungi bahan genetik daripada ibu dan bapa dapat dilihat jika persenyawaan berjaya.
Bagaimana embrio dikultur?
Embrio dikultur di dalam mesin inkubator yang menyediakan persekitaran menyerupai keadaan di dalam saluran peranakan.
Bilakah embrio dipantau dan digred?
Pakar embriologis biasanya memantau embrio pada hari pertama dan hari ketiga, dan memberi gred 1–4 berdasarkan kriteria makmal.
Sumber
Baca juga: Keputusan ‘report card’ pertama bayi anda.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.















