🦋 Jawapan pantas
- Tiga hari selepas OPU, embrio berkembang kepada 6–10 sel.
- Embrio digred 1 hingga 4 berdasarkan kriteria makmal (bilangan sel, fragmentasi).
- Embrio Gred 1 lebih baik berbanding Gred 4–5.
- Kecantikan zahir embrio bukan penentu utama kejayaan — status kromosom lebih penting.
- Klinik lazimnya memindahkan maksimum 2 embrio terbaik; lebihannya dibekukan (vitrifikasi).
“Doktor, bagaimanakah perkembangan telur saya yang telah disedut pada minggu lepas?”
Perkembangan Embrio selepas prosedur OPU
Embrio yang terhasil selepas proses persenyawaan akan dikultur seterusnya dalam mesin inkubator di Makmal IVF.
Tiga hari selepas prosedur penyedutan telur (OPU), Embrio yang terhasil sudahpun berkembang dan membahagi kepada 6-10 sel seperti dilihat di dalam gambar di atas. Lazimnya di kebanyakan Makmal IVF, prosedur pemindahan embrio akan dilakukan pada peringkat ini.
Bagaimanakah Embrio anda pada hari 3 digredkan? ‘Report Card’ pertama Bayi anda.

Pada peringkat ini, embrio boleh dikategorikan kepada Gred sangat baik kepada kurang elok. Ini bergantung kepada beberapa kriteria tertentu. Embrio yang bergred elok akan dipilih untuk dipindahkan ke dalam rahim kerana ini akan meningkatkan peluang kehamilan. Hanya sebanyak 2 – 3 embrio akan dimasukkan ke dalam rahim wanita tersebut.
Seperti yang dilihat di dalam gambarajah di bawah, Embrio Grade 1 adalah lebih baik berbanding dengan Embrio Grade 4 ataupun 5. Kategori Grading Embrio mungkin berbeza antara satu Klinik IVF berbanding dengan klinik yang lain. Oleh itu, hendaklah menanyakan kepada doktor / embriologis yang merawati e.g Setengah-tengah klinik IVF mungkin memberikan Gred 4/5 untuk embrio yang elok dan Gred 1 pula untuk embrio yang kurang baik.
Apabila Embrio membesar dan membentuk, sel-selnya akan membahagi. Kadang-kala, sebahagian dari sel yang dinamakan ‘cytoplasm’ akan terpecah dan membentuk cebisan yang dinamakan ‘fragmentation.’ Kita masih tidak mengetahui apakah yang menyebabkan ‘fragmentation’ berlaku. Adalah dipercayai embrio yang mempunyai fragmentation yang banyak akan membentuk gred embrio yang lebih rendah. Secara kesimpulannya, embrio yang dikategorikan sebagai ‘cantik’ mempunyai sel-sel yang bulat-bulat dan cantik, sama besar saiznya dan mempunyai ‘fragmentation’ yang rendah.
Di KL Fertility Centre, kami hanya akan memindahkan maksimum 2 Embrio yang terbaik sahaja. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kandungan berkembar. Seseorang wanita akan mempunyai risiko sebanyak 20% untuk hamil kembar 2 sekiranya 2 Embrio diletakkan serentak (‘Double Transfer) berbanding dengan wanita yang hanya satu sahaja Embrio (‘Single Embrio Transfer’ = SET). Walaupun hanya sebanyak 2 Embrio sahaja diletakkan, peratus kehamilan selepas rawatan IVF kami adalah masih baik.
Sekiranya terdapat lebih dari 2 Embrio pada hari ketiga, embrio yang bergred elok akan dibekukan melalui proses vitrifikasi. Manakala embrio yang kurang elok, akan dipantau selama 2-3 hari kemudian untuk melihat sama ada ia berkembang untuk menjadi Blastocyst. Hanya embrio yang menjadi blastocyst sahaja akan dibekukan.
Apakah Kebarangkalian kejayaan IVF mengikut Gred Embrio yang dipindahkan?
Kecantikan zahir embrio tersebut bukanlah penentu utama kejayaan rawatan IVF tersebut. Sebenarnya faktor yang lebih penting adalah umur wanita tersebut. Wanita muda masih mempunyai kadar kejayaan yang tinggi berbanding dengan wanita yang lebih berumur.
Walaupun Kebarangkalian untuk kejayaan IVF akan lebih tinggi jika Gred Embrio yang lebih elok dipindahkan semasa proses ET (Embryo Transfer) dan jika wanita tersebut adalah lebih muda. Akan tetapi, tidak mustahil dan kadang-kala boleh berlaku dimana kehamilan pula berlaku di mana gred Embrio yang lebih kurang elok dimasukkan dan umur wanita tersebut adalah lebih tua. Terdapat banyak cerita dimana embrio yang kurang elok, Gred 3 berjaya menghasilkan kehamilan dan bayi comel dilahirkan. Oleh itu, hendaklah berdoa dan bertawakal kerana pada akhirnya hanya Tuhan yang akan menentukanNya.
Soalan lazim
Bagaimanakah embrio digredkan pada hari ke-3?
Pada hari ke-3, embrio dinilai berdasarkan bilangan sel (6–10 sel), keseragaman sel dan jumlah fragmentasi cytoplasm, lalu diberi gred 1 (sangat baik) hingga 4–5 (kurang elok).
Adakah gred embrio menentukan kejayaan IVF?
Tidak sepenuhnya. Kecantikan zahir embrio bukan penentu utama; faktor yang lebih penting ialah sama ada embrio mempunyai kromosom yang normal.
Berapa embrio dipindahkan semasa ET?
Kebanyakan klinik memindahkan maksimum 2 embrio terbaik untuk mengurangkan risiko kehamilan kembar. Embrio selebihnya yang bergred baik boleh dibekukan melalui vitrifikasi.
Bolehkah embrio bergred rendah berjaya?
Boleh. Embrio yang kelihatan kurang cantik masih boleh mengakibatkan kehamilan, kerana penampilan makmal tidak menggambarkan sepenuhnya potensi genetiknya.
Sumber
Baca juga: Day 3 atau Day 5 embrio transfer? dan apa yang berlaku di dalam makmal IVF.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.



