Day 3 atau Day 5 Embrio Transfer?

Day 3 atau Day 5 Embrio Transfer?

“Doktor, bilakah patut saya membuat Embrio Transfer. Adakah pada hari Day 3 atau  Day 5? “

Selepas prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’ / OPU), prosedur pemindahan embrio  (ET) lazimnya akan dibuat 3 hari selepas itu iaitu tiga hari selepas persenyawaan dilakukan.

Jika dilihat pada awal sejarah rawatan IVF, ET selalunya dilakukan 1 atau 2 hari selepas OPU. Ini disebabkan oleh teknologi makmal IVF yang masih berada pada peringkat awal tidak mampu untuk memelihara embrio dalam keadaan yang baik. Oleh itu, ET akan dilakukan secepat mungkin kerana rahim mempunyai keadaan persekitaran yang lebih baik untuk ketumbesaran embrio.

Untuk membaca perbezaan antara hari 3 dan hari 5 embrio. Sila baca post blog tersebut:

http://drnatashanorfertility.com/2015/06/09/rawatan-ivf-apa-yang-berlaku-di-dalam-makmal-ivf/

🦋 Jawapan pantas

  • Pemindahan embrio lazimnya dibuat 3 hari (Day 3) atau 5 hari (Day 5 / blastocyst) selepas persenyawaan.
  • Kajian menunjukkan Day 5 memberi kadar kehamilan lebih tinggi — tetapi bergantung kepada makmal dan bilangan/kualiti embrio.
  • Hanya 35–50% embrio Day 3 berjaya berkembang menjadi blastocyst.
  • Embrio Day 3 yang dikultur lebih lama tidak akan menjadi lebih baik — potensi implantasinya tidak berubah.
  • Jika embrio banyak dan bergred baik (>4), Day 5 mungkin pilihan; jika sedikit, Day 3 mungkin lebih baik.

Innovasi makmal IVF

Lazimnya ET akan dilakukan tiga hari selepas persenyawaan atau hari OPU iaitu Day 3 Embrio. Day 3 Embrio adalah pada peringkat ‘cleavage stage’ dan mengandungi 4 – 8 cells. Akan tetapi dengan perkembangan teknologi dan innovasi baru di dalam kultur media yang digunakan dalam makmal IVF diturut serta dengan peningkatan kemahiran para embriologis telah membenarkan embrio dipantau dan dikultur di dalam inkubator makmal IVF sehingga 5-6 hari. Embrio yang terbentuk 5 hari selepas persenyawaan dikenali sebagai ‘blastocyst’.

Day 3 Embrio

Adalah dipercayai embrio yang berjaya sampai dari hari ke 3 kepada hari 5 embrio atau blastocyst selalunya merupakan embrio yang kuat dan mempunyai potensi ketumbesaran serta implantasi yang lebih baik. Oleh itu, sekiranya embrio tersebut dipilih untuk dipindahkan ke dalam rahim akan memberikan kadar kehamilan yang lebih tinggi. Perlu diingati, hanya 35-50% day 3 embrio akan berjaya sampai kepada day 5 atau ‘blastocyst’ stage. Lebih kurang 5-10% kes di mana kesemua day 3 embrio telah berhenti membesar dan tidak berjaya sampai ke blastocyst stage. Oleh itu, prosedur pemindahan embrio tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan embrio.

Day 5 Embrio atau Blastocyst

Faktor-faktor yang mempengaruhi kebarangkalian embrio berjaya sampai kepada ‘Blastocyst’

1. Potensi ‘Development’ atau Ketumbesaran Embrio

Pada hari ketiga, semua embrio yang telah dipersenyawakan akan dipantau dalam makmal IVF oleh pakar embriologis. Embrio tersebut akan diberikan gred berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Tanggapan asas ialah embrio yang bergred baik akan memberikan kadar kejayaan yang lebih baik. Akan tetapi, kajian telah menunjukkan bahawa tidak semua embrio yang kelihatan ‘cantik’ dan telah diberikan gred baik sebenarnya akan memberikan kehamilan kerana mereka mungkin sebenarnya tidak mempunyai potensi ‘development’ untuk berbuat demikian. Salah satu sebab ialah berkemungkinan embrio tersebut sebenarnya mempunyai kandungan genetik yang abnormal.

2. Kultur Makmal IVF

Tidak semua Makmal IVF dan embriologis berupaya untuk mengendalikan dan memelihara embrio sehingga ke peringkat ‘blastocyst’. Media kultur yang bersesuaian dan kemahiran teknikal pakar embriologis juga akan memberikan impak. Di samping itu, kaedah stimulasi bersesuaian yang diberikan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang  sama ada embrio yang berkualiti baik dapat dihasilkan.

Kajian Day 3 vs Day 5 Embrio Transfer. Manakah mempunyai kadar kehamilan yang lebih tinggi?

Implantasi Embrio ke dalam dinding rahim

Kajian-kajian telah menunjukkan yang Day 5 Embrio mempunyai kadar kejayaan kehamilan yang lebih tinggi berbanding dengan Day 3 Embrio. Akan tetapi, bukan semua makmal IVF mendapati keputusan yang sama. Malah, ada pula yang mendapati kehamilan mereka menurun dengan Day 5 Embrio Transfer. Pembesaran dan pemantauan Embrio Day 3 kepada Day 5 memerlukan kultur media yang elok untuk membekalkan persekitaran stabil dan nutrien yang penting bagi pembesaran optimum embrio. Di samping itu, ianya memerlukan kemahiran teknikal yang lebih tinggi  dan adalah lebih rumit bagi pakar embriologis.

Adakah Day 3 Embrio akan menjadi lebih baik jika dikultur seterusnya sehingga ke peringkat blastocyst?

Ramai bertanggapan salah yang Day 3 Embrio sekiranya disimpan dengan lebih lama di dalam kultur media makmal akan menjadi bertambah baik apabila nutrien elok dibekalkan kepadanya. Tanggapan ini adalah tidak benar, embrio tersebut tidak akan berubah sama sekali. Potensi embrio tersebut untuk implantasi adalah sama, perkembangan teknologi moden makmal IVF tidak mampu untuk menambahbaik atau mengubah potensi ‘development’ atau ketumbesaran embrio tersebut.

Kesimpulan

Keputusan sama ada Day 3 atau day 5 bergantung kepada individu masing-masing.

Jika embrio yang terhasil adalah bergred baik dan banyak ie lebih dari 4 embrio, Day 5 ET mungkin adalah opsyen yang bagus kerana embrio Day 5 mempunyai potensi untuk memberikan mereka kehamilan yang tinggi jika ianya dipindahkan semula ke dalam rahim. Akan tetapi bagi wanita yang mempunyai embrio yang tidak banyak dan kurang elok pula, adalah lebih baik sekiranya Day 3 sahaja dilakukan.

Ini juga bergantung kepada makmal IVF di mana rawatan IVF tersebut dilakukan dan juga faktor wanita tersebut, seperti sejarah IVF yang gagal atau umur wanita tersebut.

Kajian-kajian giat sedang dijalankan, adalah diharapkan jawapan yang lebih jitu dapat diberikan dalam masa yang hadapan agar ianya dapat memberikan lebih maklumat kepada para doktor agar the ‘best treatment’ dapat diberikan kepada para pesakit.

Soalan lazim

Day 3 atau Day 5, mana lebih baik?

Kajian menunjukkan pemindahan Day 5 (blastocyst) memberi kadar kehamilan yang lebih tinggi, tetapi keputusan bergantung kepada makmal IVF serta bilangan dan kualiti embrio anda. Sesetengah makmal tidak melihat perbezaan yang sama.

Berapa banyak embrio Day 3 yang berjaya sampai ke Day 5?

Lazimnya hanya sekitar 35–50% embrio Day 3 akan berkembang menjadi blastocyst pada Day 5.

Bolehkah embrio Day 3 menjadi lebih baik jika dikultur lebih lama?

Tidak. Embrio yang dikultur lebih lama tidak berubah potensinya; teknologi makmal tidak mampu mengubah kualiti embrio.

Bilakah embrio dipindahkan selepas pengambilan telur (OPU)?

Pada awal sejarah IVF, pemindahan dilakukan 1–2 hari selepas OPU. Kini, pemindahan lazimnya dilakukan 3 hari (Day 3) atau 5 hari (Day 5) selepas persenyawaan.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — IVF (in vitro fertilisation)

Baca juga: Rawatan IVF dan apa yang berlaku di dalam makmal IVF.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading