Mencapai regimen IVF yang lebih ‘patient-friendly’ dan praktikal

duit ringgit

‘Cost-barrier’ mengurangkan akses rawatan IVF kepada ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan

Kos perbelanjaan untuk rawatan IVF yang mahal kerapkali menyebabkan ramai pasangan tidak mampu dan terpaksa menangguhkan rawatan tersebut atau mengetepikannya sama sekali. Ini sekaligus mengurangkan peluang pasangan ini untuk membina keluarga dari baka mereka sendiri. Penangguhan untuk menabung wang mencukupi kerapkali mengambil masa yang lama dan tanpa disedari tahun bersilih ganti, umur pasangan wanita tersebut juga meningkat. Kajian telah membuktikan yang umur wanita adalah faktor utama yang akan menentukan kadar kejayaan IVF. Sukses IVF akan menurun dengan mendadak selepas wanita berumur 35 tahun.

biological clock ticking

Bagaimanakah caranya untuk mencapai kos IVF yang berpatutan?

Kos IVF yang lebih berpatutan bertujuan agar lebih ramai pasangan yang memerlukannya dapat melalui rawatan tersebut. Persoalan ini sebenarnya sudah lama diperdebatkan dan pelbagai usaha telah dilakukan terutamanya para doktor di negara yang sedang membangun. Harga IVF yang lebih ideal, praktikal dan ‘accessible’ diperlukan.

Low-Intensity IVF

NEEDLE1Salah satu cara mengurangkan kos IVF ialah dengan mengurangkan kos ubat-ubatan yang digunakan semasa IVF. IVF yang ‘low intensity’ ini menggunakan regimen IVF yang khusus di mana penggunaan ubat-ubatan rangsangan dalam bentuk suntikan dikurangkan. Oleh itu, pembentukan nombor telur yang dapat dikutip semasa ‘oocyte retrieval’ adalah dalam kuantiti yang kecil tapi berkualiti elok. Ini dapat memberikan mereka embrio terbaik agar dapat memberikan mereka peluang cerah untuk membina keluarga mereka sendiri. Pengurangan kos IVF juga disebabkan oleh pemantauan imbasan scan yang kurang intensif diperlukan dan juga pengambilan ujian-ujian darah.

Di samping mempunyai regimen yang lebih mudah dan ringkas, low-intensity IVF ini mempunyai kesan sampingan dari ubat-ubatan yang lebih berkurangan dari IVF konventional. Risiko seperti ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) tidak ada sama sekali. Boleh dikatakan regimen IVF ini adalah lebih ‘patient friendly’. Oleh itu, memang tidak hairan sekiranya kajian saintifik telah menunjukkan yang kadar ‘drop-out’ setelah IVF untuk regimen ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan konventional IVF.

logo-ivfku

Satu faktor penting mungkin bermain-main di minda ialah adakah regimen IVF yang ‘low intensity’ ini mempunyai kadar kejayaan yang tinggi? Beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang memberansangkan. (1)

Faktor lain yang perlu diberikan perhatian ialah kerana ianya ‘low intensity’ yang bertujuan untuk mengutip kuantiti telur yang lebih kurang tetapi bermutu baik, ada kemungkinan peratus kejayaan adalah jauh lebih baik di golongan wanita lebih muda. Kemungkinan juga, bagi yang lebih berumur terpaksa melalui beberapa kali ‘low intensity’ IVF sebelum beroleh kejayaan.

Akan tetapi, setengah-setengah klinik yang menggunakan regimen IVF ini sebaliknya mengesyorkannya kepada pesakit mereka yang lebih berumur dan mendapati keputusan rawatan IVF regimen tersebut lebih sesuai, mudah dan mempunyai kadar IVF yang bagus untuk mereka yang berumur. Mereka mendapati bagi wanita yang sudah berumur dan telah menjalani IVF konventional tetapi gagal disebabkan mutu embrio yang berkurangan, regimen IVF ‘low intensity’ yang memberikan rangsangan ovari yang lebih ‘gentle’ dan ‘milder’ ini sebaliknya dapat menghasilkan embrio yang lebih bermutu baik.

Adalah diharapkan regimen low-intensity IVF yang lebih mudah, ‘patient-friendly’ dan pada kos yang berpatutan ini dapat memberikan peluang kepada lebih ramai lagi pasangan untuk mencapai impian mereka untuk menjadi ibu bapa akhirnya.

Rujukan:

1. Daniel Bodri, Satochi Kawachiya, Michael De Brucker. Cumulative success rates following mild IVF in unselected infertile patients: A 3-year single center cohort study. Reproductive Biomedicine Online 2014;28: 572-581

Posted on June 7, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: