Tingkatkan kesuburan anda

UPT

“Doktor macam mana caranya untuk cepat dapat anak? Mak mertua saya dah bising tanya bila dia boleh menimang cucu. Stress betul la…” “Dah berapa lama puan kahwin?” “Sudah tiga bulan doktor..”

Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi anda yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapat anak:

1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda.

BMI =  Berat badan (dalam unit kg)

Tinggi (dlm unit meter)2

Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda. Kira BMI anda sekarang.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah ni. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak ada bukti scientific yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan meningkatkan kadar kehamilan. Contoh Posisi seksual.

4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan calcium.

5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Ketahui waktu subur anda. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.

7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Cadangan doktor ialah untuk tukar kepada minum air teh , terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.

8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.

 

quotes6

  1. Salm doc sy mngalami masalh haid…sy lngsung tidak pernah didtgi haid ape yg merunsngkn sya sekarg ialah sya penh brjmpa pakar puan dn doc berkenaan bri thu sy yg rahim sya subur dn tiada msalh sy trlalu inginkn cahaya mata..bgaimn ye doc ape yg prlu sy lakukan

    • Salam Yaya,

      Apakah umur yaya? Sekiranya yaya sudah melebihi 16 tahun dan langsung tidak pernah didatangi haid hendaklah berjumpa dengan pakar sakit puan ya untuk menyelidik apakah puncanya. Selalunya mesti ada punca. Sekiranya rahim normal, mungkin ada masalah hormon yang perlu ditangani.

  2. Assalam doc .

    Saya mengalami masalah haid tak teratur . kdg2 setahun 2 ke 3 kali je dating haid . kalau dtg haid kdg2 terlalu byk darah yg keluar . kdg2 dtg haid hanya titik2 kecil yg berpanjangan . sebelum ni ade consume ubatan herba . dan haid teratur . Bila berhenti makan . haid kembali tk teratur . saya berumur 30 tahun .

  3. aslkm.DR. Natasya , saya berumur 32 thn. mempunyai 4 orang anak. yang paling kecil berusia 1 thn 7 bln. masalah saya, saya mengambil inject depo selama 1 thn. selama tempoh tersebut haid saya terhenti. saya mengambil keputusan berhenti. setelah berhenti, sekarang memasuki 7 bln haid saya masih tidak datang. dan tiada tanda-tanda saya akan datang haid. lagi-lagi tanda hamil pun tidak ada. hal ini telah mengganggu kesuburan saya. sebelum mengambil inject depo haid saya normal dan tepat masanya. harap doktor membantu masalah saya. apa yang patut saya lakukan ?.

    • Wsalam Ara,

      Kitaran haid yang tidak teratur ini kebarangkalian besar berpunca dari pengambilan Injection depo provera tersebut. Kadang-kala kesan sampingan tersebut boleh menurunkan kadar kesuburan seseorang sehingga 18 bulan selepas berhenti pengambilan ubat tersebut. Memandangkan Ara ingin hamil semula pergilah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang bersesuaian.

  4. Salam Dr…saya berumur 22Tahun…saya TTC tahun ni…saya ada masalah dengan kitaran haid yang tidak menentu..bulan lepas kitaran haid saya 31hari pada 8Nov 2015 dan begitu juga pada bulan disember,8/12…Pada bulan Dis,hari ovulasi saya jatuh pada 26/12…pada bulan januari baru2 ini,genap 28 hari kitaran haid,saya period.Tempoh period saya 4hari saja.bagaimana ingin menentukan masa ovulasi yg sbnar ny,Dr?sdgkn kitaran haid saya antara 28/30 hari.bantu saya Dr..saya buntu.

  5. Salam dr tasha..
    Sy disahkan pregnant 6w mengikut scan pertama. Scan pertama dr kate ade nmpak dot putih tanda nya itu baby. Lps 2 mgu sy dtg sbb ade spot coklat keluar tp sdkit saje. Dr scan tp x nmpak baby. Cuma kantung lebih besar dr sebelumnya. Utk first visit, bhcg sy 55k lebih. Tp lpas 2 mgu trun 53k lebih. Adakah kandungan sy tidak menjadi ?

    • Wsalam Ain,

      Agak sukar untuk Dr Tasha memberikan diagnosis yang tepat memandangkan Dr Tasha tidak scan Ain dan mengetahui latarbelakang Ain. Hendaklah mendapatkan penjelasan dari Doktor yang merawati Ain. Diharapkan Ain tabah menghadapinya.

  6. Assalamualaikum, Dr Natassha
    Saya ingin bertanya apakah supplement dan makanan yang sesuai untuk kesuburan rahim dan telur yang berkualiti.

  7. Salam dr natasha..sy skrg 28 tahun..usia perkahwinan 2 tahun..ketika sy remaja dahulu memg ada masalah period tp sekarang dah teratur after married..tapi smpai sekarang sy belum hamil lg..adakah history lalu mempengaruhi kesuburan sy skrg??

  8. Salam dr natasha..sy skrg 28 tahun..usia perkahwinan 2 tahun..ketika sy remaja dahulu memg ada masalah period tp sekarang dah teratur after married..tapi smpai sekarang sy belum hamil lg..adakah history lalu mempengaruhi kesuburan sy skrg??

    • Wsalam Afifa,

      Jikalau begitu adalah lebih baik sekiranya membuat ujian kesuburan lengkap untuk memastikan apakah faktor yang menyebabkan Afifa masih tidak lagi hamil. Sperma suami dan saluran peranakan perlu diperiksa. Jika ingin mendapatkan rwatan di bawah jagaan Dr Tasha, sila hubungi KL Fertility Centre.

  9. Dr can meet consult ?

  10. NURFADIJA BINTI AJAD

    Salam dari nurfija,sya mempunyai masalah haid x teratur dn tak berapa lancar…apa kah punca masalah tue doktor….saya dah lama berkahwin tapi masih belum ada zuriat

  11. NURFADIJA BINTI AJAD

    Sebelum ni sya mempunyai masalah senggugut dan juga keputihan….apakah ia terkait dengan masalah kesuburan ataupun hormon

Leave a Reply