Bilakah waktu paling subur anda?
Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin mengimpikan menjadi seorang ibu suatu hari nanti. Akan tetapi 1 dalam 6 pasangan akan mengalami masalah kesuburan. Oleh itu, mengetahui waktu paling subur anda adalah penting agar dapat meningkatkan peluang untuk hamil.
Apakah waktu subur?
Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seorang wanita di mana sekiranya hubungan seks dilakukan di dalam waktu itu peluang untuk hamil adalah tinggi. Ini ialah kerana pada waktu ini ovulasi berlaku dalam pasangan wanita.
Bilakah waktu subur seseorang wanita?
Waktu subur seseorang wanita ialah 5 hari sebelum ovulasi dan 2 hari selepas ovulasi berlaku. Sperma boleh hidup di dalam faraj dan rahim wanita selama 3 – 5 hari. Akan tetapi telur wanita selepas ovulasi hanya boleh hidup selama 12 -24 jam sahaja.
Bilakah waktu paling subur (‘peak fertile period’) untuk seseorang wanita?
Ini ialah hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi berlaku.
Oleh itu, seelok-eloknya hendaklah merancang untuk melakukan hubungan seks 1-2 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.
Apakah cara-caranya untuk mengetahui waktu subur?
Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui waktu subur anda:
- Basal body temperature method
- Cervical mucus monitoring method
- Calender method
- Menggunakan ‘ovulation prediction kit’
Dr Tasha akan menerangkan cara penggunaan ‘ovulation prediction kit’ (OPK) untuk mengetahui waktu subur anda pada post yang akan datang.
Posted on May 4, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0