Tips untuk Meningkatkan kesuburan anda

UPT

 

“Doktor macam mana caranya untuk cepat dapat anak? Mak mertua saya dah bising tanya bila dia boleh menimang cucu. Stress betul la…” “Dah berapa lama puan kahwin?” “Sudah tiga bulan doktor..”

Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi anda yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapat anak: 1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda.

BMI =  Berat badan (dalam unit kg)

Tinggi (dlm unit meter)2

Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda. Kira BMI anda sekarang.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah ni. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak ada bukti scientific yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan meningkatkan kadar kehamilan. Contoh Posisi seksual.

4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan calcium.

5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Ketahui waktu subur anda. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.

7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Cadangan doktor ialah untuk tukar kepada minum air teh , terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.

8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.

Posted on January 10, 2014, in Info Asas, Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Hi doc,
    saya dah 3 bulan x datng period. adakah saya tidak subur? apakah langkah yg perlu saya ambil? saya berumur 29 tahun. sudah setahun lebih berkahwin. berat 68kg tinggi 158.

    • Hi zetty,

      Terdapat beberapa sebab kenapa haid tidak datang. Paling pertama memastikan zetty tidak hamil 🙂 Kedua, membuat ujian utk memastikan tidak ada masalah hormon yang tidak stabil. Oleh kerana zetty sudahpun berkahwin lebih dari satu tahun, pergilah berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian kesuburan. Pada waktu sama masalah haid ini juga boleh diuruskan. Zetty juga perlu menurunkan berat badan yang berlebihan kerana BMI zetty sekarang ialah 27.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: