Tips pemakanan untuk meningkatkan fertiliti anda

Tips pemakanan untuk meningkatkan fertiliti anda

Ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan bertanyakan apakah pemakanan yang elok untuk meningkatkan fertiliti mereka. Dalam post blog kali ini, Dr Tasha akan membincangkan antara makanan-makanan yang elok untuk diambil untuk menambah baik fertiliti anda.

Pasti ramai yang terkejut melihat gambar tersebut di atas. Kalau diet macam ini, bolehlah makan hari-hari. Memang tiada masalah! 🙂  Akan tetapi, cuba perhatikan betul-betul gambar tersebut di atas dan lihat makanan apakah yang terselit antara ice-cream tersebut:

🦋 Jawapan pantas

  • Pemakanan seimbang boleh menyokong kualiti telur dan sperma.
  • Antioksidan (berries, walnut, teh hijau, salmon) membantu mengurangkan keradangan dan melindungi sel.
  • Vitamin D (telur), vitamin E (hazelnut, avocado) dan vitamin C (buah citrus) penting untuk kesuburan.
  • Karbohidrat kompleks membantu menstabilkan gula darah — penting bagi wanita PCOS.
  • Minum air suam 8 gelas sehari, makan sarapan pagi, dan kurangkan makanan bergula/berminyak.

Makanan yang baik untuk kesuburan

1. Berries terutamanya blueberry dan raspberry. Ini adalah sumber anti-oxidant yang penting untuk kualiti sperma dan telur.

2. Pisang. Ini adalah sumber vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan perkembangan telur serta sperma yang tidak elok.

3. Walnut adalah kaya dengan omega 3 yang penting untuk pembentukan sperma yang berkualiti. Ianya juga boleh mengurangkan inflamasi di dalam badan.

4. Hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi yang diperlukan untuk telur dan sperma yang elok. Ianya membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan hormon insulin tinggi yang kerap dilihat di dalam wanita yang menghidapi PCOS.

5. Buah citrus seperti oren dan kiwi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg Vitamin C untuk kesihatan sperma dan juga memastikan hormon seimbang di dalam wanita.

6. Calcium. Ini boleh didapati dari ice-cream atau ‘full cream’ milk. Hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya 1000mg sehari zat calcium. Tidak perlulah terlalu taksub dengan ‘skim’ milk. Kadang-kala badan kita perlukan sedikit lemak. Tetapi janganlah makan ice-cream pulak hari-hari ya. Cukuplah meminum segelas susu berkrim penuh setiap hari untuk memberikan khasiat yang diperlukan.

Sarapan pagi yang berkhasiat adalah penting

 7. Karbohidrat kompleks. Ini adalah penting untuk memastikan paras gula di dalam darah adalah stabil. Ianya juga penting bagi wanita yang mengalami masalah PCOS yang mengalami masalah ovulasi disebabkan hormon yang mengawal paras gula di dalam darah yang tidak stabil. Makanlah nasi, roti, pasta dan cereal yang ‘wholegrain’. Elakkan memakan roti putih, nasi putih atau snek yang bergula.

8. Telur. Telur terutama bahagian telur kuning (‘egg yolk’) membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk rahim berfungsi dengan baik dan ‘implantasi’ boleh berlaku dengan baik. Ia juga penting untuk menghasilkan telur yang matang. Di samping itu, kekurangan vitamin D juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 30-50% untuk mendapat kanser usus, prostat dan payudara. Jangan pula mengambil telur yang berlebihan kerana ini boleh meningkatkan kolesterol anda.

9. Teh Hijau. Cuba elakkan minuman berkafein yang lain seperti kopi dan teh biasa. Teh hijau mengandungi anti-oxidant yang diperlukan oleh badan.

10. Salmon. Ikan salmon dan ikan kod mengandungi khasiat omega 3 yang tinggi. Zat ini bertindak sebagai anti-oxidant, mengurangkan inflamasi di dalam badan dan juga membantu mengimbangkan fungsi organ dan sistem reproduktif. Hendaklah makan ikan berminyak (‘Oily fish) sekurang-kurangnya 2 – 3 kali seminggu.

11. Asparagus. Selain dari rasanya yang enak dan rangup, ianya mengandungi zat folik asid yang tinggi.

12. Brokoli. Sayuran brokoli kaya dengan zat magnesium dan ‘chlorophyll’ yang boleh bertindak sebagai agen detoksifikasi dan mengimbangkan semula kestabilan hormon di dalam badan.

13. Avocado mengandungi vitamin E yang tinggi. Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan pergerakan sperm. Ini penting untuk membolehkan persenyawaan telur berlaku. Di samping itu ianya kaya dengan folik asid yang penting untuk meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki. Folik asid juga boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi anda.  Avocado juga mempunyai kandungan lemak baik yang dikenali sebagai ‘monosaturated fat’ yang penting untuk mengawal sistem hormon di dalam badan dan boleh membantu merendahkan kolesterol.

14. Daging (‘lean meat’) juga masih penting untuk diambil sekiranya ingin hamil. Zat besi yang terkandung di dalam daging adalah penting untuk badan kita. Tetapi pastikan tidak mengambil daging dalam kuantiti yang berlebihan.

Kesimpulannya:

1) Hendaklah memakan yang seimbang

2) Banyakkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang

3) Pastikan minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

4) Hendaklah makan sarapan pagi

5) Elakkan makanan ‘junk food’ ataupun ‘take away food’ seperti McDonalds’

6) Kurangkan makanan berminyak dan bergula

7)Memakan makanan tersebut di atas secara sederhana.

8) Ambil vitamin supplement untuk pastikan tidak kekurangan vitamin atau mineral yang diperlukan oleh badan kita untuk hamil.

Soalan lazim

Apakah makanan yang boleh meningkatkan kesuburan?

Antaranya berries, pisang, walnut, hazelnut, buah citrus, calcium, karbohidrat kompleks, telur, teh hijau, salmon, asparagus, brokoli, avocado dan daging tanpa lemak — secara sederhana dan seimbang.

Adakah diet membantu wanita PCOS?

Ya. Karbohidrat kompleks dan diet seimbang membantu menstabilkan paras gula darah, yang penting kerana wanita PCOS sering mengalami masalah ovulasi berkaitan insulin.

Perlukah saya mengambil suplemen?

Suplemen vitamin boleh membantu memastikan anda tidak kekurangan vitamin atau mineral penting, tetapi utamakan pemakanan seimbang terlebih dahulu.

Adakah kafein perlu dielakkan?

Kurangkan minuman berkafein seperti kopi dan teh biasa; teh hijau merupakan pilihan yang lebih baik kerana kandungan antioksidannya.

Sumber

  1. NHS — Pregnancy vitamins and supplements
  2. NHS — Eat well (healthy, balanced diet)
  3. NHS — Folic acid

Baca juga: Adakah saya calon sesuai untuk rawatan IVF?

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading