Pada post blog kali ini, Dr Tasha ingin mengajar para pembaca cara untuk mengetahui waktu subur anda dengan menggunakan kaedah kalendar pula. Kaedah ini hanyalah sesuai bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

🦋 Jawapan pantas
- Kaedah kalendar menganggarkan ovulasi lebih kurang 14 hari sebelum haid.
- Hari subur ialah 2 hari sebelum ovulasi, pada hari ovulasi, dan sehari selepasnya.
- Kitaran 28 hari: ovulasi hari ke-14, hari subur hari ke-12 hingga 15.
- Kitaran 25 hari: ovulasi hari ke-11; kitaran 35 hari: ovulasi hari ke-21.
- Kaedah ini kurang tepat jika kitaran haid tidak teratur.
Kitaran Haid yang teratur
Hari pertama kitaran haid bermula dengan hari pertama haid berlaku. Hari pertama haid hendaklah diambil pada hari pertama di mana darah merah mengalir. Ini ialah kerana setengah-tengah wanita mengalami tompokan-tompokan coklat pada mulanya. Bagi yang tidak tahu mengira kitaran haid mereka, sila KLIK di sini.
Bilakah ovulasi akan berlaku
Ovulasi akan berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid datang. Oleh itu, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari yang teratur, hari ovulasinya akan berlaku pada hari 14 haidnya. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang lain kiraannya adalah seperti berikut:
| Kitaran haid | Hari ovulasi |
|---|---|
| 25 hari | Hari ke-11 |
| 28 hari | Hari ke-14 |
| 31 hari | Hari ke-17 |
| 33 hari | Hari ke-19 |
| 35 hari | Hari ke-21 |
Bilakah hari subur anda?
Hari subur adalah 2 hari sebelum, pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi berlaku. Ini ialah kerana sperma berupaya untuk hidup di dalam rahim 12-48 jam (Setengah-tengah sperma 3-5 hari!), manakala telur hanya akan hidup selama 12-24 jam sahaja.
| Kitaran haid | Hari subur |
|---|---|
| 25 hari | Hari ke-9, 10, 11, 12 |
| 28 hari | Hari ke-12, 13, 14, 15 |
| 31 hari | Hari ke-15, 16, 17, 18 |
| 33 hari | Hari ke-17, 18, 19, 20 |
| 35 hari | Hari ke-18, 19, 20, 21 |
Bagi mereka yang masih sukar untuk mengira hari kesuburan mereka. Bolehlah memuat turun aplikasi mobil yang mengira terus hari kesuburan tersebut.
Selamat mencuba!
Soalan lazim
Bagaimana mengira hari subur dengan kaedah kalendar?
Ovulasi berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid. Hari subur ialah 2 hari sebelum ovulasi, pada hari ovulasi dan sehari selepasnya.
Bagi kitaran 28 hari, bilakah hari subur?
Ovulasi sekitar hari ke-14, jadi hari subur ialah sekitar hari ke-12 hingga 15 haid.
Apakah kelemahan kaedah kalendar?
Ia menganggap kitaran haid teratur. Jika kitaran tidak teratur, kaedah ini menjadi kurang tepat dan lebih baik digabungkan dengan kaedah lain seperti BBT, lendir serviks atau OPK.
Adakah terdapat alat untuk membantu?
Ya, terdapat aplikasi telefon dan kalkulator kitaran haid yang boleh membantu mengira hari kesuburan anda.
Sumber
Baca juga: Bilakah waktu paling subur anda?.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.


