Ketahui waktu subur anda menggunakan Kaedah BBT

Ketahui waktu subur anda menggunakan Kaedah BBT

Setengah wanita ingin mengetahui waktu ovulasi mereka dengan hanya menggunakan perubahan badan yang berlaku secara semulajadi. Salah satu kaedah ‘natural’ ini dikenali sebagai BBT (‘Basal Body Temperature’).

🦋 Jawapan pantas

  • BBT (Basal Body Temperature) ialah suhu badan paling rendah dalam 24 jam.
  • Ambil suhu sejurus bangun tidur, sebelum berus gigi atau mandi, pada waktu yang sama setiap hari.
  • Gunakan basal termometer yang boleh menyukat sehingga 0.1 darjah.
  • Selepas ovulasi, progesteron menaikkan suhu 0.4–1°F, biasanya 2–3 hari selepas ovulasi.
  • Jika suhu kekal tinggi 18 hari selepas ovulasi, kemungkinan besar anda hamil.

BBT (‘Basal Body Temperature’)

Ianya ialah suhu tubuh badan wanita yang paling rendah dalam masa 24 jam. Cara betul untuk mengambil suhu BBT anda ialah pada setiap pagi apabila anda bangun dari tidur (sebelum berus gigi dan mandi!). Anda juga perlu menggunakan termometer khas untuk mengambil BBT yang dikenali sebagai ‘Basal Thermometer’.

Basal Termometer berbeza dari termometer biasa yang kita gunakan untuk memeriksa suhu semasa demam kerana ianya adalah lebih tepat dan dapat menyukat penukaran suhu sehingga 0.1 darjah berbanding 0.2 darjah di dalam termometer biasa.

Langkah menggunakan kaedah BBT

1. Setiap hari ambil suhu BBT anda sejurus selepas anda bangun tidur. Oleh itu, basal termometer anda perlulah berada di sebelah katil. Mulakan selepas anda mendapat haid anda.

2. Letakkan termometer di bawah lidah anda.

3.Hendaklah mengambil suhu BBT anda pada waktu yang sama setiap hari. (campur tolak 1/2 jam sahaja). Ini ialah kerana terdapat perbezaan suhu BBT bagi setiap jam.

4. Hendaklah tidur sekurang-kurangnya 5 jam. Sekiranya anda sakit mungkin bacaan BBT anda adalah tidak tepat.

5. Hendaklah mencatat dan plot bacaan suhu anda ke atas carta BBT. Cara mudah untuk ini ialah dengan menggunakan aplikasi smart phone yang direka khas untuk tujuan ini.

6. Sekiranya peningkatan suhu BBT ini masih tinggi 18 hari selepas waktu ovulasi anda, besar kemungkinan anda hamil.

Cara mengetahui waktu ovulasi dengan menggunakan BBT

Dalam kitaran haid setiap wanita, akan berlaku perubahan paras hormon-hormon di dalam badan. Setelah ovulasi berlaku terdapat peningkatan di dalam hormon progesteron yang akan mengakibatkan suhu tubuh badan wanita tersebut meningkat sebanyak 0.4 – 1 darjah Fahrenheit. Peningkatan BBT ini akan hanya berlaku 2-3 hari selepas ovulasi berlaku. Oleh itu, pada bulan pertama anda menyukat BBT anda, waktu ovulasi anda akan hanya diketahui selepas ianya berlaku. Setelah sekurang-kurangnya 3 bulan barulah anda boleh mengagak bilakah waktu ovulasi anda dan waktu paling baik untuk melakukan hubungan intim bagi hamil. Kadang-kala anda akan dapat melihat suhu BBT turun mendadak sejurus sebelum waktu ovulasi.

Interpretasi carta anda

BBT fertility friend

Dari carta di atas, terdapat 2 fasa dalam kitaran haid seseorang wanita iaitu fasa folikular dan luteal. Perkembangan folikel di dalam kilang berlaku semasa fasa folikular. Pada ketika ini, hormon estrogen adalah tinggi. Sejurus selepas ovulasi berlaku, terdapat peningkatan hormon progesteron pula di dalam darah dan ini akan menyebabkan peningkatan suhu asas badan. (BBT) Garis merah di dalam carta di atas menandakan hari ovulasi berlaku di mana terdapat penurunan BBT (‘dip’) diikuti dengan peningkatan suhu badan. Ini adalah waktu fasa luteal pula. Fasa folikular selalunya berubah-ubah, manakala fasa luteal selalunya adalah tetap dalam linkungan 14 hari.

Merancang waktu untuk melakukan hubungan intim

Sebagai contohnya, mengikut BBT charting anda sekiranya ovulasi selalunya berlaku pada hari ke -14 haid. Oleh itu, hari subur anda adalah pada hari ke 12,13, 14, 15 haid. Ini ialah kerana sperma boleh hidup di dalam faraj, rahim dan saluran peranakan wanita lebih kurang selama 48 jam dan kadang-kala sehingga 5 hari. Manakala telur pula, hanya mempunyai kitaran hidup selama 12-24 jam sahaja.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula,  seelok-eloknya hendaklah menggabungkan beberapa kaedah di samping kaedah BBT untuk meramal dengan lebih tepat waktu ovulasi seperti dengan menggunakan perubahan cecair faraj (‘Cervical mucus’) dan kit peramal ovulasi (OPK). Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca kitaran haid yang tidak teratur ini.

Selamat mencuba!

 

Soalan lazim

Apakah itu BBT?

BBT (Basal Body Temperature) ialah suhu tubuh badan wanita yang paling rendah dalam tempoh 24 jam, digunakan untuk mengesan ovulasi.

Bagaimana cara mengambil BBT yang betul?

Ambil suhu sejurus selepas bangun tidur (sebelum berus gigi atau mandi), pada waktu yang sama setiap hari (±30 minit), selepas tidur sekurang-kurangnya 5 jam, menggunakan basal termometer.

Bagaimana BBT menunjukkan ovulasi?

Selepas ovulasi, hormon progesteron meningkat dan menaikkan suhu badan sebanyak 0.4–1°F. Peningkatan ini biasanya kelihatan 2–3 hari selepas ovulasi.

Bilakah masa subur jika ovulasi pada hari ke-14?

Hari subur biasanya sekitar hari ke-12 hingga ke-15 (memandangkan sperma boleh hidup 48 jam hingga 5 hari, manakala telur hanya sekitar 24 jam). Untuk kitaran tidak teratur, gabungkan BBT dengan lendir serviks dan OPK.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. Cochrane — Timed intercourse for couples trying to conceive

Baca juga: Timing seks untuk hamil dan kit peramal ovulasi (OPK).

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading