Blog Archives

Ingin Hamil tahun 2017. Apa yang perlu anda buat.

“Doktor apa yang perlu saya buat untuk hamil pada tahun 2017. Saya sudahpun berkahwin satu tahun lebih.”

Delighted young woman holding pregnancy test and hugging her man, shallow depth of field

Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin teruja untuk memula membina keluarga bahagia masing-masing. Bagi pasangan TTC tersebut yang tidak mempunyai masalah kesuburan dan melakukan hubungan intim sebanyak 2-3 kali seminggu,  84% akan hamil dalam masa 12 bulan. Manakala, 90% pasangan tersebut akan hamil dalam masa 24 tahun.

Bagi yang tidak sabar lagi untuk menjadi seorang ibu dan ayah. Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

Untuk para pembaca blog yang tersayang, jika anda ingin meningkatkan tahap kesuburan anda, sila muat turun Ebook percuma Dr Tasha jika anda masih belum berbuat demikian:

https://drnatashanorfertility.com/e-book/

Pihak KL Fertility Centre akan mengadakan seminar percuma bagi pasangan-pasangan yang ingin hamil pada tahun 2017. Seminar tersebut adalah sesuai bagi pasangan yang pada peringkat awal TTC mereka.

Tempat: DC Mall, Damansara City in Damansara Heights

Tarikh: 11/3/17

Masa: 11 – 1.00pm

Penceramah: Dr Natasha Nor

Antara topik menarik yang akan dibincangkan:

  1. Adakah saya mempunyai masalah kesuburan?
  2. Bilakah waktu ‘subur’ saya?
  3. Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
  4. Apakah ujian kesuburan yang perlu dilakukan
  5. Apakah rawatan kesuburan yang boleh dilakukan – pil subur dan rawatan IUI

Tempat duduk adalah terhad. Sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut sila email kepada drnatashanor@gmail.com. Jumpa anda di sana!

 

 

 

Ketahui waktu subur anda dengan menggunakan kalendar

Pada post blog kali ini, Dr Tasha ingin mengajar para pembaca cara untuk mengetahui waktu subur anda dengan menggunakan kaedah kalendar pula. Kaedah ini hanyalah sesuai bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Kitaran Haid yang teratur

Hari pertama kitaran haid bermula dengan hari pertama haid berlaku. Hari pertama haid hendaklah diambil pada hari pertama di mana darah merah mengalir. Ini ialah kerana setengah-tengah wanita mengalami tompokan-tompokan coklat pada mulanya. Bagi yang tidak tahu mengira kitaran haid mereka, sila KLIK di sini.

Bilakah ovulasi akan berlaku

Ovulasi akan berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid datang. Oleh itu, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari yang teratur, hari ovulasinya akan berlaku pada hari 14 haidnya. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang lain kiraannya adalah seperti berikut:

Kitaran haid                                          Hari ovulasi

25 hari                                                   Hari ke 11 haid

28 hari                                                   Hari ke 14 haid

31 hari                                                   Hari ke 17 haid

33 hari                                                   Hari ke 19 haid

35 hari                                                   Hari ke 21 haid

Bilakah hari subur anda?

Hari subur adalah 2 hari sebelum, pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi berlaku. Ini ialah kerana sperma berupaya untuk hidup di dalam rahim 12-48 jam (Setengah-tengah sperma 3-5 hari!), manakala telur hanya akan hidup selama 12-24 jam sahaja.

Kitaran Haid                                                Hari subur anda

25 hari                                                  Hari ke 9, 10, 11 dan 12 haid

28 hari                                                  Hari ke 12,13, 14 dan 15 haid

31 hari                                                  Hari ke 15, 16, 17 dan 18 haid

33 hari                                                  Hari ke 17,18,19 dan 20 haid

35 hari                                                  Hari ke 18, 19, 20 dan 21 haid

Bagi mereka yang masih sukar untuk mengira hari kesuburan mereka. Bolehlah memuat turun aplikasi mobil yang mengira terus hari kesuburan tersebut.

Selamat mencuba!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Ketahui waktu subur anda menggunakan Kaedah BBT

Setengah wanita ingin mengetahui waktu ovulasi mereka dengan hanya menggunakan perubahan badan yang berlaku secara semulajadi. Salah satu kaedah ‘natural’ ini dikenali sebagai BBT (‘Basal Body Temperature’).

BBT (‘Basal Body Temperature’)

Ianya ialah suhu tubuh badan wanita yang paling rendah dalam masa 24 jam. Cara betul untuk mengambil suhu BBT anda ialah pada setiap pagi apabila anda bangun dari tidur (sebelum berus gigi dan mandi!). Anda juga perlu menggunakan termometer khas untuk mengambil BBT yang dikenali sebagai ‘Basal Thermometer’.

Basal Termometer berbeza dari termometer biasa yang kita gunakan untuk memeriksa suhu semasa demam kerana ianya adalah lebih tepat dan dapat menyukat penukaran suhu sehingga 0.1 darjah berbanding 0.2 darjah di dalam termometer biasa.

Langkah menggunakan kaedah BBT

1. Setiap hari ambil suhu BBT anda sejurus selepas anda bangun tidur. Oleh itu, basal termometer anda perlulah berada di sebelah katil. Mulakan selepas anda mendapat haid anda.

2. Letakkan termometer di bawah lidah anda.

3.Hendaklah mengambil suhu BBT anda pada waktu yang sama setiap hari. (campur tolak 1/2 jam sahaja). Ini ialah kerana terdapat perbezaan suhu BBT bagi setiap jam.

4. Hendaklah tidur sekurang-kurangnya 5 jam. Sekiranya anda sakit mungkin bacaan BBT anda adalah tidak tepat.

5. Hendaklah mencatat dan plot bacaan suhu anda ke atas carta BBT. Cara mudah untuk ini ialah dengan menggunakan aplikasi smart phone yang direka khas untuk tujuan ini.

6. Sekiranya peningkatan suhu BBT ini masih tinggi 18 hari selepas waktu ovulasi anda, besar kemungkinan anda hamil.

Cara mengetahui waktu ovulasi dengan menggunakan BBT

Dalam kitaran haid setiap wanita, akan berlaku perubahan paras hormon-hormon di dalam badan. Setelah ovulasi berlaku terdapat peningkatan di dalam hormon progesteron yang akan mengakibatkan suhu tubuh badan wanita tersebut meningkat sebanyak 0.4 – 1 darjah Fahrenheit. Peningkatan BBT ini akan hanya berlaku 2-3 hari selepas ovulasi berlaku. Oleh itu, pada bulan pertama anda menyukat BBT anda, waktu ovulasi anda akan hanya diketahui selepas ianya berlaku. Setelah sekurang-kurangnya 3 bulan barulah anda boleh mengagak bilakah waktu ovulasi anda dan waktu paling baik untuk melakukan hubungan intim bagi hamil. Kadang-kala anda akan dapat melihat suhu BBT turun mendadak sejurus sebelum waktu ovulasi.

Interpretasi carta anda

BBT fertility friend

Dari carta di atas, terdapat 2 fasa dalam kitaran haid seseorang wanita iaitu fasa folikular dan luteal. Perkembangan folikel di dalam kilang berlaku semasa fasa folikular. Pada ketika ini, hormon estrogen adalah tinggi. Sejurus selepas ovulasi berlaku, terdapat peningkatan hormon progesteron pula di dalam darah dan ini akan menyebabkan peningkatan suhu asas badan. (BBT) Garis merah di dalam carta di atas menandakan hari ovulasi berlaku di mana terdapat penurunan BBT (‘dip’) diikuti dengan peningkatan suhu badan. Ini adalah waktu fasa luteal pula. Fasa folikular selalunya berubah-ubah, manakala fasa luteal selalunya adalah tetap dalam linkungan 14 hari.

Merancang waktu untuk melakukan hubungan intim

Sebagai contohnya, mengikut BBT charting anda sekiranya ovulasi selalunya berlaku pada hari ke -14 haid. Oleh itu, hari subur anda adalah pada hari ke 12,13, 14, 15 haid. Ini ialah kerana sperma boleh hidup di dalam faraj, rahim dan saluran peranakan wanita lebih kurang selama 48 jam dan kadang-kala sehingga 5 hari. Manakala telur pula, hanya mempunyai kitaran hidup selama 12-24 jam sahaja.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula,  seelok-eloknya hendaklah menggabungkan beberapa kaedah di samping kaedah BBT untuk meramal dengan lebih tepat waktu ovulasi seperti dengan menggunakan perubahan cecair faraj (‘Cervical mucus’) dan kit peramal ovulasi (OPK). Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca kitaran haid yang tidak teratur ini.

Selamat mencuba!

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor