Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berpendapat bahawa rawatan IVF adalah mahal. Ini menyebabkan ramai antara pasangan yang tidak mampu membiayai harga kos IVF. Tambahan pula, rawatan IVF juga bukanlah 100% yang akan berjaya. Ini menyebabkan ramai pasangan yang terpaksa menolak rawatan IVF, walaupun pada hakikatnya rawatan inilah yang akan memberikan mereka peluang yang terbaik untuk menjadi ibu dan bapa.
Secara amnya, kos IVF di mana-mana hospital atau pusat fertiliti adalah mahal. Secara puratanya harga keseluruhan IVF adalah dalam anggaran RM5,000 – RM20,000. Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut dan terpaksa mengumpul duit terlebih dahulu. Kadang-kala mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang tersebut. Tanpa disedari, semakin lama umur pasangan wanita itu juga akan meningkat. Umur wanita adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan rawatan IVF. Di samping itu, duit untuk rawatan kesuburan perlu dikaut dari poket sendiri dan tidak dapat di’claim’ dari insurans kesihatan ataupun menggunakan ‘guarantee letter’ bagi yang bekerja dengan kerajaan. Buat masa ini, duit EPF juga tidak boleh digunakan untuk membayar kos perbelanjaan untuk rawatan kesuburan.
🦋 Jawapan pantas
- Kos IVF mahal kerana ubat suntikan yang diimport dan diberi setiap hari.
- Pemantauan rapi (imbasan kerap, suntikan, pengambilan telur) menambah kos.
- Kos makmal IVF tinggi — peralatan dan media diimport serta banyak yang ‘pakai buang’.
- Kepakaran pakar fertiliti dan embriologis juga mengambil masa dan kos.
- Fahami komponen kos sebelum membandingkan harga antara pusat rawatan.
Kenapakah kos IVF mahal?
a) Kos ubat-ubatan yang terlibat di dalam rawatan IVF
- Ubat-ubatan yang digunakan unyuk meransangkan telur adalah dalam bentuk suntikan yang perlu diberikan setiap hari. Kebanyakan adalah sensitif kepada haba dan tidak tahan lama.
- Ubat-ubatan ini adalah diimpot dari luar negara
- Ubat-ubatan juga diperlukan selepas ’embrio transfer’ untuk menguatkan rahim
b) Rawatan IVF memerlukan pemantauan yang teliti semasa rangsangan telur dan prosedur-prosedur perlu dilakukan
- Imbasan scan kerap perlu dilakukan untuk memantau pembentukan folikel-folikel di dalam telur
- Suntikan ubat-ubatan ubat rangsangan oleh jururawat kadang-kala perlu dibuat
- Prosedur pengambilan telur dilakukan di dalam dewan bedah dan kadang kala memerlukan bantu pakar bius
- Prosedur pemindahan telur

c) Kos Makmal IVF
- Peralatan yang diperlukan di dalam makmal IVF adalah penting bagi memastikan embrio yang terhasil berkualiti tinggi. Ini memerlukan teknologi yang canggih dan mahal.
- Peralatan yang kerap digunakan juga adalah ‘pakai buang’ bagi setiap pesakit untuk memastikan tiada kontaminasi berlaku.
- Bahan media yang diperlukan adalah diimport dan tidak tahan lama.
- Pembekuan embrio juga memerlukan penyelenggaraan makmal yang ketat
d) Kepakaran dari pakar perubatan dan embriologis
- Kepakaran dan pengalaman khusus dalam bidang kesuburan diperlukan dan ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi
- Pelaburan tenaga sumber manusia penting bagi memastikan kadar kejayaan sesuatu pusat fertiliti sentiasa berada di tahap yang tinggi
APAKAH PENDAPAT PEMBACA TENTANG HARGA IVF YANG BERPATUTAN?
Soalan lazim
Kenapakah kos rawatan IVF mahal?
Antara sebabnya ialah kos ubat suntikan yang diimport dan diberi setiap hari, pemantauan yang teliti, kos makmal IVF (peralatan dan media diimport, banyak pakai buang), serta kepakaran pakar perubatan dan embriologis.
Apakah komponen utama kos IVF?
Ubat rangsangan dan ubat menguatkan rahim selepas ET, pemantauan (imbasan, suntikan, pengambilan telur, pemindahan embrio), kos makmal IVF, dan kepakaran.
Adakah kos IVF sama di semua pusat?
Tidak. Kos berbeza antara hospital dan pusat fertiliti bergantung kepada komponen yang disertakan dan tahap perkhidmatan.
Bolehkah kos IVF dikurangkan?
Boleh, contohnya melalui regimen ‘low-intensity IVF’, dan dengan memahami model pembiayaan serta mengelakkan kos tersembunyi.
Sumber
Baca juga: Model pembiayaan untuk rawatan IVF.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.



