Model pembiayaan untuk rawatan IVF

Model pembiayaan untuk rawatan IVF

Harga rawatan untuk IVF memanglah agak mahal. Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan yang memerlukannya tetapi tidak mampu membiayainya. Pasangan-pasangan ini mungkin terpaksa memilih samada tidak menjalani rawatan tersebut ataupun menundakan rawatan tersebut untuk menabung dahulu dan kemudian memilih hospital atau pusat rawatan fertiliti yang mempunyai kos yang lebih murah untuk membuat rawatan IVF tersebut.

🦋 Jawapan pantas

  • Pilih pusat IVF berdasarkan lokasi, harga dan kadar kejayaan.
  • Model pay-per-service: bayar selepas perkhidmatan diberikan.
  • Model common billing: harga pakej keseluruhan.
  • Semak komponen harga: ubat, OPU, pembekuan embrio, imbasan/konsultasi, ICSI/PGD.
  • Pastikan tiada ‘hidden cost’.

Bagaimana untuk membuat pilihan di mana membuat rawatan IVF:

1. Lokasi hospital / pusat fertiliti tersebut

2. Harga kos rawatan IVF

3. ‘Success rate’ IVF hospital / pusat fertiliti

logo-ivfku

Model pembiayaan rawatan IVF:

Kadangkala memang agak susah untuk membuat perbezaan di antara satu klinik fertiliti dengan yang lain kerana hospital/ pusat fertiliti tersebut menggunakan model pembiayaan yang berlainan. Harga kos IVF juga bergantung juga kepada penggunaan ubat rangsangan yang berbeza antara satu individu dengan yang lain.

i) Model ‘Pay-per-service’ 

Setengah-tengah klinik akan hanya membil pesakit setelah perkhidmatan diberikan. Ini dikenali sebagai model ‘pay-per-service billing’. Oleh itu, pesakit akan diberikan hanya anggaran kos IVF mereka. Harga IVF terakhir hanya akan diketahui selepas melihat respons mereka terhadap ubat rangsangan yang diberikan. Pesakit yang mempunyai ‘respons’ yang kurang akan menggunakan dos yang lebih tinggi dan lama menyebabkan harga keseluruhan IVF mereka semakin mahal. Caj-caj tambahan juga mungkin akan dikenakan untuk prosedur seperti ICSI, PGD, PESA/TESA, pembekuan embrio dan pemindahan embrio beku (Frozen embryo transfer)

ii) Model ‘Common billing method’

Manakala, setengah-tengah klinik akan memberikan memberikan harga kos IVF secara keseluruhan. Harga prosedur IVF termasuklah harga rangsangan ubat, konsultasi, imbasan scan dan ujian darah semasa rangsangan, prosedur ‘egg retrieval’ dan ’embryo transfer’, penggunaan OT dan juga pakar bius. Ubat menguatkan rahim selepas pemindahan embrio juga dimasukkan ke dalam pakej tersebut. Akan tetapi setengah-tengah pusat fertilit atau klinik akan mengenakan kos tambahan sekiranya anda memerlukan ubat ransangan yang lebih dari normal. Pesakit perlulah menanyakan mengenai kos tambahan sekiranya prosedur ICSI terpaksa dilakukan.

Faktor-faktor harga IVF

Apabila membezakan harga kos IVF antara klinik-klinik fertiliti yang berlainan, hendaklah meneliti faktor-faktor tersebut di bawah:

a)Harga untuk pembiayaan kos ubat-ubatan rangsangan & kuatkan rahim selepas embrio transfer (Apakah nama dan dos ubat-ubatan yang digunakan)

b)Harga untuk pembiayaan prosedur ‘egg pick up’ (Adakah dilakukan dengan menggunakan kepakaran pakar bius ataupun tidak kerana ianya akan melibatkan kos yang lebih) dan ’embryo transfer’.

c)Harga untuk pembekuan embrio sekiranya terdapat embrio berlebihan dan kos untuk ‘Frozen embryo transfer’

d)Bayaran kos untuk imbasan scan, konsultasi atau pengambilan ujian darah semasa rawatan IVF.

e)Harga kos untuk prosedur tambahan seperti ICSI atau PGD.

Semaklah sama ada adakah terdapat ‘hidden cost’ yang perlu diketahui.

Akan tetapi, setengah-tengah pasangan akan tetap pergi kepada klinik atau pusat rawatan fertiliti yang mempunyai kos rawatan yang lebih mahal mungkin disebabkan kadar kejayaan yang tinggi di sana.

Soalan lazim

Bagaimana memilih pusat rawatan IVF?

Antara faktor yang perlu diteliti ialah lokasi hospital/pusat fertiliti, harga kos rawatan dan kadar kejayaan (‘success rate’) pusat tersebut.

Apakah model pembiayaan rawatan IVF?

Terdapat dua model: ‘pay-per-service’ (bayar selepas perkhidmatan diberikan) dan ‘common billing’ (harga pakej keseluruhan termasuk prosedur).

Apakah faktor yang mempengaruhi harga IVF?

Antaranya harga ubat rangsangan dan ubat menguatkan rahim, kos ‘egg pick up’, kos pembekuan embrio, bayaran imbasan/konsultasi/ujian darah, dan prosedur tambahan seperti ICSI atau PGD.

Bagaimana mengelak kos tersembunyi?

Semak senarai komponen yang termasuk dan tidak termasuk dalam pakej, dan tanyakan secara jelas sama ada terdapat ‘hidden cost’.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — IVF (in vitro fertilisation)

Baca juga: Kenapakah kos IVF mahal?.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading