Rawatan IVF gagal – di manakah silapnya?

Rawatan IVF gagal – di manakah silapnya?

Rawatan IVF terutama apabila ianya gagal akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua wanita dan pasangannya yang terpaksa melalui pengalaman pahit ini. Tekanan emosi yang kuat boleh menyebabkan kesan sampingan fizikal seperti perasaan murung dan juga pergolakan rumah tangga. Perasaan sedih, keliru dan marah bercampur-baur.

Di manakah silapnya? Kenapakah rawatan IVF ini tidak berjaya? Adakah ianya gagal kerana telur tak cantik? Sperm yang tidak elok? Salah doktor? Salah pakar embriologis? Pertanyaan ini mungkin akan bermain-main di fikiran. Kegagalan rawatan IVF memberikan impak sebegini mungkin disebabkan oleh pasangan terpaksa melalui rawatan yang agak invasif dan intensif yang mengambil masa, tenaga dan kos yang agak mahal.

Di samping itu, kegagalan rawatan IVF yang sepatutnya mempunyai kadar kejayaan yang bagus dan merupakan rawatan kesuburan yang terakhir menyebabkan pesakit merasakan begitu hampa dan rungsing memikirkan yang mungkin harapan mereka untuk menjadi seorang ibu sudah menjadi tipis atau tiada sama sekali.

Sebenarnya, sebelum menjalani rawatan IVF, setiap pasangan perlu bersiap sedia untuk mengharungi pengalaman yang penuh dugaan dan mencabar ini. Walaupun, kejayaan IVF dalam kitaran 30-40% dan kadangkala mungkin mencecah kepada 50% – 60%. 1 dalam 3 atau 2 pasangan yang melakukan IVF akan mengalami kegagalan. Oleh itu, setiap pasangan perlu bersedia akan kemungkinan yang mereka terpaksa menghadapi kenyataan pahit tersebut. Akan tetapi, adalah diharapkan agar semua pasangan yang menjalani IVF tetapi rawatannya gagal supaya sentiasa tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan mereka. Kadangkala, rawatan IVF hanya berjaya setelah kali 2 atau 3.

Di samping itu, bagi persiapan untuk rawatan IVF yang kali kedua atau seterusnya, disarankan agar hendaklah membuat persediaan dan merujuk semula kepada rawatan IVF yang sebelumnya. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil agar peluang untuk kejayaan IVF seterusnya akan berjaya. Perbincangan dengan pakar yang merawat hendaklah dibuat dan faktor-faktor kegagalan IVF dikenalpasti:

🦋 Jawapan pantas

  • Kegagalan IVF perlu disusuli dengan perbincangan susulan dengan doktor.
  • Faktor yang disemak: kualiti telur & sperma, hydrosalpinx, dinding rahim nipis, kesukaran OPU/ET, dan masalah implantasi.
  • Langkah seterusnya: suplemen, tukar protokol stimulasi, pembedahan tiub, ubat rahim atau rawatan endometriosis.
  • Embrio beku yang ada boleh digunakan untuk kitaran seterusnya.
  • Jangan menyalahkan diri — IVF tidak menjamin kejayaan pada setiap kitaran.

Mengapa rawatan IVF gagal?

1. Adakah kualiti telur kurang elok?

2. Adakah kualiti sperma kurang memuaskan?

Sekiranya kualiti telur / sperma tidak elok ini akan menjejaskan kualiti embrio yang dihasilkan?

3. Adakah terdapat masalah lain seperti saluran fallopian tiub yang bengkak i.e ‘hydrosalphinx’?

4. Adakah dinding rahim semasa meletakkan embrio nipis?

5. Adakah terdapat kesulitan semasa proses ‘oocyte retrieval’ or ‘egg pick up’ disebabkan telur mungkin tinggi?

6. Adakah kesulitan semasa hendak meletakkan embrio?

7. Adakah kualiti embrio cantik tetapi masih tidak mengandung? Ini mungkin mempunyai masalah dari segi ‘implantasi’ embrio tersebut. Ini dikenali sebagai ‘implantation failure’.

Setelah faktor-faktor ini dikenalpasti, barulah kita dapat mengambil langkah-langkah yang tertentu seperti:

  • mengambil supplemen yang sesuai bagi menambah baik kualiti telur dan sperma
  • menukar protokol stimulasi – mengubah ubat stimulasi dan menaikkan dos ubat
  • membuat pembedahan untuk membuang / meng’klip’ fallopian tiub yang bengkak (‘hydrosalpinx’) atau menurunkan telur yang tinggi
  • memberi / menukar ubat rawatan untuk dinding rahim yang nipis
  • mengambil ubat supplemen atau rawatan untuk mengecutkan masalah endometriosis yang aktif

Oleh itu, susulan perbincangan setelah rawatan IVF yang gagal adalah penting dan perlu dilakukan agar isu-isu tersebut dapat diketahui dan langkah-langkah penambah baikkan dapat dibuat.

logo-ivfku

Bagi pasangan yang mempunyai lebihan embrio yang dibekukan selepas rawatan IVF yang sebelumnya, bolehlah berbincang mengenai proses ‘Frozen Embryo Transfer’ (FET). Ini adalah proses dimana embrio yang dibekukan dan kemudiannya dinyahbekukan dan seterusnya diletakkan ke dalam rahim. Sekiranya embrio yang dibekukan itu adalah elok, kejayaan prosedur FET adalah baik. Terdapat ramai pasangan yang telah berjaya hamil selepas prosedur FET.

Soalan lazim

Mengapa rawatan IVF gagal?

Antara faktor yang disemak ialah kualiti telur dan sperma, tiub fallopio yang bengkak (hydrosalpinx), dinding rahim yang nipis, kesukaran semasa pengambilan telur atau pemindahan embrio, dan masalah implantasi embrio.

Apakah yang perlu dilakukan selepas IVF gagal?

Lakukan perbincangan susulan untuk mengenal pasti punca. Langkah seterusnya mungkin termasuk suplemen, menukar protokol stimulasi, pembedahan tiub yang bengkak, atau ubat untuk rahim atau endometriosis.

Bolehkah cuba IVF lagi selepas gagal?

Boleh. Ramai pasangan berjaya pada kitaran seterusnya. Jika ada embrio yang dibekukan, ia boleh digunakan.

Adakah kegagalan IVF bermakna tiada harapan?

Tidak. Kegagalan satu kitaran tidak bermakna tidak boleh hamil; penting untuk mengenal pasti punca dan merancang langkah seterusnya bersama doktor.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — IVF (in vitro fertilisation)

Baca juga: Gagal IVF: masih ada harapan?.

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.