Elonva – Rawatan IVF yang ‘patient-friendly’

Elonva – Rawatan IVF yang ‘patient-friendly’

Apakah Elonva?

 

“Ha? Kena cucuk jarum kat perut setiap hari? Berapa hari doktor? Sakit ker? ..

Selalunya jawapan yang saya berikan kepada pertanyaan tersebut ..”Takde la.. macam kena gigit semut je.. sikit aje”

Dalam hati saya.. “Kalau cakap sakit macam kena gigit harimau mesti patient tak mau buat rawatan..” Betul tak?

Menjalani rawatan IVF adalah suatu proses yang boleh mendatangkan tekanan emosi dan fizikal yang tinggi kepada semua pasangan yang terpaksa melaluinya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah harga kos IVF yang agak mahal, prosedur rawatan yang invasif seperti suntikan ubat-ubatan pada setiap hari untuk merangsangkan telur, imbasan scan melalui faraj bagi memantau perkembangan folikel di dalam ovari dan suntikan jarum bagi mengambilan darah untuk memeriksa paras hormon di dalam badan.  Setelah melalui rawatan IVF yang agak invasif dan sangat intensif ini, kadar kejayaan IVF hanya adalah dalam  linkungan 30 – 40% sahaja. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya kadar ‘drop out’ dari rawatan IVF adalah agak tinggi. Kebanyakan pasangan terutamanya kaum wanita tidak sanggup lagi untuk melalui rawatan IVF buat kali kedua atau berikutnya apabila rawatan pertamanya gagal.

 

Elonva adalah merupakan satu ubatan hormon yang diharapkan dapat membuat rawatan IVF lebih ‘patient-friendly’. Elonva adalah rawatan yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal MSD dan telah dilancarkan pada tahun 2013 di pasaran Malaysia. Elonva (corifollitropin alfa) merupakan inovasi baru untuk rawatan IVF yang boleh mengurangkan bebanan suntikan untuk wanita semasa menjalani rawatan IVF. Ianya mengandungi hormon FSH yang berfungsi untuk merangsangkan ovari untuk mengeluarkan telur. Elonva telah diubahsuai agar hormon yang dikandunginya lebih ‘long lasting’. Ini bermakna berbanding dengan ubat hormon FSH yang lain seperti Puregon atau Gonal-F dimana pesakit terpaksa menyuntik setiap hari, satu suntikan Elonva boleh bertahan selama 7 hari.

Selepas hari ketujuh, imbasan scan melalui faraj akan dilakukan untuk memantau folikel yang sedang membesar di dalam ovari. Sebanyak 30-40% pesakit memerlukan ubat FSH selanjutnya buat hari seterusnya. Dos Elonva juga yang terdapat di pasaran adalah hanya 100 atau 150 microgram bergantung kepada berat badan pesakit tersebut. Ini ditunjukkan seperti di diagram di bawah. Akan tetapi, Elonva adalah tidak sesuai digunakan oleh pesakit yang menghidapi masalah PCOS kerana dikhuatiri ransangan ovari terlalu banyak yang mungkin tidak selamat untuk pesakit-pesakit PCOS.

🦋 Jawapan pantas

  • Elonva ialah ubat hormon FSH jangka panjang untuk rangsangan ovari semasa IVF.
  • Satu suntikan Elonva boleh menggantikan suntikan harian selama kira-kira 7 hari — lebih mesra pesakit.
  • Dos ditentukan mengikut berat badan wanita.
  • Selepas hari ke-7, pemantauan folikel dilakukan melalui imbasan faraj.
  • Ia menjadikan rawatan IVF lebih mudah dan mengurangkan tekanan suntikan harian.

Dos Elonva mengikut berat badan wanita

“Infertility is this huge emotional roller coaster. If you want in your heart more than anything is to have a baby, it’s the hardest thing you will ever go through physically, emotionally and financially…”

~Cindy Margolis

Soalan lazim

Apakah Elonva?

Elonva ialah ubat hormon FSH jangka panjang yang digunakan untuk merangsang ovari semasa rawatan IVF, menjadikan rawatan lebih mesra pesakit.

Apakah kelebihan Elonva berbanding suntikan harian?

Satu suntikan Elonva boleh menggantikan suntikan harian selama kira-kira 7 hari, mengurangkan bilangan suntikan dan tekanan kepada pesakit.

Bagaimana dos Elonva ditentukan?

Dos Elonva ditentukan mengikut berat badan wanita tersebut.

Apabila pemantauan dilakukan selepas Elonva?

Selepas hari ke-7, imbasan faraj dilakukan untuk memantau pertumbuhan folikel di dalam ovari.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — IVF (in vitro fertilisation)

Baca juga: Mencapai kos IVF yang lebih ideal.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading