Penjagaan selepas embrio transfer (IVF)

Penjagaan selepas embrio transfer (IVF)

🦋 Jawapan pantas

  • Rehat selama 24–48 jam selepas ET — tidak perlu terbaring sepanjang masa.
  • Selepas itu, senaman ringan seperti berjalan atau aerobik tidak berimpak tinggi adalah baik.
  • Elakkan hubungan seks sehingga keputusan rawatan diketahui.
  • Kurangkan kafein kepada 1 cawan kecil sehari atau berhenti terus.
  • Makan seperti anda sudah hamil: banyak protein, serat, kekacang dan sayur; minum air secukupnya. Ambil semua ubat yang diberikan.

Penjagaan selepas embrio transfer (ET)

Kebanyakan pesakit selepas menjalani rawatan IVF akan bertanya mengenai cara-cara penjagaan terbaik selepas embrio transfer (ET). Tidak ada sebarang kajian saintifik yang boleh membuktikan mana langkah-langkah tertentu yang boleh meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF. Antara nasihat yang sering diberikan tentang cara-cara penjagaan selepas rawatan IVF adalah seperti berikut:

1. Hendaklah berehat 24-48 jam selepas menjalani rawatan IVF. Apa yang dimaksudkan oleh Dr Tasha disini bukanlah terbaring atau terlantar atas katil terus-menerus selama 24-48 jam. Tiada bukti yang menunjukkan ‘bed rest’ boleh meningkatkan kejayaan rawatan IVF. Pesakit hendaklah berehat iaitu tidak berada dalam keadaan ‘stress’ kerana tekanan emosi yang kuat boleh menyebabkan kegagalan IVF tersebut. Pesakit hendaklah sentiasa tenangkan minda dan berfikiran positif.

2. Selepas 24-48 jam bolehlah melakukan senaman ringan yang tidak berimpak tinggi seperti aerobik. Senaman ringan yang sesuai adalah seperti berjalan, berenang ataupun yoga. Oleh itu bagi yang terpaksa pulang jauh selepas rawatan IVF, hendaklah merancang perjalanan pulang mungkin 2 hari selepas embrio transfer ie menaiki kereta ataupun kapal terbang.

3. Tidak melakukan hubungan seks sehingga keputusan rawatan IVF diketahui. Sekiranya positif hendaklah dielakkan hubungan intim sekurang-kurangnya sehingga 6 minggu mengandung. Ini adalah kerana dikhuatiri ransangan seksual yang menyebabkan ‘orgasm’ boleh mengakibatkan rahim mengalami ‘kontraksi’ dan menghalang implantasi embrio.

4. Kurangkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh kepada 1 cawan kecil sehari. Seelok-eloknya berhentikan terus.

5. Menjaga pemakanan seperti sudahpun mengandung. Banyakkan protein, makanan berserat, kekacang dan sayur-sayuran. Hendaklah juga memastikan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

logo-ivfku

6. Walaupun tiada bukti saintifik sahih, pesakit hendaklah mengelakkan dari memakan nenas dan betik dua minggu selepas embrio transfer kerana ini mungkin boleh menghalang implantasi embrio.

7. Pastikan mengambil semua ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor selepas embrio transfer tersebut. Ubat-ubatan ini berfungsi untuk menguatkan rahim agar implantasi embrio berlaku dengan lebih lancar. Adalah diharapkan ini akan meningkatkan lagi kejayaan rawatan IVF tersebut.

Untuk kaum beragama Islam hendaklah sentiasa berdoa dan mengamalkan zikir agar dikurniakan anak yang soleh dan sihat. Kita hendaklah berikhtiar, berdoa dan bertawakal agar permintaan untuk mendapat zuriat dikabulkanNya.

 

Soalan lazim

Perlukah saya terbaring selepas embrio transfer?

Tidak. Rehat 24–48 jam disyorkan, tetapi tidak perlu terbaring atau terlantar sepanjang masa. Aktiviti ringan adalah lebih baik.

Bilakah boleh bersenam selepas ET?

Selepas 24–48 jam, senaman ringan yang tidak berimpak tinggi seperti berjalan atau aerobik adalah sesuai.

Bolehkah saya melakukan hubungan seks selepas ET?

Elakkan hubungan seks sehingga keputusan rawatan IVF diketahui. Jika positif, elakkan sekurang-kurangnya sehingga trimester pertama.

Adakah perlu elak nenas dan betik?

Tiada bukti saintifik yang sahih, tetapi sesetengah pesakit dinasihatkan mengelakkan nenas dan betik selama dua minggu selepas pemindahan embrio.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — IVF (in vitro fertilisation)

Baca juga: Day 3 atau Day 5 embrio transfer? dan ubat untuk menguatkan rahim.

Hubungi kami untuk temujanji

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading