Ketahui umur ovari anda

Semakin meningkat umur seseorang wanita, kadar kesuburannya juga semakin menurun. Ini disebabkan oleh umur ovarinya yang turut melalui proses penuaan. Secara semulajadi, wanita telah dilahirkan dengan kesemua telur di dalam kilang ovarinya. Sewaktu lahir terdapat 1-2 juta telur di dalam ovarinya yang akan melalui proses ‘atresia’ di mana telur tersebut mengecut dan diserap oleh badan. Apabila baligh, tinggal 400,000 telur. Akan tetapi tidak kesemua telur tersebut akan menjadi matang. Hanya 400 biji telur sahaja yang akan mematang dan melalui proses ovulasi sepanjang hayat reproduktif seseorang wanita!
Bagaimana mengetahui umur ovari anda?
Ujian melalui imbasan scan pelvis untuk mengira ‘antral follicle count’ boleh dilakukan pada hari 2-5 haid anda untuk mengetahui umur ovari anda. Imbasan scan pelvis tersebut akan dilakukan melalui faraj. ‘Antral follicle count’ boleh mengukur ‘ovarian reserve’ anda. ‘Ovarian reserve’ anda adalah bilangan telur yang tinggal di dalam kilang ovari anda yang berpotensi untuk menghasilkan bayi.
‘Antral follicle count’ juga dikenali dengan nama ‘resting folicle’ adalah folikel-folikel kecil berukuran 2-8mm yang boleh diukur di dalam ovari anda. Ini boleh dilihat dengan imbasan scan pelvis. Antral follicle count (AFC) merupakan ujian yang boleh mengukur kadar kesuburan seseorang wanita, berfungsi memberikan ramalan tentang respon wanita tersebut semasa ubat ransangan diberikan semasa rawatan IVF dan sekaligus meramalkan kadar kejayaan IVF.
Interpretasi Antral Follicle Count Anda
Nombor ‘Antral follicle count’ yang tinggi menunjukkan terdapat lebih bilangan telur di dalam ovarinya. Oleh itu apabila wanita tersebut diransang semasa rawatan IVF, lebih banyak telur akan dapat diperolehi sewaktu prosedur ‘oocyte retrieval’ dan lebihan embryo akan dapat dihasilkan. Seterusnya potensi kejayaan IVF wanita tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang mempunyai bilangan AFC yang rendah. Bilangan jumlah AFC lebih dari 10 bagi kedua-dua telur adalah elok. Sekiranya AFC anda kurang dari 4 mungkin bermakna respon anda semasa rawatan IVF akan menjadi kurang memberansangkan. Bagi wanita yang mempunyai AFC lebih dari 30, dia berisiko tinggi untuk mengalami OHSS ketika ransangan ubatan yang diberikan semasa rawatan IVF.
Akan tetapi, tidak semestinya bilangan AFC ini akan memberikan gambaran kualiti telur atau embrio yang akan diperolehi semasa rawatan IVF. Di samping itu, AFC juga boleh berbeza antara satu kitaran haid kepada kitaran haid yang lain.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on June 24, 2014, in Uncategorized and tagged ANTRAL FOLLICLE COUNT, doktor kesuburan, ingin hamil, IVF Malaysia, rawatan kesuburan, TTC. Bookmark the permalink. 2 Comments.
Salam doc..
Macamana kalo my husband ni obesiti, dia berat lbh dari 150kg. Blh ke buat IVF? Tq
Wsalam Putri,
Seelok-eloknya hendaklah menasihati suami untuk menurunkan berat badan untuk kesihatan secara umumnya. Kadang-kala sperma seseorang lelaki juga boleh terjejas disebabkan obesiti. Hendaklah pergi periksa spermanya sekiranya masih elok dan Putri juga tidak mempunyai masalah obesiti IVF boleh dilakukan. Jika ingin berbincang dengan lebih lanjut mengenai latar belakang Puteri dan suami, sila email Dr Tasha di drnatashanor@gmail.com