Zikir dan Doa agar dikurniakan zuriat

Zikir dan Doa agar dikurniakan zuriat

 

 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah: ayat 216)

 

Dugaan dariNya datang dalam pelbagai bentuk. Kesukaran untuk hamil juga adalah salah satu ujian yang perlu ditempohi oleh setengah-tengah pasangan. Dr Tasha percaya ada hikmatnya yang tidak ketahui disebalik sebarang musibah atau dugaan yang terpaksa dilalui oleh setiap insan. Ia akan menjadikan seseorang itu lebih tabah, cekal dan membentuk peribadinya.

Kita sentiasa hendaklah cekal, berikhtiar untuk berubat dan berdoa agar dikurniakan zuriat. Diharapkan pasangan hendaklah tidak berputus asa, mendapat nasihat doktor pakar agar suatu dan setelah melakukan rawatan kesuburan terbaik hendaklah bertawakal dengan takdirNya. Kadangkala, rawatan kesuburan seperti IUI atau IVF perlu dilakukan oleh setengah-tengah pasangan beberapa kali barulah berjaya hamil. Akan tetapi Dr Tasha menasihati agar kaum wanita terutamanya tidak melengah-lengahkan mendapat rawatan kerana dengan meningkatnya umur, kualiti dan nombor telur juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan kejayaan rawatan IVF sekalipun akan menurun.

🦋 Jawapan pantas

  • Kesukaran hamil adalah salah satu ujian; kita perlu cekal, berikhtiar dan berdoa.
  • Zikir yang boleh diamalkan: Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musau-wir, Ya Razzaq, Ya Fatah, Ya Karim, Ya Allah (100x sehari).
  • Doa mustajab: doa Nabi Zakaria (Surah Al-Imran: 38).
  • Teruskan rawatan perubatan sambil berdoa — kedua-duanya penting.
  • Insya-Allah, usaha dan doa membawa ketenangan hati.

Zikir mustajab untuk mendapat zuriat

Zikir-zikir mustajab yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat:

1. Ya Khaliq (Baca 100x sehari)

al-khaliq
Maha Pencipta

2. Ya Bari’ (Baca 100x sehari)

Ya Bari'
Maha Perancang

3. Ya Musau-wir  (Baca 100x sehari)

Ya Musawwir
Maha Pembentuk

 

4. Ya Razzaq (Baca 100x sehari)

Ya Razzaq
Maha Pemberi Rezeki

5. Ya Fatah (Baca 100x sehari)

Ya fatah
Maha Pembuka

6. Ya Karim (Baca 100x sehari)

Ya karim
Maha Pemurah

7. Ya Allah (Baca 100x sehari)

1.6

 

Doa mustajab: doa Nabi Zakaria

Doa mustajab yang boleh diamalkan:

 

surah al imran 38

 

Maksudnya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.”

(Surah Al-Imran: 38)

 

Bagi pasangan yang berjaya hamil, tahniah Dr Tasha ucapkan. Sekiranya mempunyai mobile phone android, bolehlah memuat turun applikasi percuma khusus untuk Bakal Ibu.

 

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aspire.doaibuhamil

Soalan lazim

Apakah zikir untuk mendapat zuriat?

Antaranya Ya Khaliq, Ya Bari’, Ya Musau-wir, Ya Razzaq, Ya Fatah, Ya Karim dan Ya Allah, dibaca 100 kali sehari dengan penuh kesungguhan.

Apakah doa mustajab untuk zuriat?

Doa Nabi Zakaria yang terkandung dalam Surah Al-Imran ayat 38, memohon zuriat yang baik daripada Allah.

Perlukah berikhtiar di samping berdoa?

Ya. Kita digalakkan berikhtiar untuk berubat dan mendapatkan rawatan kesuburan, di samping berdoa dan berzikir dengan penuh kesungguhan.

Adakah doa menjamin kehamilan?

Doa memberi ketenangan hati dan harapan, tetapi hasilnya tetap dalam ketentuan Allah. Teruskan usaha perubatan bersama doa.

Sumber

  1. Al-Quran — Surah Al-Baqarah: 216; Surah Al-Imran: 38.
  2. NHS — Treatment for infertility

Baca juga: Masalah kesuburan & rumahtangga.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading