“Doktor saya stress sebab kalau saya tidak dapat mengandung, suami saya akan kahwin lagi satu tak lama lagi.”

Tidak dapat dinafikan setiap pasangan kebanyakan berkahwin dengan pasangan pilihan sendiri dan mengharapkan bahagia sehingga ke akhir hayat. Akan tetapi, bagi segelintir pasangan impian tersebut terkandas di pertengahan jalan. Pelbagai masalah seperti masalah kewangan, kecurangan dengan penglibatan orang ketiga dan juga masalah kesuburan merupakan salah satu faktor-faktor yang menyumbang kepada penceraian di kalangan pasangan. Faktor lain seperti tidak bertanggungjawab, tidak ingin dimadukan, ketagihan dadah atau alkohol serta juga perbalahan dengan keluarga pihak mertua.
🦋 Jawapan pantas
- Masalah kesuburan boleh menimbulkan stress dan ketegangan dalam rumahtangga.
- Wanita sering disalahkan — sedangkan ketidaksuburan melibatkan kedua-dua pihak.
- Masalah hubungan intim menyumbang kepada ketegangan perkahwinan.
- Kunci: komunikasi, aktiviti bersama, kasih sayang dan hubungan intim 2–3 kali seminggu.
- Dapatkan bantuan doktor atau kaunselor jika tekanan menjejaskan perkahwinan.
Wanita kerap disalahkan punca ketidaksuburan
Tidak dinafikan, secara umumnya masyarakat kita sering mempersalahkan pihak wanita jika terdapat masalah kesuburan di dalam sesuatu pasangan. Akan tetapi ini bukanlah puncanya di dalam kesemua kes-kes ketidaksuburan. Kadang-kala kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan mempunyai masalah kesuburan. Boleh dilihat sekarang, rata-rata terdapat peningkatan masalah dari pihak lelaki di mana terdapat kemerosotan dari segi kuantiti dan kualiti. Oleh itu, satu pasangan itu hendaklah memeriksa sperma sekiranya mengalami masalah kesuburan.

Masalah Hubungan Intim
Peningkatan masalah hubungan intim di antara pasangan Malaysia turut juga menyumbang kepada peningkatan kes perceraian. Masalah tidak serasi secara seksual, hubungan intim yang hambar menyebabkan stress antara pasangan tersebut.
Tips untuk Perkahwinan Bahagia
1. Kerap melakukan aktiviti bersama pasangan anda. Pilihlah satu aktiviti yang disenangi oleh kedua-dua belah pihak. Jika kedua-dua sibuk bekerja, hendaklah memastikan meletakkan prioriti untuk meluangkan masa bersama-sama
2. Sentiasa berbincang dan tingkatkan komunikasi dengan pasangan. Hendaklah bertoleransi dan bijak menangani masalah antara suami dan isteri
3. Hendaklah cuba kerap melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya 2-3 seminggu. Di samping mengeratkan perhubungan suami isteri ianya juga boleh meningkatkan peluang untuk hamil.
4. Membuat bajet keluarga. Perbelanjaan dan simpanan hendaklah dibuat agar ada wang simpanan pada waktu diperlukan. Seelok-eloknya perbincangan mengenai ini hendaklah dilakukan sebelum perkahwinan agar sebarang persengketaan dapat diselesaikan.
5. Hendaklah sentiasa menunjukkan atau menyatakan perasaan sayang anda kepada pasangan anda seperti ungkapan kasih sayang ataupun pelukan yang mesra setiap hari.
6. Bagi yang beragama Islam, sentiasa doakan kebahagian sebagai suami isteri dan sebuah keluarga:
Doa untuk keluarga bahagia:
Maksudnya:
Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa
(Surah Furqan:74)
Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan yang menimbulkan stress dan ketegangan di antara suami dan isteri, pergilah berjumpa dengan doktor kesuburan bagi menangani masalah tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan persengketaan berlanjutan.
Soalan lazim
Adakah masalah kesuburan punca keretakan rumahtangga?
Masalah kesuburan boleh menimbulkan stress dan ketegangan antara suami isteri, tetapi ia bukan punca tunggal. Sokongan dan komunikasi penting.
Kenapa wanita sering disalahkan?
Secara umum masyarakat sering menyalahkan wanita apabila pasangan sukar hamil, sedangkan masalah kesuburan melibatkan kedua-dua pihak — kira-kira 35% melibatkan faktor lelaki.
Apakah tips perkahwinan bahagia?
Kerap melakukan aktiviti bersama, tingkatkan komunikasi dan toleransi, kekalkan hubungan intim 2–3 kali seminggu, rancang bajet keluarga, nyatakan kasih sayang setiap hari, dan berdoa.
Bilakah perlu mendapatkan bantuan?
Jika masalah kesuburan menimbulkan stress dan ketegangan serius antara suami isteri, berjumpalah doktor atau kaunselor untuk bantuan.
Sumber
Baca juga: Kekuatan emosi untuk melalui IVF.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.



