Adakah anda mempunyai kekuatan emosi untuk melalui IVF?

Adakah anda mempunyai kekuatan emosi untuk melalui IVF?

Terlebih dahulu, Dr Tasha ingin mengucapkan tahniah kepada kontijen atlit Malaysia kerana telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia dengan menunjukkan semangat kesukanan yang bagus dan tahap pencapaian yang sangat cemerlang semasa Sukan Sea yang baru berlalu.

Sebenarnya semua wanita yang sedang melalui perjalanan TTC mereka seumpama seorang atlit yang bakal berhadapan dengan acara sukan. Persiapan mental adalah penting agar atlit tersebut bersedia berhadapan dan menerima segala situasi yang mungkin berlaku, tetap fokus dan menanganinya dengan tenang serta memberikan tahap prestasi yang cemerlang. Bergantung kepada takdir suratan seseorang wanita TTC tersebut mungkin hanya perlu berlari 100m pecut ataupun marathon yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Lebih lama wanita tersebut perlu mengharungi perjalanan TTC itu, dia perlu bersabar dan mengawal emosinya agar tidak mengalah separuh jalan.

🦋 Jawapan pantas

  • Persiapan mental sama pentingnya dengan persiapan fizikal untuk IVF.
  • Ketahui prosedur dan protokol klinik terlebih dahulu supaya anda bersedia.
  • IVF bukan 100% berjaya — harapan yang realistik mengurangkan tekanan.
  • Bina rangkaian sokongan: pasangan, keluarga, rakan atau kaunselor yang positif.
  • Jika kitaran gagal, elakkan menyalahkan — berbincang dengan baik dan rancang langkah seterusnya.

Persiapan mental untuk menjalani rawatan IVF

Bagi membuat persiapan mental untuk menjalani rawatan IVF, wanita dan pasangannya perlu mengetahui bakal prosedur yang akan dilaluinya. Ini bergantung kepada protokol klinik IVF dan pakar IVFnya. Oleh itu, ianya adalah penting untuk mendapatkan informasi mengenai rawatan IVF masing-masing untuk membuat persiapan masing-masing. Dengan mengetahui prosedur yang bakal dihadapi, wanita dan pasangannya akan berasa lebih tenang, fokus dan yakin serta berfikiran positif.

Wanita tersebut juga tidak akan terlalu stress sekiranya terdapat rintangan-rintangan kecil ataupun IVF cycle tersebut tidak berjalan seperti yang diharapkan. Usahlah membanding-bandingkan nota IVF anda dengan teman-teman lain yang menjalani rawatan IVF kerana ianya tidak akan sama!

IVF bukanlah 100% successful!

Ini adalah satu fakta penting yang perlu diingati oleh pasangan TTC yang akan melalui rawatan IVF. Akan tetapi,  kita boleh membuat persediaan fizikal yang boleh meningkatkan tahap kejayaan IVF tersebut. Oleh itu, ianya adalah penting untuk berjumpa dengan pakar IVF lebih kurang 2-3 bulan sebelum itu untuk membuat persediaan yang diperlukan.

Hendaklah juga berasa yakin yang pakar IVF serta ‘team’ mereka akan membuat yang terbaik bagi setiap pasangan TTC di bawah jagaan mereka. Wanita dan pasangannya perlu mempunyai harapan realistik apa yang boleh dicapai dan sekiranya rawatan IVF tersebut tidak berjalan seperti yang diharapkan eg perkembangan telur lambat, nombor bilangan folikel terhasil adalah lebih rendah, masalah persenyawaan atau bilangan / kualiti embrio terhasil adalah kurang. Wanita tersebut perlu mungkin berbincang dan membuat persediaan sekiranya plan A tidak berjalan apakah plan B dan C yang boleh dibuat.

Cari ’emotional support’ yang diperlukan semasa dan selepas menjalani rawatan IVF

Wanita dan pasangannya perlu memberikan sokongan moral dan emosi kepada satu sama lain. Setiap individu mempunyai cara ‘coping mechanism’ yang berlainan terutamanya orang lelaki mungkin berlainan dari wanita. Wanita tersebut perlu mengenalpasti siapakah yang boleh memberikannya sokongan yang diperlukan sama ada ianya adalah pasangan, teman ataupun adik-beradik. Pastikan mereka sentiasa positif dan boleh membuatkan anda terus tabah serta bersabar mengharungi setiap cabaran yang akan datang.

Walaupun memang diakui, memang semua wanita seperti para atlit mengimpikan kejayaaan dan berharap pada akhir rawatan IVF tersebut keputusannya adalah kehamilan. Sebagai seorang pakar IVF, Dr Tasha juga mendoakan agar ianya begitu, tetapi kita perlu membuat persiapan mental bukan semua wanita akan mendapatkan kejayaan mudah, ada kalanya ianya diakhiri dengan kegagalan rawatan IVF perlu dijalani berulang-kali untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Tetapi adakah anda telah bersedia menghadapi segala kemungkinan?

Ramai pasangan IVF mempunyai gelagat masing-masing sepanjang rawatan IVF mereka. Ada yang tenang dan bersahaja. Ada pula yang sangat ‘nervous’. Manakala ada pula yang terlalu stress sehingga marah-marah kepada para doktor dan jururawat sekeliling mereka. Ada sahaja yang tidak kena dan salah di mata mereka. Bagi Dr Tasha, mungkin pasangan tersebut mungkin tidak membuat persiapan terutamanya persiapan mental yang diperlukan untuk melalui IVF. Juga pastikan semasa minggu rawatan IVF dijalankan, tugasan kerja tidak teruk dan fleksible. Oleh itu, pilihlah bulan di mana boleh dijangkakan schedule office tidak hectic.

Dr Tasha dan team selalunya akan tetap bersabar dengan sikap dan kerenah sebegitu kerana memahami stress tinggi yang mungkin dialami mereka. Of course you can never be fully prepared for it, but cubalah to be calm as much as possible, take a deep breath and let go. Be nice to those who are trying their best to help you especially your doctors and nurses. In sha Allah dipermudahkanNya.

Sekiranya rawatan tersebut tidak berjaya, usahlah bersikap negatif dan menyalah-yalahkan orang lain serta mengungkit segala permasalahan kecil-kecil. Berbincanglah secara baik, terima hakikat yang kali ini rawatan tersebut tidak berjaya dan kuatkan semangat untuk bangkit semula dan memulakan langkah-langkah untuk menambahkanbaik persiapan agar rawatan seterusnya akan berjaya.  

Soalan lazim

Bagaimana membuat persiapan mental untuk IVF?

Ketahui prosedur yang akan dilalui (protokol berbeza antara klinik), tetapkan harapan yang realistik, dan elakkan membandingkan kitaran anda dengan orang lain kerana ia tidak sama.

Adakah IVF sentiasa berjaya?

Tidak. IVF tidak 100% berjaya dan fakta ini penting diingati. Namun, persiapan fizikal bersama pakar IVF sekitar 2–3 bulan sebelum rawatan boleh membantu meningkatkan peluang.

Di mana boleh mendapat sokongan emosi?

Daripada pasangan, keluarga, rakan, kaunselor atau kumpulan sokongan. Kenal pasti siapa yang memberi sokongan positif dan bergantunglah kepada mereka.

Apa perlu dibuat jika kitaran IVF gagal?

Jangan menyalahkan satu sama lain atau mengungkit perkara lalu. Berbincang dengan baik, terima hakikat kitaran ini tidak berjaya, dan rancang penambahbaikan untuk rawatan seterusnya.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — Treatment for infertility

Read in English: Do You Have the Emotional Strength to Go Through IVF?. Lihat juga Rawatan IVF.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading