Ramai wanita setelah melalui rawatan kesuburan mereka terutamanya rawatan IVF seringkali terpaksa menunggu selama 2 minggu untuk mengetahui sama ada mereka hamil atau pun tidak. Penantian walaupun hanya 2 minggu itu kerapkali dirasakan seolah-olah berkurun-kurun lamanya. Satu penantian yang menyeksakan! Sebarang simptom perlu diinterpretasikan. Rasa loya dan buah dada lebih sensitif… Adakah simptom itu petanda awal kehamilan? Perut sakit.. Adakah rawatan itu tidak berjaya. Pelbagai persoalan bermain-main di minda. Kegelisahan, stres, harapan dan juga perasaan takut bercampur-baur untuk menghadapi kenyataan masa hadapan.

🦋 Jawapan pantas
- Penantian 2 minggu ialah tempoh menunggu selepas pemindahan embrio sebelum ujian kehamilan.
- Teruskan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor.
- Lakukan ujian kehamilan pada masa yang ditetapkan — terlalu awal boleh memberi keputusan tidak tepat.
- Senaman ringan seperti berjalan, berenang dan yoga adalah baik.
- Dapatkan sokongan, tulis journal, berdoa dan kekal positif.
Tips untuk melalui 2 minggu tersebut dengan tenang:
- Teruskan pengambilan ubat yang diberikan selepas rawatan kesuburan. Lazimnya, Ubat-ubatan tersebut adalah penting untuk menguatkan rahim. Akan tetapi, setengah-tengah pesakit mungkin akan mendapati kesan sampingan. Sekiranya teruk hendaklah berbincang dengan doktor yang merawati.
- Mengambil ujian air kencing atau darah pada masa yang telah ditetapkan oleh doktor. Ujian jika dilakukan terlalu awal berkemungkinan besar tidak tepat. Tidak hairan jika ramai antara anda yang mungkin mencuri-curi untuk membuat ujian kehamilan lebih awal dari sepatutnya.
- Sambung senaman ringan seperti berjalan, berenang dan yoga yang tidak melibatkan senaman berimpak tinggi seperti aerobik
- Bersamalah sahabat / keluarga anda yang boleh menghibur dan menggembirakan anda.
- Buatlah aktiviti yang boleh menenangkan fikiran anda
- Mula menulis journal agar dapat meluahkan perasaan anda
- Janganlah membaca blog-blog yang boleh menakut-nakutkan anda dengan pengalaman negatif. Teruskan membaca hanya blog/ pengalaman yang positif buat masa ini.
- Bagi yang menganut agama Islam / agama lain hendaklah sentiasa mendoakan yang terbaik. Mudah-mudahan zuriat yang diidam-idamkan selama ini akan menjadi kenyataan.
- Hendaklah sentiasa berfikiran positif dan cekalkan hati untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pada masa ini hendaklah tawakal dan bersedia untuk ‘let go’.
Soalan lazim
Apakah ‘penantian 2 minggu’?
Tempoh menunggu selama kira-kira 2 minggu selepas rawatan kesuburan (terutamanya IVF) sebelum ujian kehamilan dilakukan. Ia boleh mencabar dari segi emosi.
Apakah tips untuk melaluinya dengan tenang?
Teruskan ubat, buat ujian pada masa yang ditetapkan, lakukan senaman ringan, dapatkan sokongan keluarga/rakan, tulis journal, berdoa dan kekal positif.
Bilakah ujian kehamilan boleh dilakukan?
Pada masa yang telah ditetapkan oleh doktor. Ujian yang dilakukan terlalu awal berkemungkinan memberi keputusan yang tidak tepat.
Bolehkah bersenam semasa penantian?
Boleh, senaman ringan seperti berjalan, berenang dan yoga. Elakkan senaman berimpak tinggi seperti aerobik.
Sumber
Baca juga: Penjagaan selepas embrio transfer.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.


