Membina keluarga bahagia

Membina keluarga bahagia

Kebanyakan pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk melengkapkan kebahagiaan istana mahligai mereka. Akan tetapi hakikatnya, 1 dalam setiap 6 pasangan mungkin akan menghadapi masalah untuk hamil. Kadang-kala pasangan ini mendapat tekanan dari pelbagai pihak apabila masalah kemandulan ini dihadapi. Ini menambahkan lagi tekanan emosi pada mereka. Bahkan pertengkaran atau persengketaan mungkin timbul antara kedua-dua pasangan tersebut.

🦋 Jawapan pantas

  • Persiapan membina keluarga: kesediaan fizikal, mental dan kewangan.
  • Tanya diri: sudah bersediakah menjadi ibu/bapa? Bagaimana penjagaan bayi jika kedua-duanya bekerja?
  • Rancang kewangan untuk perbelanjaan bayi.
  • Wanita berkerjaya sering berdepan dilema kerjaya vs keluarga.
  • Jangan berlengah terlalu lama untuk memulakan keluarga — kesuburan menurun dengan umur.

Membuat persediaan atau persiapan untuk membina keluarga bahagia

Apabila sesuatu pasangan tersebut sudah bersedia untuk membina keluarga bahagia mereka, sebenarnya mereka perlu membuat persiapan. Ini termasuklah persiapan dari segi mental, fizikal dan kewangan. Berbincanglah dengan pasangan anda mengenai isu-isu penting mengenai keluarga yang bakal dibina.

  • Adakah anda dan pasangan anda benar-benar sudah bersedia untuk menjadi ibu dan ayah
  • Bagaimanakah anda akan merancang penjagaan bayi tersebut kelak terutamanya jika kedua-duanya bekerja
  • Apakah perubahan kehidupan yang mungkin akan berlaku dengan kehadiran bayi tersebut?
  • Adakah kewangan anda kukuh untuk menghadapi perbelanjaan yang mungkin dihadapi untuk bayi anda? Adakah anda mempunyai insurans untuk membiayai kos perubatan untuk kehamilan, bersalin dan juga membeli susu atau lampin bayi?

Kajian telah menunjukkan yang pasangan yang membuat persediaan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan bukan sahaja untuk kehamilan tetapi kehidupan selepas kelahiran anak mereka, selalunya akan menjadi ibu-bapa dan seterusnya menjadi keluarga yang lebih bahagia berbanding pasangan yang tidak membuat sebarang persediaan.

Kerjaya atau keluarga

Bagi wanita yang berkerjaya pula, mereka mungkin dibelenggu dilema kerana terpaksa mengimbangi antara desakan membina kerjaya atau mengambil masa untuk membina keluarga mereka. Tidak menghairankan sekiranya ada wanita yang memilih untuk menghabiskan pembelajaran mereka terlebih dahulu agar berpotensi untuk menaiki tangga kerjaya masing-masing.

Dr Tasha berharap agar mereka janganlah berlengah-lengah atau menunggu terlalu lama untuk memulakan keluarga mereka. Ini disebabkan oleh ‘biological clock’ seseorang wanita. Tahap kesuburan wanita sebenarnya sudah mula menurun apabila wanita berumur di akhir 20an. Oleh itu, jika sudahpun bertemu jodoh, berbincanglah dengan suami bilakah masa sesuai untuk memulakan keluarga.

Sudah bersedia tetapi terpaksa menunggu sekian lama untuk zuriat

Ramai wanita yang sudah bersedia untuk hamil tetapi merasa hampa apabila pasangannya seolah-olah tidak berminat. Bagi yang menghadapi masalah kesuburan pula, memang kerap melihat hanya pasangan wanita sahaja yang berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Mereka menjadi marah apabila suami enggan melibatkan diri untuk rawatan kesuburan tersebut. Diharapkan wanita tersebut bersabar jika menghadapi situasi sedemikian. Dr Tasha kerap melihat situasi demikian. Akan tetapi, wanita tersebut juiga hendaklah membuat persediaan yang diperlukan untuk kehamilan kerana kerap juga wanita tersebut sendiri pun tidak mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka. Umpamanya mempunyai berat badan berlebihan, tidak menjaga pemakanan atau tidak mengambil suplemen penting seperti folik asid serta kurang melakukan senaman untuk menjaga tahap kesihatan optimum. Tidak kurang pula, pasangan yang tidak membaca mengenai masalah kesuburan yang dihadapi. Oleh itu mereka tidak mengambil langkah-langkah yang penting untuk meningkatkan peluang untuk kehamilan.

Oleh itu, Dr Tasha sarankan agar bagi wanita atau pasangan yang sudah bersedia untuk membina keluarga keluarga mereka, hendaklah mengambil inisiatif untuk membuat persediaan secukupnya agar impian tersebut dapat dicapai. Seminar Membina Keluarga bahagia akan diadakan pada 23 Mei 2015 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Soalan lazim

Apakah persediaan untuk membina keluarga bahagia?

Antaranya kesediaan fizikal dan mental menjadi ibu bapa, rancangan penjagaan bayi, kesediaan kewangan, dan sokongan pasangan.

Bagaimana menyeimbangkan kerjaya dan keluarga?

Rancang lebih awal, berbincang dengan pasangan dan majikan, serta tetapkan keutamaan. Jangan menunggu terlalu lama kerana kesuburan menurun dengan umur.

Apa jika pasangan belum bersedia untuk cahaya mata?

Bincangkan bersama secara terbuka. Bagi wanita yang sudah bersedia, dapatkan nasihat doktor mengenai pilihan kesuburan seperti penilaian awal.

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Jika anda dan pasangan sudah bersedia tetapi masih belum hamil selepas tempoh yang disyorkan, atau jika anda ingin memahami pilihan kesuburan anda.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. HFEA — Fertility treatments

Baca juga: Biological clock wanita.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading