Suka duka anak kembar

Suka duka anak kembar

Twin2
Just the two of us..
twin3
Cukupker space untuk 2 orang nie?

“Dr, boleh saya dapat anak kembar selepas rawatan fertiliti?”

“Ada kemungkinan..”

“Kalau boleh, nak kembar sepasang. Lagi seronok.”

Secara umumnya, memang tanggapan mempunyai anak kembar terutamanya  jikalau mendapat sepasang kembar adalah pengalaman yang menyeronokkan. Selepas rawatan fertiliti kemungkinan untuk mendapat kandungan kembar adalah berlipat ganda. Sebagai contohnya, untuk rawatan IVF, risiko untuk mendapat kandungan kembar adalah sebanyak 20-25%. Ini adalah kerana ubat ransangan ovari yang diberikan menyebabkan lebih dari satu telur akan dihasilkan oleh ovari. Khusus untuk rawatan IVF pula, sekurang-kurangnya 2 atau 3 embryo akan dipindahkan semula ke dalam rahim yang boleh menyebabkan kandungan kembar terhasil.

🦋 Jawapan pantas

  • Kehamilan kembar selepas rawatan fertiliti boleh berlaku — peluangnya meningkat dengan ubat dan IVF.
  • Risiko kepada ibu: darah tinggi, anemia, kencing manis dan pendarahan selepas bersalin.
  • Risiko kepada bayi: kelahiran pramatang dan plasenta previa.
  • Kembar dipantau lebih kerap oleh doktor.
  • Ia memberi kelebihan, tetapi juga cabaran — tanggungjawab dan keletihan berganda.

Risiko kehamilan kembar

Antara risiko kepada wanita hamil kembar dua atau tiga adalah seperti berikut:

1. Darah tinggi

2. Anemia

3. Kencing Manis

4. Kelahiran pramatang

5. Uri bawah (Placenta previa)

6. Lebih tinggi risiko untuk melahirkan anak secara ‘Caesarean section’

7. Risiko tumpah darah selepas kelahiran bayi (‘post-partum Haemorrhage’)

Oleh itu, wanita yang hamil kembar akan dipantau dengan dengan lebih kerap dan teliti oleh doktor untuk mengenalpasti masalah-masalah seperti di atas.

Pengalaman sebenar: suka duka anak kembar

Dari pengalaman Dr Tasha sendiri mengandung dan melahirkan anak kembar dua ini memang penuh dugaan dan cabaran. Alhamdulillah, kedua-dua mereka ini akan menjangkau umur 3 tahun tidak lama lagi. Pengalaman manis dan pahit adalah lumrah hidup. Bagi pasangan yang akan menimang anak kembar, Dr Tasha berharap agar mereka membuat persediaan secukupnya bagi menerima kehadiran anak kembar mereka. Bertanyalah kepada pasangan-pasangan yang sudah mempunyai anak kembar, pengalaman dan tips yang elok untuk menjaga anak kembar ini. Lebih baik juga jikalau mereka mendapat ‘social support’ dari kaum keluarga sekeliling bagi meringankan bebanan menjaga anak kembar mereka.

The ‘fun’ things bila ada anak kembar sepasang. Dressing them up!

Baju twins

The not so ‘fun’ things bila ada anak kembar. Bila dua-dua ‘mengamuk’ and have a ‘melt down’

The ‘great’ thing bila ada anak kembar. When they decide to be nice to other other and we can have a great photo!

babynaimzarra

Soalan lazim

Bolehkah saya dapat anak kembar selepas rawatan fertiliti?

Ada kemungkinan. Peluang kehamilan kembar meningkat dengan penggunaan ubat kesuburan dan rawatan IVF.

Apakah risiko kehamilan kembar?

Antaranya darah tinggi, anemia, kencing manis, kelahiran pramatang, plasenta previa, risiko melahirkan secara Caesarean dan pendarahan selepas bersalin.

Adakah kehamilan kembar dipantau lebih kerap?

Ya. Wanita yang hamil kembar akan dipantau dengan lebih kerap dan teliti oleh doktor.

Apakah cabaran anak kembar?

Selain kegembiraan, anak kembar boleh membawa cabaran seperti keletihan berganda dan tanggungjawab yang lebih besar, terutamanya pada awal kehidupan.

Sumber

  1. NHS — Twins and multiples
  2. HFEA — Fertility treatments

Baca juga: Inginkan anak kembar?.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading