Inginkan Anak kembar? Bagaimanakah rawatan kesuburan boleh membantu anda?

Inginkan Anak kembar? Bagaimanakah rawatan kesuburan boleh membantu anda?

“Doktor, saya teringin sangat untuk mendapatkan anak kembar. Comel sangat apabila lihat gambar-gambar baby twins!”

Terdapat beberapa kali Dr Tasha telah dihubungi kerana terdapat setengah-tengah pasangan yang sangat teringinkan anak kembar dua. Oleh itu, untuk post kali ini Dr Tasha akan mengupaskan serba-sedikit mengenai topik tersebut.

🦋 Jawapan pantas

  • Kembar boleh terhasil daripada dua telur + dua sperma (tidak seiras / fraternal) atau satu telur membahagi dua (seiras / identical).
  • Ubat kesuburan (clomid, FSH) meningkatkan peluang kembar.
  • Peluang kembar selepas IVF sekitar 20–30% — lebih tinggi daripada kehamilan spontan.
  • Kembar membawa risiko tambahan kepada ibu dan bayi.
  • Untuk mengurangkan risiko, klinik lazimnya memindahkan 1–2 embrio sahaja semasa ET.

Bagaimanakah kandungan kembar dua terhasil?

Secara umumnya kehamilan akan terhasil apabila satu telur matang yang dihasilkan oleh kilang telur seseorang wanita bercantum dengan seekor sperma dari pasangannya. Terdapat dua cara di mana kandungan kembar dua (‘Twins’) terhasil:

1.Dua Telur dipersenyawakan oleh Dua sperma berlainan

Kehamilan kembar tersebut akan menghasilkan kembar dua yang tidak seiras. Ianya dikenali juga sebagai ‘fraternal twin’ atau ‘dizygotic twins’

2.Satu Telur yang dipersenyawakan oleh Satu sperma membahagi kepada 2

Kehamilan kembar tersebut di atas pula akan menghasilkan kembar dua yang seiras.   Mereka mempunyai raut muka yang seiras dan juga adalah jantina yang sama. Kembar dua ini dikenali sebagai ‘monozygotic twins’.

Perlu diingat kandungan kembar bukanlah setakat kembar 2 tetapi akan tetapi boleh juga menjadi kandungan 3 (‘Triplet’) atau pun lebih.

Peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan

Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan, pakar fertiliti akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur atau ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya ubat pil subur ‘Clomid’ diberikan

Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%

Peluang untuk hamil kembar sekiranya ubat rangsang telur seperti FSH  (Follicle-Stimulating Hormone) digunakan

Hormon FSH adalah ubat-ubatan suntikan hormon yang kerapkali digunakan untuk merangsang telur semasa rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih kuat berbanding dengan clomid. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya risiko kandungan kembar adalah lebih tinggi dalam anggaran 30-40%. Walaupun kebanyakan kandungan kembar tersebut adalah kandungan kembar 2, lebih kurang 5% adalah kandungan kembar 3 ataupun lebih.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya rawatan IUI diberikan

Rawatan IUI akan memberikan kadar kejayaan kehamilan 10-15%. Untuk merangsang telur ubat kesuburan clomid sahaja ataupun clomid + FSH akan diberikan bergantung kepada latar belakang pesakit. Pasangan yang berjaya hamil setelah menjalani rawatan IUI dan mengandung kembar bergantung kepada berapa telur yang berjaya dihasilkan.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya rawatan IVF diberikan

Peluang untuk kehamilan kembar selepas rawatan IVF adalah lebih tinggi berbanding dengan kehamilan spontan. Ianya adalah dalam anggaran 20-30%. Ini disebabkan oleh bilangan embrio 1-3 diletakkan kembali ke dalam rahim semasa prosedur embrio transfer (ET).

Polisi untuk mengurangkan risiko kandungan kembar selepas rawatan IVF

Sebenarnya risiko untuk kehamilan kembar dipandang serius terutamanya jika kandungan kembar tersebut adalah hasil dari rawatan IVF. Oleh itu, tidak hairan sekiranya jika dilihat negara-negara barat seperti Australia dan United Kingdom terdapat polisi di mana tidak lebih dari 2 embrio sahaja dibenarkan dipindahkan masuk ke dalam rahim wanita semasa prosedur ’embrio transfer’. Malah kini dengan peningkatan teknologi makmal IVF, polisi ‘SET’ (‘Single Embryo Transfer’) di mana hanya satu sahaja embrio dibenarkan diletak kembali terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke bawah bagi mengelakkan kandungan kembar telah mula diperkenalkan di negara-negara barat.

Di KL Fertility Centre kami hanya akan meletakkan 2 embrio sahaja semasa prosedur ‘Embrio Transfer’ (ET). Ini adalah untuk mengurangkan risiko untuk kandungan kembar. Peluang untuk kehamilan kembar 2 bagi pasangan di mana 2 embrio dipindahkan semasa ET adalah dalam linkungan 20-30%. Risiko kehamilan kembar 2 adalah lebih tinggi untuk wanita yang lebih muda ie 30 tahun dan ke bawah.

Sepatah kata

Walaupun terdapat ramai pendapat umum yang teruja apabila melihat pasangan yang berjaya mendapat kandungan kembar, akan tetapi Dr Tasha ingin menasihatkan bahawa kandungan dan kehamilan kembar mempunyai risiko yang tinggi untuk ibu yang hamil dan juga bayi- bayi yang dikandungnya. Oleh itu, pasangan TTC hendaklah prihatin mengenai risiko yang bakal dihadapi. 

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai risiko kandungan kembar:

http://www.oneatatime.org.uk/

Di samping itu, amat sukar untuk mengawal bilangan folikel yang bakal terhasil selepas stimulasi ovari dengan ubat kesuburan seperti Clomid ataupun suntikan hormon FSH. Oleh itu, rangsangan telur terutamanya jika untuk IUI ataupun bersama sendiri dengan suami (TSI – Timed sexual intercourse) perlu dilakukan berhati-hati.

Akan  tetapi, sebagai seorang pakar fertiliti, Dr Tasha memahami bagi pasangan TTC terutamanya di Malaysia yang memang menghadapi masalah untuk hamil dan terpaksa menanggung kos rawatan fertiliti yang tinggi tanpa mendapat bantuan subsidi mana-mana, tentulah menginginkan kadar kejayaan kehamilan yang tinggi. Oleh itu, buat masa ini Dr Tasha masih akan letak 2 embrio selepas konsultasi dengan pasangan TTC tersebut. Ramai juga wanita yang berusia muda hanya meletakkan kembali 1 sahaja embrio dan oleh kerana usia muda mereka kadar kejayaan untuk mereka masih amat baik.  Oleh itu, hendaklah berbincang dengan teliti pros and kons mengenai bilangan embrio yang hendak diletakkan kembali.

Soalan lazim

Bagaimana kehamilan kembar terhasil?

Sama ada dua telur disenyawakan oleh dua sperma (kembar tidak seiras / fraternal) atau satu telur yang disenyawakan membahagi kepada dua (kembar seiras).

Bolehkah ubat kesuburan meningkatkan peluang kembar?

Ya. Ubat rangsangan ovulasi seperti clomid dan FSH boleh merangsang lebih daripada satu telur matang, meningkatkan peluang kehamilan kembar.

Berapakah peluang kembar selepas IVF?

Peluang kehamilan kembar selepas IVF adalah sekitar 20–30%, lebih tinggi berbanding kehamilan spontan.

Adakah kembar berisiko?

Ya. Kehamilan kembar membawa risiko tambahan kepada ibu dan bayi. Oleh itu, kebanyakan klinik mengehadkan pemindahan kepada 1–2 embrio sahaja.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — Treatment for infertility

Baca juga: Kesan suhu badan (BBT) dan PCOS.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading