Adakah stress penyebab anda masih belum hamil?

Adakah stress penyebab anda masih belum hamil?

“Doktor saya sentiasa merasa cepat stress di tempat kerja malah kadang-kala di rumah. Tambahan pula sudah 1 tahun mencuba untuk hamil tetapi tidak berjaya. Adakah stress penyebab saya susah hamil?”

🦋 Jawapan pantas

  • Stress tinggi dan berpanjangan boleh menjejaskan kesuburan, tetapi ia bukan punca tunggal.
  • Stress menyebabkan hormon tertentu dirembeskan dan boleh mengganggu ovulasi serta kitaran haid.
  • Kesan stress berbeza bagi setiap individu.
  • Kajian meta-analisis menunjukkan kaitan antara tekanan emosi dan hasil rawatan kesuburan.
  • Kenal pasti punca stress anda dan cari penyelesaian; doa juga membantu.

Bagaimanakah stress boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan?

Apabila seseorang mengalami tekanan terutamanya stress yang tinggi dan berpanjangan ini akan menyebabkan hormon tertentu dirembeskan ke dalam darah seperti adrenalin, cortisol dan catecholamines. Hormon-hormon tersebut akan mengganggu pengeluaran hormon GnRH (‘gonadotrophin releasing hormone’) yang berfungsi untuk rembesan hormon FSH (‘Follicle Stimulating hormone’) dan LH (Luteinising Hormone’) yang bertindak ke atas ovari (di dalam wanita) dan testis (di dalam lelaki) untuk pengeluaran hormon estrogen dan adrogen. Kedua-dua hormon ini penting untuk fungsi sistem reproduktif yang baik. Ketidakseimbangan hormon tersebut boleh menganggu ovulasi dan libido seseorang. Kebanyakan individu yang sentiasa mengalami tekanan tinggi kerap kali keletihan dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat.

Adakah stress menjadi punca masalah kesuburan? Fakta atau mitos?

Kenyataan tersebut di atas hanyalah benar ‘to a certain extent’. Benar stress yang ‘sangat tinggi’ dan berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesuburan di dalam satu pasangan. Akan tetapi, kerap kali didapati punca-punca lain seperti saluran peranakan tersumbat atau masalah sperma juga menyumbang masalah kesuburan. Oleh itu, pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil masih perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada lagi punca masalah kesuburan dan tidak hanya menyalahkan stress semata-mata. Usahlah menunggu terlalu lama untuk merujuk kepada doktor khususnya yang arif dalam masalah fertiliti atau kesuburan.

Stress mempunyai impak yang berlainan  kepada setiap individu. Setengah-tengah wanita mungkin mendapati kitaran haid mereka menjadi tidak teratur atau kurang nafsu seks. Bagi pasangan yang melalui rawatan IVF tidak dinafikan akan melalui tekanan emosi yang tinggi. Memang agak sukar dan mustahil jika tidak mengalami perasaan stress langsung sepanjang rawatan IVF!

Satu kajian meta-analisis yang telah dilakukan oleh Universiti Cardiff School of Psychology telah mendapati wanita yang mengalami stress, rungsing atau murung tidak akan memberikan impak kepada kadar kejayaaan IVF mereka. Wanita yang dikatakan mempunyai stress yang tinggi mempunyai peluang yang sama untuk hamil. (1)

Cari penyelesaian yang sesuai untuk anda bagi mengurangkan ‘stress level’ anda

Pada pendapat Dr Tasha, amat sukar untuk menilai tahap stress seseorang dan impak ke atas dirinya dan pasangan mereka. Tidak dinafikan stress boleh memberikan kesan yang negatif kepada tubuh badan dan emosi seseorang. Akan tetapi agak sukar atau mustahil untuk menyingkirkan kesemua stress sekaligus di dalam kehidupan seharian kita. Mungkin sekiranya anda terbaring sepanjang hari barulah tidak terasa stress atau sebaliknya akan berlaku.

Oleh itu, pendekatan yang terbaik mungkin ialah dengan mengfokus apakah perkara atau situasi yang membuatkan anda stress dan cari cara terbaik untuk menangani atau mengurangkan stress tersebut. Lain orang lain caranya. Carilah jalan penyelesaian yang dirasakan terbaik untuk anda sendiri.

Bagi yang menganut Agama Islam atau lain-lain agama, doa adalah satu cara yang amat baik untuk mengurangkan stress. Walaupun begitu, kita mesti berikhtiar dan cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.

Soalan lazim

Adakah stress menyebabkan ketidaksuburan?

Benar ‘to a certain extent’. Stress yang sangat tinggi dan berpanjangan boleh menjejaskan kesuburan, tetapi ia bukan punca tunggal dan kesannya berbeza bagi setiap individu.

Bagaimana stress menjejaskan kesuburan?

Stress boleh menyebabkan hormon tertentu dirembeskan dan mengganggu kitaran haid serta ovulasi.

Bagaimana cara mengurangkan stress?

Kenal pasti perkara atau situasi yang membuatkan anda stress dan cari penyelesaian yang sesuai. Bagi yang beragama, doa juga membantu menenangkan hati.

Adakah relaks sahaja cukup untuk hamil?

Bukan begitu mudah. ‘Just relax’ bukan penyelesaian tunggal — masalah ketidaksuburan sendiri boleh menambahkan tekanan, jadi pendekatan menyeluruh diperlukan.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. Cardiff University School of Psychology — meta-analysis on emotional distress and fertility treatment outcomes.

Baca juga: Kekuatan emosi untuk melalui IVF.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

References:

  1. Emotional distress in infertile and failure of assisted reproductive technologies: meta-analysis of prospective psychosocial studies. J Boivin, E Griffiths, C A Venetis. BMJ (2011); 342:d223

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading