Rawatan alternatif purbakala untuk menangani masalah kesuburan pasangan zaman moden?

Rawatan alternatif purbakala untuk menangani masalah kesuburan pasangan zaman moden?

🦋 Jawapan pantas

  • TCM dan akupunktur kadangkala digunakan bagi meningkatkan kesuburan.
  • TCM bertujuan mengimbangi fungsi tubuh, bukan menyembuhkan secara terus.
  • Ia mungkin membantu kualiti telur, imuniti, stres, kualiti sperma dan aliran darah rahim.
  • Bukti saintifik masih terhad dan sukar dijalankan.
  • Kesannya berbeza bagi setiap individu — bukan untuk semua orang.

“Doktor bolehkah saya membuat akupuntur sebelum dan semasa membuat rawatan IVF?”

Ramai pesakit tertanya-tanya sama ada rawatan alternatif seperti TCM dan Akupuntur dapat meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan moden mereka.  Terdapat pelbagai tanggapan yang berlainan mengenai penggunaan rawatan alternatif tersebut di dalam menangani masalah kesuburan. Adakah terdapat peranan rawatan purbakala tersebut pada zaman serba moden hari ini?

Apakah Rawatan TCM?

Nama singkatan untuk TCM adalah Perubatan Tradisional Cina yang berasal dari negara China. Ianya adalah sistem rawatan perubatan yang paling tua dan telah diamalkan turun temurun semenjak beribu-ribu tahun. Pengamal TCM menggunakan rawatan yang meliputi penggunaan ubat-ubatan herba Cina, akupunktur, urutan Tuina, senaman dan terapi pernafasan (seperti qigong),  nasihat diet serta gaya hidup.

TCM mengambil pendekatan falsafah yang mempercayai bahawa tubuh manusia adalah terdiri dari satu ekosistem yang mempunyai kesinambungan dengan alam persekitaran serta mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri secara semulajadi.

Kesihatan yang baik bergantung kepada pemulihan dan pengekalan keharmonian dan keseimbangan fungsi-fungsi tubuh-badan manusia. TCM menitikberatkan pendekatan holistik dan memberikan tumpuan kepada pencegahan penyakit serta rawatan kepada penyakit yang sedia ada.

Bagaimanakah  TCM dan Akupuntur boleh menolong pasangan yang mempunyai masalah fertiliti?

Terdapat pelbagai cara rawatan TCM boleh meningkatkan fertiliti semulajadi seseorang wanita ataupun sebagai rawatan sampingan untuk meningkatkan kejayaan rawatan kesuburan seperti IVF:

  • Menambah baik fungsi kilang ovari agar kualiti telur yang dihasilkan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Meningkatkan sistem immunisasi
  • Mengurangkan stres
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk pasangan lelaki
  • Menambah baik aliran darah kepada rahim agar implantasi embrio adalah lebih elok
  • Mengimbangi sistem endokrin reproduktif yang sensitif

Pusat-pusat IVF luar negara menggabungkan teknik rawatan TCM dengan teknologi moden terbaru

Kini boleh dilihat semakin peningkatan kolaborasi antara pusat-pusat IVF luar negara dengan pusat rawatan TCM. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah permintaan dari pesakit yang mahukan rawatan alternatif tersebut untuk digabungkan dengan rawatan kesuburan IVF mereka. Peningkatan bukti dari kajian-kajian yang melihat integrasi rawatan moden Barat dan Timur juga telah membuktikan peningkatan kadar kejayaan rawatan kesuburan apabila rawatan alternatif TCM turut digabungkan.

Adakah terdapat bukti kajian saintifik yang mengkaji keberkesanan TCM dan Akupuntur untuk fertiliti?

Agak sukar untuk menjalani dan mendapatkan bukti kajian saintifik untuk mengkaji keberkesanan TCM untuk masalah fertiliti. Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan dan pelbagai kesimpulan yang kadang-kala bercanggah mengenai TCM.

Oleh itu, keberkesanan hanyalah boleh dilihat apabila pesakit yang telah melalui rawatan tersebut serta melihat perbezaan rangsangan ovari, kualiti dan kuantiti telur yang telah diperolehi sermasa prosedur IVF serta status sperma sebelum dan selepas pasangan tersebut menjalani rawatan TCM. Di samping itu, tahap stres pesakit yang melalui rawatan IVF adalah lebih rendah.

Tidak dinafikan rawatan alternatif bukanlah untuk semua orang kerana lain individu akan mendapati kesan yang berbeza-beza.

 

Soalan lazim

Apakah rawatan TCM?

TCM (Perubatan Tradisional Cina) ialah sistem perubatan dari China yang mengambil pendekatan falsafah, percaya tubuh manusia ialah satu ekosistem yang perlu seimbang.

Bagaimana TCM dan akupunktur boleh membantu fertiliti?

Antaranya meningkatkan fungsi ovari (kualiti dan kuantiti telur), imuniti, mengurangkan stres, meningkatkan kualiti sperma, dan menambah baik aliran darah ke rahim untuk implantasi.

Adakah bukti saintifik menyokongnya?

Bukti saintifik masih terhad dan sukar dijalankan. Keberkesanan sering dilihat melalui pengalaman pesakit yang menjalani rawatan tersebut.

Adakah rawatan alternatif ini untuk semua orang?

Tidak. Kesan rawatan berbeza bagi setiap individu, jadi ia bukan sesuai untuk semua orang dan perlu dibincangkan dengan doktor anda.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. HFEA — Fertility treatments

Baca juga: Unexplained infertility.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading