Tingkatkan kualiti telur anda

“Doktor bagaimanakah saya boleh tingkatkan kualiti dan mutu kualiti telur saya? Saya sedang membuat persediaan untuk rawatan kesuburan saya.”

Kenapa perlu ada kualiti telur yang baik?

Kualiti dan mutu telur yang baik adalah penting agar memastikan embrio yang terhasil dari persenyawaan dengan sperma berkualiti elok. Embrio yang sihat akan meningkatkan peratus kejayaan implantasi di dalam rahim. Pembentukan dan ketumbesaran bayi yang terbentuk seterusnya diharapkan kelak adalah sihat dan normal.

Oleh itu, bagi pasangan yang ingin hamil terutamanya jika ingin melalui rawatan kesuburan, hendaklah mengambil langkah-langkah persediaan untuk memastikan kualiti telur yang terhasil adalah berkualiti tinggi untuk meningkatkan peratus kehamilan dan mengurangkan keguguran dari berlaku.

Faktor yang boleh memberikan impak kepada kualiti telur

Faktor umur dan genetik seseorang wanita bukan sahaja merupakan faktor penting yang memberikan impak kepada kualiti telur. Malah gaya hidup dan pemakanan wanita tersebut juga memainkan peranan penting untuk memastikan mutu telur yang dihasilkan oleh kilang ovarinya. Memandangkan umur dan genetik tidak boleh diubah, kita perlu memastikan memakan nutrisi yang berkhasiat dan pengamalan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kualiti telur.

Tips untuk meningkatkan kualiti telur

Diet yang sihat

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai anti-oxidan dan zat mineral penting yang diperlukan. Di samping itu, hendaklah mengambil makanan yang berserat atau ‘whole meal’. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak, karbohidrat yang sudah diproses (seperti roti putih), berkafein, beralkohol, gula,  dan ‘fast food’ atau ‘junk food’

Terdapat Kajian yang menyatakan ‘Mediterranean diet’ boleh meningkatkan peluang kehamilan di kalangan pasangan TTC. Diet tersebut dikatakan terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kekacang, minyak zaitun dan makanan berserat yang kaya dengan omega 3 ‘fish oil’ serta vitamin D.

Ambil suplemen Folik asid

Ambillah Folik asid (Vitamin B9) 400-800 microgram setiap hari untuk meningkatkan kualiti telur anda. Di samping itu, folik asid adalah penting untuk menghindari kecacatan otak dan tulang belakang bayi anda yang dinamakan ‘neural tube defect’. Vitamin ini perlu diambil sekurang-kurang 1 -3 bulan sebelum hamil. Oleh itu, bagi wanita yang ingin hamil hendaklah mula mengambil folik asid dari hari ini.

Supplemen Vitamin D – Vitamin Matahari

Vitamin D adalah penting untuk kualiti telur dan juga proses implantasi embrio ke dalam rahim. Sebelum mengambil supplem Vitamin mungkin adalah lebih baik jika memeriksa dahulu paras Vitamin D di dalam darah anda dengan membuat ujian darah 25(OH) Vitamin D.

Supplemen CoQ10 (Coenzyme Q10) – Pencetus Tenaga Sel

Coenzyme adalah bahan yang penting agar enzyme penting di dalam badan dapat berfungsi dengan elok. Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses salah satu sumber tenaga badan yang dikenali sebagai ATP yang berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya CoQ10 adalah penting untuk kualiti telur dan proses persenyawaan telur, implantasi embrio dan perkembangan bayi pada peringkat awal.

Suplemen ini penting terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke atas. Terdapat 2 jenis CoQ10 ubiquinol dan ubiquinone. Kebanyakan supplemen mengandungi ubiquinone. Jenis Ubiquinol adalah lebih 8 kali lebih poten daripada ubiquinone dan mungkin lebih elok diambil bagi wanita yang lebih berumur.

Pengurangan Stres Dalam Kehidupan Harian

Stres yang berlebihan dan kronik boleh menjejaskan tahap kesihatan dan sekaligus tahap kesuburan seseorang wanita di mana:

  1. Ia menjejaskan kualiti telur anda
  2. Melambatkan proses ovulasi
  3. Menghindari proses implantasi
  4. Menyebabkan kesetidakimbangan hormon di dalam badan

Dalam kehidupan moden ini, stress tidak dapat dielakkan sama sekali tetapi ianya dapat dikawal atau dikurang. Ambillah langkah-langkah untuk mengurangkan stress di dalam hidup anda.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on November 12, 2015, in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Doc,

    Sy baru sahaja melakukan prosedur FET. Sblm procedur sy mengambil CoQ10. Tetapi selepas prosedur FET sy berhenti mengambilnya kerana saya risau tidak sesuai untuk wanita yg hamil (ini apa yang saya rasa). Adakah CoQ10 ini selamat diambil selepas FET dan wanita yg hamil?

    • As salam Atifah,

      Kajian untuk membuktikan keselamatan CoQ10 semasa kehamilan / menyusukan badan adalah terhad. Oleh itu, sekiranya Atifah runsing untuk meneruskannya, tidak usahlah mengambilnya. However, do continue all your other supplements and medication for luteal support post FET. Dr Tasha berharap agar your FET berjaya hendaknya.

  2. As Salam Dr Tasha…
    Bagaimanakah peluang untuk hamil dengan sebelah tiup fallopio sahaja?untuk pengetahuan Dr. tiub sebelah kiri saya tlh diklip..Apakah cadangan Dr untuk saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: