Blog Archives

Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”

Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.

  • Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
  • Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?

Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.

Laparoscopy atau IVF?

Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:

  • Umur wanita tersebut. 

Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.

  • Simptom yang dialami

Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.

  • ‘Cyst’ di ovari 

Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.

  • ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut

Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.

  •  Sejarah pembedahan untuk endometriosis

Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.

Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.

Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.

It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.

Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan. 

Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.

Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation.  The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.  

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Seminar IVF Journey Percuma pada 13 Mei 2017 di KL Fertility Centre

Pihak kami di KL Fertility Centre akan mengadakan seminar percuma pada 13 Mei 2017 mengenai tajuk-tajuk fertiliti menarik. Seminar tersebut akan diberikan oleh pakar-pakar fertiliti dari KL Fertility Centre.

Antara topik-topik menarik yang akan dibentangkan termasuklah:

  1. IUI or IVF. Which should you choose?
  2. Male infertility
  3. 10 myths of IVF that you should know

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai seminar tersebut:

Sekiranya anda berminat untuk hadir sila hubungi pihak kami di event@klfertility.com atau menelefon 0127236280. Anda perlu menempah tempat duduk kerana ianya adalah terhad. Suami adalah digalakkan untuk hadir bersama.

Diharapkan Dr Tasha akan berjumpa anda di sana.

 

 

Kenapakah makmal IVF penting untuk kejayaan IVF anda

“Doktor, saya baru buat IVF hari itu tetapi telah gagal…Apakah sebabnya?”

Ramai pasangan TTC yang melalui rawatan IVF tidak sedar yang sebenarnya Makmal IVF adalah salah satu faktor yang amat penting untuk menentukan kejayaan rawatan IVF mereka. Sekiranya mereka ingin memilih klinik IVF, di samping memilih doktor IVF bagus dan serasi dengan mereka, hendaklah juga memastikan klinik tersebut mempunyai Makmal IVF yang juga bagus. Kadar kejayaan kehamilan klinik IVF tersebut juga akan dipantau dengan teliti oleh pakar embriologis.

Fungsi Makmal IVF sebenarnya – Jantung Klinik IVF

Makmal IVF diuruskan oleh pakar embriologis iaitu saintis yang bertanggungjawab untuk menguruskan telur yang diperolehi dari  prosedur ‘Egg Pick up’, sperma dari pasangan lelaki dan seterusnya melakukan prosedur persenyawaan telur dan sperm, memantau dengan berhati-hati perkembangan embrio yang terbentuk di dalam makmal IVF. Doktor IVF dan para embriologis akan bersama-sama memilih embrio manakah yang akan dipilih untuk diletakkan kembali ke dalam rahim

Di samping itu, persekitaran makmal IVF turut di jaga oleh para embriologis. Ini adalah untuk memastikan persekitaran itu adalah optimum bagi ketumbesaran dan perkembangan sempurna untuk embrio. Oleh itu, makmal IVF yang bagus akan mempunyai pakar embriologis sepenuh masa dan berpengalaman serta berdedikasi untuk menguruskan segala aspek penjagaan makmal agar termasuk peralatan-peralatan di dalam makmal IVF agar dapat memperolehi embrio yang berkualiti elok.

Ianya adalah penting bagi embriologis makmal IVF tersebut dapat melakukan prosedur tersebut dengan baik:

  • Proses pembekuan telur
  • Proses pembekuan sperma
  • Proses pembekuan embrio untuk ‘Frozen Embryo Transfer’ (FET)
  • Proses pembentukan embrio dari ‘Day 3’ kepada ‘Day 5’ iaitu Blastocyst
  • Prosedur ICSI
  • Prosedur ‘Thawing’ / Nyahbeku Embryo
  • Prosedur membiopsi Embrio untuk proses PGS / PGD

RTAC – Reproductive Technology Accreditation Certification bagi makmal IVF

Makmal IVF perlu memastikan yang tidak akan melakukan sebarang kesilapan kerana khuatir akan berlaku pertukaran telur, sperma atau embrio. Oleh itu, ianya perlu ada 0% kesalahan. ‘There is zero tolerance for lab error’.

RTAC adalah akreditasi yang diberikan oleh ahli jawatankuasa RTAC yang ditubuhkan oleh FSA(Fertility Society of Australia) yang bertanggungjawab memantau klinik-klinik IVF di Australia dan New Zealand. Jawatankuasa RTAC telah mewujudkan ‘Code of Practice’ bagi memastikan klinik-klinik IVF mempunyai protokol-protokol makmal yang perlu dipatuhi agar prestasi makmal IVF tersebut adalah elok dan mengelakkan sebarang kesilapan makmal serta meneruskan inisiatif meningkatkan kualiti penjagaan yang mantap untuk pasangan yang melalui rawatan IVF.

RTAC klfert

Oleh itu, pakar embriologis sebenarnya penting untuk kejayaan IVF anda. Mereka bekerja keras di sebalik takbir dan kadang-kala kurang mendapatkan penghargaan yang sepatutnya diperolehi – Our ‘unsung heroes’.

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Tingkatkan kualiti telur anda

“Doktor bagaimanakah saya boleh tingkatkan kualiti dan mutu kualiti telur saya? Saya sedang membuat persediaan untuk rawatan kesuburan saya.”

Kenapa perlu ada kualiti telur yang baik?

Kualiti dan mutu telur yang baik adalah penting agar memastikan embrio yang terhasil dari persenyawaan dengan sperma berkualiti elok. Embrio yang sihat akan meningkatkan peratus kejayaan implantasi di dalam rahim. Pembentukan dan ketumbesaran bayi yang terbentuk seterusnya diharapkan kelak adalah sihat dan normal.

Oleh itu, bagi pasangan yang ingin hamil terutamanya jika ingin melalui rawatan kesuburan, hendaklah mengambil langkah-langkah persediaan untuk memastikan kualiti telur yang terhasil adalah berkualiti tinggi untuk meningkatkan peratus kehamilan dan mengurangkan keguguran dari berlaku.

Faktor yang boleh memberikan impak kepada kualiti telur

Faktor umur dan genetik seseorang wanita bukan sahaja merupakan faktor penting yang memberikan impak kepada kualiti telur. Malah gaya hidup dan pemakanan wanita tersebut juga memainkan peranan penting untuk memastikan mutu telur yang dihasilkan oleh kilang ovarinya. Memandangkan umur dan genetik tidak boleh diubah, kita perlu memastikan memakan nutrisi yang berkhasiat dan pengamalan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kualiti telur.

Tips untuk meningkatkan kualiti telur

Diet yang sihat

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai anti-oxidan dan zat mineral penting yang diperlukan. Di samping itu, hendaklah mengambil makanan yang berserat atau ‘whole meal’. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak, karbohidrat yang sudah diproses (seperti roti putih), berkafein, beralkohol, gula,  dan ‘fast food’ atau ‘junk food’

Terdapat Kajian yang menyatakan ‘Mediterranean diet’ boleh meningkatkan peluang kehamilan di kalangan pasangan TTC. Diet tersebut dikatakan terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kekacang, minyak zaitun dan makanan berserat yang kaya dengan omega 3 ‘fish oil’ serta vitamin D.

Ambil suplemen Folik asid

Ambillah Folik asid (Vitamin B9) 400-800 microgram setiap hari untuk meningkatkan kualiti telur anda. Di samping itu, folik asid adalah penting untuk menghindari kecacatan otak dan tulang belakang bayi anda yang dinamakan ‘neural tube defect’. Vitamin ini perlu diambil sekurang-kurang 1 -3 bulan sebelum hamil. Oleh itu, bagi wanita yang ingin hamil hendaklah mula mengambil folik asid dari hari ini.

Supplemen Vitamin D – Vitamin Matahari

Vitamin D adalah penting untuk kualiti telur dan juga proses implantasi embrio ke dalam rahim. Sebelum mengambil supplem Vitamin mungkin adalah lebih baik jika memeriksa dahulu paras Vitamin D di dalam darah anda dengan membuat ujian darah 25(OH) Vitamin D.

Supplemen CoQ10 (Coenzyme Q10) – Pencetus Tenaga Sel

Coenzyme adalah bahan yang penting agar enzyme penting di dalam badan dapat berfungsi dengan elok. Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses salah satu sumber tenaga badan yang dikenali sebagai ATP yang berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya CoQ10 adalah penting untuk kualiti telur dan proses persenyawaan telur, implantasi embrio dan perkembangan bayi pada peringkat awal.

Suplemen ini penting terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke atas. Terdapat 2 jenis CoQ10 ubiquinol dan ubiquinone. Kebanyakan supplemen mengandungi ubiquinone. Jenis Ubiquinol adalah lebih 8 kali lebih poten daripada ubiquinone dan mungkin lebih elok diambil bagi wanita yang lebih berumur.

Pengurangan Stres Dalam Kehidupan Harian

Stres yang berlebihan dan kronik boleh menjejaskan tahap kesihatan dan sekaligus tahap kesuburan seseorang wanita di mana:

  1. Ia menjejaskan kualiti telur anda
  2. Melambatkan proses ovulasi
  3. Menghindari proses implantasi
  4. Menyebabkan kesetidakimbangan hormon di dalam badan

Dalam kehidupan moden ini, stress tidak dapat dielakkan sama sekali tetapi ianya dapat dikawal atau dikurang. Ambillah langkah-langkah untuk mengurangkan stress di dalam hidup anda.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor