‘Unexplained’ Infertiliti

couple (Cancopy)

“Kami sudah berkahwin selama 7 tahun dan telah melakukan segala ujian kesuburan yang diperlukan. Keputusan semua ujian adalah normal belaka tetapi kenapakah saya masih tidak hamil?”  Sekiranya semua ujian kesuburan telah dilakukan tetapi semuanya normal, ini dikenali sebagai ‘Unexplained infertility’.

‘Unexplained infertility’ bukanlah bermakna memang tiada masalah kesuburan dalam pasangan tersebut, tetapi ianya bermaksud para doktor tidak dapat mencari apakah punca masalah kesuburan dalam pasangan tersebut. Sebanyak 20 – 30% pasangan yang menghadapi masalah kesuburan akan diberikan diagnosi ini. Kadang-kala ini menimbulkan lebih tekanan perasaan di kalangan pasangan tersebut kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk mengatasi atau mengubati masalah kesuburan kerana ‘tiada’ punca dapat dikesan. Oleh itu, mereka bertanggapan bahawa tiada rawatan efektif yang boleh diberikan kepada mereka.

Adakah ujian kesuburan dapat mengesan semua punca masalah kesuburan?

Memang tidak dinafikan ujian-ujian kesuburan moden yang dijalankan ada mempunyai kelemahan-kelemahannya tersendiri.

  • HSG (Hsyterosalpingogram) adalah ujian X-ray yang dilakukan sebagai ‘out-patient’ hanya akan memberitahu sama ada saluran peranakan tersumbat atau pun tidak. Akan tetapi ia tidak akan memberitahu sama ada saluran peranakan tersebut berfungsi dengan elok.  Saluran peranakan adalah satu organ yang mempunyai bahagian yang bernama ‘fimbriae’ yang kelihatan seperti jejari-jejari halus yang berfungsi untuk ‘menangkap’ telur matang yang dilepaskan dari ovari semasa proses ovulasi. Penyakit seperti ‘Sexually transmitted disease’ yang menyebabkan ‘Pelvic Inflammatory disease’ (PID) ataupun endometriosis banyak merosakkan jejari halus ini. Oleh itu, kadang-kala semasa HSG, saluran peranakan dilihat seperti elok kerana tidak tersumbat akan tetapi pada hakikatnya fungsinya sudahpun terjejas. Di samping itu, saluran peranakan mempunyai bulu-bulu halus yang dinamakan ‘cilia’ yang berfungsi untuk membawa telur yang telah dipersenyawakan oleh sperma kepada rahim untuk implantasi.
fallopian tube

Source: Wikimedia.org

  • Imbasan scan pelvis akan melihat sama ada fibroid atau cyst ovari. Akan tetapi ia tidak dapat melihat sekiranya terdapat kesan parut yang dikenali sebagai ‘adhesion’ yang berpunca dari masalah ‘Pelvic Inflammatory disease’ ataupun endometriosis. Scan juga tidak akan dapat mengesan masalah saluran peranakan jika tersumbat atau rosak.

 

  • Kadang-kala ada masalah pada pasangan wanita seperti ovulasi yang sedikit dan manakala pasangan lelakinya pula menghadapi ‘sperma’ yang ‘borderline’. Bila digabungkan kedua-dua masalah ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat hamil.
  • Ketiadaan ujian kesuburan untuk menguji sama ada terdapat masalah fisiologi organ yang terlibat di dalam reproduktif e.g rahim mempunyai masalah untuk ‘implantasi’ embrio, keupayaan sperma untuk mempersenyawakan telur yang matang atau wanita tersebut mempunyai telur yang defektif.

 

Sebenarnya kehamilan melibatkan beratus-ratus proses biokimia dan molekular yang kompleks dan rumit. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ujian kesuburan moden masih tidak dapat merungkai atau mengenalpasti punca sebenar ketidaksuburan bagi setengah-tengah pasangan.

Rawatan kesuburan untuk pasangan yang mengalami ‘Unexplained Infertility’

1. ‘Expectant management’: Tiada rawatan kesuburan yang spesifik yang diberikan, hanya sokongan moral dari doktor yang merawati. Ini hanya mungkin sesuai sekiranya pasangan wanita itu kurang dari 30 tahun dan tempoh percubaan untuk hamil kurang dari 3 tahun.

2. Penggunaan ubat pil subur clomiphene (‘clomid’) untuk merangsangkan ovari. Kajian (1) telah membuktikan rawatan kesuburan ini mempunyai kadar kejayaan yang rendah untuk pasangan yang mengalami ‘Unexplained Infertility’

IUI

3. Rawatan IUI

a) Dengan menggunakan clomiphene sahaja untuk merangsangkan ovari dan kemudian melakukan rawatan IUI. Kajian yang dijalankan tidak menunjukkan yang rawatan ini adalah efektif untuk pasangan yang mempunyai ‘unexplained infertility’ (1)

b) Dengan menggunakan ubat suntikan gonadotrophin untuk merangsangkan ovari dan kemudian melakukan rawatan IUI. Kadar kejayaan mengandung untuk setiap ‘cycle’ adalah sehingga 26% bagi pasangan tersebut. (2)

Akan tetapi terdapat masalah seperti kandungan kembar dan OHSS apabila pesakit diberikan ubat suntikan gonadotrophin tersebut.

SPERM1 4.  Rawatan IVF

Rawatan IVF bagi pasangan yang menghadapi masalah ‘Unexplained Infertility’ memberikan kadar kejayaan untuk hamil yang tinggi dan dalam masa yang singkat. Kajian (3) menunjukkan kadar kejayaan untuk membawa pulang bayi (‘Live Birth Rate’) adalah mencecah sehingga 45.7%. Akan  tetapi kos IVF juga adalah tinggi. Di samping itu, IVF juga bertindak sebagai satu ujian untuk meng’diagnosi’ masalah seperti telur yang kurang berkualiti ataupun masalah persenyawaan.

 

Langkah-langkah yang boleh dibuat oleh pasangan yang mengalami ‘Unexplained Infertility’

  • Mengurangkan pengambilan kafein dalam diet
  • Tidak merokok
  • Memastikan berat badan adalah ideal. BMI yang elok dicapai adalah 19-24
  • Berjumpa dengan doktor kesuburan untuk berbincang rawatan yang perlu dilakukan seterusnya.

 

Rujukan:

1. Hughes E, Brown J, Collins JJ, Vanderkerchove P. Clomiphene citrate for unexplained subfertility in women. Cochrane Database Syst Rev. 2010.

2. Serhal PF, Katz M, Little V, Woronowski H. Unexplained infertility–the value of Pergonal superovulation combined with intrauterine insemination. Fertil Steril. 1988;49(4):602.
3. Pandian Z, Gibreel A, Bhattacharya S. In vitro fertilisation for unexplained subfertility.Cochrane Database Syst Rev. 2012;4:CD003357.

Posted on June 13, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: