Diet untuk pesakit endometriosis

Diet untuk pesakit endometriosis

“Doktor adakah pemakanan atau diet yang elok untuk pesakit endometriosis” Persoalan di atas kerap kali telah ditanyakan kepada Dr Tasha oleh ramai pesakit yang menghidapi endometriosis. Adalah diharapkan post blog kali ini serba sedikit dapat menjawab persoalan tersebut. Punca endometriosis

Kita masih tidak dapat mengetahui apakah punca kenapakah endometriosis berlaku terutamanya di setengah-tengah kalangan wanita yang akan mengalami endometriosis yang teruk. Terdapat theori yang menyatakan ianya adalah keturunan / genetik. Apa yang diketahui ialah endometriosis dirangsangkan oleh hormon estrogen (hormon wanita). Oleh itu, masalah endometriosis akan dialami oleh wanita yang mempunyai paras estrogen yang berlebihan di dalam badan mereka. Kerapkali selepas pembedahan untuk membuang cyst endometriosis wanita akan diberikan ubat hormon seperti Zoladex atau Lucrin. Fungsi ubat-ubatan tersebut adalah untuk merendahkan paras hormon estrogen dan haid terhenti buat sementara waktu agar cebis-cebisan endometriosis yang masih berada di dalam rongga pelvis dapat dikurangkan. Ini diharapkan dapat mengurangkan masalah endometriosis tersebut buat sementara waktu. Tidak memeranjatkan jika segelintir pesakit akan hamil sendiri selepas rawatan tersebut.

Immunisasi tubuh badan yang rendah

Ada juga theori yang menyatakan endometriosis adalah lebih kerap di kalangan wanita yang mempunyai immunisasi atau daya ketahanan tubuh badan yang lebih rendah. Ini ialah kerana apabila immunisasi rendah, tubuh badan tersebut tidak dapat menghapuskan, menyerap dan menghalang sisa lapisan endometriosis di dalam badan.

Diet untuk pesakit endometriosis

Oleh itu, diet yang dicadangkan oleh endometriosis kebanyakannya adalah bertujuan:

  • Mengelakkan pemakanan yang mempunyai estrogen semulajadi (‘phytoestrogen’) atau xeno-estrogen (estrogen sintetik atau kimia yang juga bertindak seperti estrogen) bagi mengimbangi semula paras hormon di dalam badan.
  • Meningkatkan daya ketahanan atau immunisasi tubuh badan
  • Mengelakkan pemakanan yang boleh merangsang inflamasi berterusan di dalam tubuh badan
  • Memastikan fungsi usus dan hati adalah baik. Ini ialah kerana kedua-dua organ tersebut terlibat di dalam proses penyerapan zat penting dan pembuangan sisa / toksin.

Pemakanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan oleh pesakit endometriosis

  • Pemakanan yang mengandungi gandum. Ada kajian yang menyatakan gandum boleh menyebabkan inflamasi dan mengurangkan penyerapan galian penting seperti zink dan zat besi  e.g roti putih, kek, pasta dan snek ringan yang mengandungi gandum
  • Gula terutamanya gula yang telah diproses (‘refined sugar’) Pemakanan gula yang berlebihan boleh menyebabkan hormon insulin berlebihan yang seterusnya boleh menyebabkan proses ovulasi terganggu.
  • Marjerin
  • Kafein termasuklah ‘decaf’ kafein kerana ianya mengandungi phyto-estrogen. Di samping itu, ianya boleh menyebabkan paras gula di dalam darah terganggu.
  • Produk Tenusu. Ianya juga mempunyai elemen yang boleh meningkatkan inflamasi di dalam badan
  • Daging merah. Perbanyakkan pemakanan daging putih (seperti ayam) dan yang organik
  • Soya kerana ianya mempunyai kandungan phyto-estrogen yang tinggi terutamanya susu soya dan tofu.
  • Makanan berlemak

Pemakanan yang elok bagi pesakit endometriosis:

1. Lebihkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar yang mengandungi zat galian yang penting. Brokoli dan ‘cauliflower’ boleh merendahkan paras hormon estrogen yang berlebihan di dalam badan

2. Kekacang. Contoh kacang badam dan walnut

3. ‘Oatmeal’ yang organik yang kaya dengan zat galian dan mineral

4. Makanan berserat

5. Beras atau pasta perang

6. Beri goji – antioxidant yang bagus dan juga boleh meningkatkan kualiti telur yang dihasilkan

7. Lemak berkhasiat seperti omega 3 fatty asid, avocado, ‘flaxseed’ dan minyak zaitun

8. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

REFERENCES:

1. Endometriosis Diet. Heal Naturally with Nutritional Therapy. Author: Barbara Williams

2. How to become pain Free and Naturally pregnant with the diet for Endometriosis. Author: Kathy Mackay

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading