Endometriosis

Endometriosis

🦋 Jawapan pantas

  • Endometriosis ialah pertumbuhan tisu seperti lapisan rahim di luar rahim.
  • Simptom: senggugut, sakit semasa hubungan intim, sakit pelvik kronik dan kemandulan.
  • Ia diklasifikasikan kepada 4 tahap (Stage 1–4).
  • Diagnosis disyaki daripada simptom dan imbasan; laparoskopi mengesahkannya.
  • Rawatan: konservatif, ubat hormon, atau pembedahan — bergantung kepada umur, simptom dan hasrat hamil.

1. Apakah penyakit endometriosis?

Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing. Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

Endometriosis: Retrograd theori

2. Apakah yang menyebabkan endometriosis terjadi?

Para doktor masih tidak tahu apakah yang menyebabkan endometriosis terjadi di kalangan setengah-setengah wanita. Terdapat beberapa theori yang telah dicadangkan seperti ‘haid retrograd’ di mana mengikut theori ini, sebahagian darah haid yang sepatutnya mengalir keluar melalui pangkal rahim, faraj dan seterusnya keluar tubuh mengalir menyongsang i.e ‘retrograd’ masuk ke atas dan dalam saluran peranakan serta pelvis. Sel-sel endometrium yang terkandung dalam darah haid tersebut akan melekat kepada saluran peranakan, kilang telur dan pelvis.

3. Apakah tanda-tanda penyakit endometriosis?

  • Sengugut
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim bersama pasangan
  • Kemandulan
  • Sengugut sebelum datang haid
  • Turun darah haid yang banyak atau tidak menentu
  • Sakit perut yang kronik (‘chronic pelvic pain’)

Endometriosis adalah satu penyakit yang ‘enigma’. Ini ialah kerana simptom-simptom penyakit endometriosis adakala tidak setimpal dengan tahap endometriosis yang dihadapi. Ada setengah-tengah pesakit yang mengalami simptom endometriosis yang teruk, tetapi apabila pembedahan dilakukan tahap penyakit endometriosis yang dinampak oleh doktor adalah sedikit berbanding dengan simptom yang dialami.

4. Bagaimanakah penyakit endometriosis diklasifikasikan?

Endometriosis boleh diklasifikasikan kepada 4 tahap:

TahapKlasifikasi
Stage 1Minimal
Stage 2Ringan (mild)
Stage 3Sederhana (moderate)
Stage 4Teruk (severe)

5. Bagaimanakah endometriosis didiagnosikan?

Doktor boleh mengesyaki yang seseorang wanita itu mungkin menghidapi penyakit endometriosis daripada simptom-simptomnya. Akan tetapi setengah-tengah pesakit tidak mempunyai simptom langsung hanya mungkin susah mengandung. Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan ‘diagnostic laparoscopy’ di mana doktor akan memasukkan kamera melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ-organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan.

6. Apakah rawatan untuk pesakit yang menghidapi endometriosis?

Ini terpulang kepada umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung. Rawatan boleh dibahagikan kepada conservatif, ubatan hormon ataupun pembedahan

a)Conservatif: Kaedah ini bersesuaian untuk pesakit yang menghidapi hanya ‘mild’ endometriosis dan simptom yang sedikit

b)Ubatan hormon: Lapisan endometrium yang ektopik boleh dikawal dengan menyekat tahap hormone estrogen dan progesterone di dalam tubuh pesakit. Hormon seperti pil perancang, progesterone dan Gonadotrophin-Releasing hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan endometriosis. Contoh nama ubatan yang dikategorikan sebagai GnRH analog ialah Lucrin dan Zoladex. Hormon ini kerap diberikan selama beberapa bulan oleh doktor selepas pembedahan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dikurangkan.

c)Pembedahan: Ini adalah rawatan yang diberikan sekiranya pesakit mempunyai cyst di ovary yang besar, kemandulan atau simptom endometriosis yang teruk.

Soalan lazim

Apakah endometriosis?

Ia penyakit di mana tisu seperti lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim. Ia salah satu punca lazim ketidaksuburan dan boleh menyebabkan kesakitan.

Apakah tanda-tanda endometriosis?

Senggugut, sakit semasa hubungan intim, sakit sebelum haid, haid banyak atau tidak menentu, sakit pelvik kronik dan kemandulan.

Bagaimana endometriosis didiagnosis?

Doktor mengesyaki daripada simptom; imbasan boleh membantu, dan laparoskopi digunakan untuk mengesahkan diagnosis serta menilai tahapnya.

Apakah rawatan endometriosis?

Bergantung kepada umur, simptom dan sama ada anda ingin hamil — pilihan termasuk rawatan konservatif, ubatan hormon, dan pembedahan.

Sumber

  1. NHS — Endometriosis
  2. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)

Baca juga: Laparoscopy atau IVF untuk endometriosis?

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Fikirkan anda mungkin mengalami endometriosis? Ambil kuiz ringkas ini:

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading