Apakah punca ‘hydrosalpinx’?

Apakah punca ‘hydrosalpinx’?

Apakah ‘hydrosalpinx’?

Hydrosalpinx ialah perubatan terminologi di mana saluran peranakan (‘Fallopian tube’) bengkak berisi cecair disebabkan oleh tiub peranakan yang tersumbat.

Bagaimanakah hydrosalpinx ini dikesan?

Ianya boleh dikesan dengan beberapa cara:

i) Melalui imbasan scan bahagian pelvis. Kadangkala hydrosalpinx yang kecil tidak dapat dikesan oleh imbasan scan ini.

ii) Semasa menjalani ujian hysterosalpingogram (HSG)

Untuk mengetahui sama ada saluran peranakan tersumbat adapun tidak, sejenis ujian X-ray iaitu HSG akan dilakukan.

iii) Semasa melakukan pembedahan terutamanya ‘diagnostic lap & dye’

Apakah simptom hydrosalpinx?

Kebanyakan pesakit yang menghidapi hydrosalpinx ini tidak mempunyai apa-apa simptom. Setengah-tengah pesakit pula mungkin akan mengalami sakit-sakit di bahagian pelvis sama-ada kanan ataupun kiri terutamanya sekiranya hydrosalpinx itu mengalami jangkitan kuman.

Apakah punca hydrosalphinx?

  • Penyakit kelamin berjangkit (sexually transmitted disease ie. STD) seperti Chlamydia
  • Sejarah pembedahan terutama di bahagian pelvis seperti pembedahan ke atas saluran peranakan, appendix
  • Endometriosis

Bagaimanakah untuk merawat hydrosalpinx?

Sekiranya saluran peranakan itu telah rosak, untuk menyembuhkannya agar tidak tersumbat dan bengkak adalah sukar. Tambahan lagi, kerap kali sekiranya salah satu saluran peranakan sudah ada hydrosalpinx, selalunya saluran peranakan yang sebelah lain juga akan rosak juga. Rawatan seterusnya juga bergantung kepada beberapa factor lain. Kebanyakan pesakit akan mempunyai simptom seperti sakit akut / kronik di bahagian pelvis ataupun mempunyai masalah kesuburan. IVF akan disyorkan kepada kebanyakan pesakit sekiranya mereka mengalami masalah kesuburan. Sekiranya pesakit itu mempunyai masalah kesuburan dan ingin menjalani rawatan IVF, kebanyakan doktor akan mensyorkan agar membuang atau meng’klip’ kan saluran peranakan itu. Ini adalah kerana hydrosalpinx boleh menyebabkan kadar kejayaan IVF turun sebanyak 40-50%. Ini mungkin disebabkan oleh cecair yang toksik di dalam hydrosalpinx boleh mengalir kembali ke dalam rahim dan menghalang embryo dari implantasi. Oleh itu, rawatan muktamad hydrosalpinx seelok-eloknya hendaklah dibincangkan dengan doktor yang merawati anda.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading