Apakah punca susah hamil buat kali kedua?
“Doktor, saya sudah mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pertama, saya masih tidak hamil. Sekarang anak saya itu pun dah umur 5 tahun. Sibuk tanya bila nak dapat adik. “
Ramai pasangan yang mengimpikan keluarga yang besar. Setengah-tengah pula berpendapat mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan adalah keluarga yang ideal bagi mereka. Akan tetapi, terdapat ramai kes seperti di atas di mana pasangan mendapati masalah pula untuk hamil setelah mempunyai seorang atau pun dua orang anak. Walhal mereka tidak mempunyai masalah langsung sebelumnya.
Ini dikenali sebagai ‘secondary subfertility’. Masalah kesuburan ini juga perlu mendapat rawatan khusus daripada doktor ginekologi ataupun pakar kesuburan, lebih-lebih sekiranya tempohnya sudah lebih dari 2-3 tahun mencuba.
1. Apakah ‘secondary subfertility?
Terdapat dua jenis kemandulan:
a) ‘Primary’ subfertiliti:
Keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung.
b) ‘Secondary’ subfertiliti:
Keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran ataupun kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’).
2. Apakah punca ‘secondary subfertility’?
Terdapat beberapa punca ‘secondary subfertility’. Punca yang umum adalah:
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS). Selepas bersalin anak pertama, kerapkali berat badan pasangan wanita meningkat dengan mendadak menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai PCOS.
- Endometriosis. Kadangkala masalah endometriosis akan menjadi lebih serius dan ini boleh menyebabkan ketidaksuburan.
- Umur meningkat. Apabila umur pasangan wanita semakin meningkat, kualiti telur yang dihasilkan adalah lebih kurang. Ini juga boleh menyumbang kepada ketidaksuburan
- Sebarang pembedahan seperti Caesarean ataupun D&C kadangkala boleh menyebabkan parut atau infeksi. Akan tetapi, masalah ini adalah tidak kerap.
- Masalah sperma. Ini juga boleh berlaku sekiranya pasangan lelaki banyak merokok, menghidapi masalah seperti kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal atau terkena jangkitan beguk.
3. Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor untuk masalah ‘secondary subfertility’?
Ini terpulang kepada beberapa faktor:
- Umur pasangan wanita. Sekiranya lebih dari 35 tahun hendaklah mendapat bantuan sekiranya lebih dari 6 bulan mencuba.
- Kehendak kedua-dua pasangan. Sekiranya masalah ini memberi tekanan emosi yang kuat, bolehlah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.
Kalau tidak kebanyakan pasangan akan berjumpa doktor setelah 2 – 3 tahun mencuba.
4. Apakah ujian yang perlu dilakukan untuk menyiasat punca ‘secondary subfertility’?
Bergantung selepas mengambil sejarah latar belakang, doktor yang merawat akan membuat beberapa ujian:
- Ujian darah untuk pasangan wanita
- Imbasan scan pelvis untuk pasangan wanita
- Ujian sperma pasangan lelaki
- Ujian untuk menguji sama ada saluran peranakan wanita tersumbat atau pun tidak.
5. Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah ‘secondary subfertility’?
Rawatan kesuburan bergantung kepada punca masalah setiap pasangan. Secara umumnya, rawatannya termasuk memberi ubat subur, IUI dan juga IVF.

Pada umumnya, mereka yang menghadapi masalah ‘secondary subfertility’ mempunyai harapan bagus untuk hamil lagi. Ini bergantung kepada umur wanita itu dan punca masalah yang menyebabkan ketidaksuburan. Dr Tasha berharap agar pasangan yang mengalami masalah ‘secondary subfertility’ ini tidak berasa sedih atau putus asa. Mereka hendaklah berdoa dan berikhtiar agar mereka dikurniakan anak yang seterusnya. Sekiranya takdir mereka hanya untuk mempunyai satu anak sahaja, hendaklah bersyukur dan menumpukan perhatian kepada anak itu. Mungkin ada hikmat di sebaliknya.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on May 16, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 35 Comments.
Salam doctor..betul tu ..saya sedang mengalaminya. Anak saya dh berumur 5 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat kedua.
Saya belum pernah berjumpa mana2 doctor utk check. I think its time to make an appointment with you very soon ..
Salam Doctor, saya mempunyai seorang anak berusia 1 tahun 6 bulan. Saya tidak mengambil sebarang perancang, tetapi masih belum mengandung lagi. Selepas melahirkan anak pertama, berat badan saya meningkat mendadak dan skarang di tahap obese. Adakah kegemukan boleh menjadi salah satu faktor sukar mengandung lagi?
Salam Fiey,
Ya faktor kegemukan merupakan salah satu faktor kerap yang boleh menyebabkan seseorang wanita susah utk hamil buat kali kedua. Cubalah meneliti faktor pemakanan dan tingkatkan melakukan senaman untuk menurunkan kembali berat badan sebanyak mungkin. Selamat mencuba!
bagi kes Primary’ subfertiliti, adakah ada peluang utk hamil sekiranya usia telah mencecah 39thn. sudah 10 thn berkahwin.
salam sejahtera doktor,
saya mempunyai anak lelaki berumur 5 tahun..saya merancang untuk hamil dan telah beberapa tahun mencuba tetapi masih belum berjaya hamil .saya tidak mengambil sebarang pil perancang. saya kini berusia 35 tahun dengan berat berat badan 53 kg..saya mengambil beberapa supplement untuk membolehkan hormone sy stabil. utk makluman doc kami suami isteri juga tinggal berjauhan…ada kah ini penyebabnya? apa yang saya perlu lakukan terima kasih doktor ..
Wsalam Anna,
Pergilah berjumpa dengan doktor bagi membantu Anna hamil dan mengenalpasti on top of faktor berjauhan suami isteri, adakah terdapat isu lain. Usahlah berlengah mendapatkan rawatan kerana umur sudahpun 35 ya.
Salam dr. Tasha,
adakan saya masih berpeluang untuk membuat IVF pada umur 41 tahun. masalah saya ialah telur kurang dan kecil. mohon Dr. memberi nasihat.terima kasih
kedua, minta Doktor sarankan supplements yang boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan dan telur yang sihat.
Terima kasih.
Salam Shirley,
Seelok2nya pergilah berjumpa dengan pakar kesuburan untuk membuat pemeriksaan sama ada IVF sesuai untuk Shirley atau tidak. Serta mungkin ubat2an boleh diberikan utk meningkatkan jumlah dan kualiti telur bagi meningkatkan lagi kejayaan IVF. Sekiranya Shirley ingin mendapatkan pemeriksaan dengan Dr Tasha, sila call KL Fertility Centre di 0320933500
Untuk membaca dengan lebih lanjut:
https://drnatashanorfertility.com/2014/05/22/bolehkah-wanita-40an-membuat-rawatan-ivf/
https://drnatashanorfertility.com/2014/09/07/tips-untuk-memastikan-rawatan-ivf-anda-berjaya/
Salam Dr,
Saya pernah mengandung anak pertama dalam 2012, tetapi ia berakhir dengan D&C.
25hbFebruary yang lalu pula, saya menjalani IVF tetapi mendapat hasil yang negatif minggu ini. Dan saya tidak mempunyai frozen embryo untuk langsung ke FET. Apakah yang lazimnya Dr akan nasihatkan dalam situasi begini? What options are usually suggested?
Wsalam Min,
Diharapkan Min tetap cekal dan bersabar dengan keputusan IVF tersebut. Berbincanglah dengan doktor yang merawati. Depending dengan latar belakang pesakit tersebut, lazimnya doktor akan menasihati untuk menjalani rawatan IVF kali kedua dan mungkin menukar sedikit regimen lain. Oleh kerana Dr Tasha tidak tahu latar belakang Min, agak sukar untuk menasihati Min. Untuk membaca dengan lebih lanjut:
https://drnatashanorfertility.com/2014/02/08/rawatan-ivf-gagal-di-manakah-silapnya/
Salam sejahtera Dr,
Saya telah mempunya seorang anak berumur 6 tahun. Namun sehingga kini saya masih belum mengandung malah tidak pernah keguguran. Saya telah berjumpa dengan Pakar O&G dan saya disyorkan untuk makan ubat clomid 50mg. Namun adakah benar bahawa ubat clomid ini akan mengaktifkan cyst atau fibroid? tq Dr
Wsalam Sarah,
Adakah Sarah telah didiagnosikan mempunyai cyst / fibroid? Ada kemungkinan clomid boleh mengaktifkan cyst / fibroid. Tetapi most clomid rawatan adalah short term dan perlu dipantau oleh doktor. Ini ialah kerana setengah-tengah pesakit mengambil clomid dengan sendiri tanpa pengawasan sebarang doktor.
Sya bersalin anak pertama dgn pembedahan caesarean, malang nya baby meninggal 10 jam selepas dilahirkan. Disebabkan lemas dalam perut.
Setahun kemudian sya mengambil ank angkat yg baru lahir. Kini berusia 12 tahun. Sya berusia 34 tahun, masihkah ada peluang utk sya mengandung lgi??
As salam Mama Qisz
In Sha Allah rezeki di tangan Allah. Hendaklah berikhtiar, mama masih muda lagi 34 tahun. Pergilah mendapatkan pemeriksaan agar rawatan yang bersesuaian dapat dibuat.
In Sha Allah Mama Qisz ada rezeki kerana masih muda. Tetapi pergilah berjumpa dengan doktor kesuburan untuk mendapatkan rawatan bersesuaian.
Assalam dr
sy ada seorang ank yg kini berumur 1thn 3bln.zuriat yg dberi Allah slps 5thn brkhwin.mslhnya sy telah mula rancang utk hamil kali ke 2 tp msih tiada rzeki.2bln lpas period sy lwt 2mggu n upt +ve.selang 3hari sy telah period.bln ni pn tiada rzeki wlau smggu lwt haid.bleh dr bg cadangan?
Wsalam Ain,
Untuk meningkatkan tahap kesuburan dan peluang kehamilan, sila download Ebook percuma Dr Tasha jika masih belum berbuat demikian. Dr Tasha doakan agar cepat hamil ya.
https://drnatashanorfertility.com/e-book/
saya berkawen pada 2006 .anak pertama sy lahir pd 2007(normal) ke 2 2009(normal) yg ke 3 2013 ( oparate) dn yg ke 4 ( oparate) .. skang ni sy merancang utk tambah anak lagi .. masih blh kah utk sy tambah anak lagi ?
Wsalam Isya,
Rasanya mungkin tidak salah untuk tambah anak mungkin seorang lagi memandangkan sudah 2 kali operate. Kebiasaannya terutamanya di hospital kerajaan, selepas operation kali ketiga, saluran peranakan akan disyorkan untuk diikat untuk mengelakkan komplikasi sekiranya hamil sekali lagi. Tetapi ini terpulang kepada beberapa faktor seperti umur wanita, komplikasi semasa hamil dan komplikasi semasa operation kali kedua. Adakah Dr yang membedah masa anak ke 4 ada memberitahu status keadaan di dalam seperti ? adhesion /parut ataupun dinding rahim yang nipis? Untuk mendapatkan nasihat yang lebih elok, pergilah mendapatkan nasihat dari doktor yang telah merawati semasa anak yang 4.
Salam Dr,
Saya juga mempunyai masalah yang sama. Anak saya berumur 3 tahun. Saya masih mencuba untuk mendapatkan anak kedua tetapi masih belum berjaya. Sebelum berkahwin saya disahkan menghidap endometriosis dan telah menjalani pembedahan laparoskopik. Pada tahun lepas juga saya telah menjalankan ujian kesuburan tetapi tiada sebarang masalah bagi saya dan suami. Masih ada harapan ke saya nak dapat anak lagi. TQ.
Wsalam Ati,
Sekiranya begitu, hendaklah meneruskan rawatan kesuburan bersesuaian. In Sha Allah, masih ada lagi harapan untuk Ati tetapi hendaklah berikhtiar. Kerapkali endometriosis berulang dan ini tidak dapat dikesan melalui imbasan scan biasa kecuali jika terdapat cyst yang besar.
salam Dr,
anak saya dah berumur 4 tahun.. saya teringin sangat untuk mendapat zuriat lagi.. selepas melahirkan anak pertama, berat badan saya naik mendadak dan period saya tidak teratur.. kadang keluar selepas 3 @ 4 blan.. macam mane dr?
ada jalan penyelesaian tak untuk masalah saya nie?
Wsalam Alia,
Hendaklah periksa dengan doktor. Most likely masalah disebabkan gangguan hormon disebabkan berat badan mendadak naik. Paling elok jika Alia berusaha untuk menurunkan berat badan tersebut.
https://drnatashanorfertility.com/2014/06/30/kenapakah-kitaran-haid-tidak-teratur/
assalam DR,
sy pnh preggy dan ank ptama dh 2 thn 3 bln, sy kawin dec 2012 dan jan 2013 dh preggy…sy bsalin induce sb dh tarikh bsalin tp xda tanda lg n air ketuban dh makin kurg…sy tgh mncuba ank kdua tp xdpt2 lg…sb kesian kat ank ptama nk sgt adik…ms awal dl period sy pnh tlewat smpi smggu tp lpas tu period…stakat skrg…period dtg je setiap bln n smakin kerap…sblm ngndumg dl berat sy 56 kg n tinggi 174 cm…pas bsalin berat xnk turun2 70 kg….dr yg sy pergi ada scan n bgtau rahim elok n xda cyst or pape…n mgkin stress..sy xfhm dgn bdn sy skrg
Wsalam Nurul,
Jikalau begitu, pergilah rujuk kepada doktor kesuburan untuk membuat pemeriksaan dan rawatan kesuburan seterusnya. JIka boleh, sila cuba kuiz tersbut di bawah agar Dr Tasha boleh nasihat dengan lebih detail.
https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/
Salam Dr. Tasha,
Saya pernah bersalin pada tahun 2012 tapi bayi tidak panjang umur, mninggal pada hari yang sama selepas 9 jam dilahirkan. Baby boy saya anencephaly, sewaktu di hospital banyak alternatif dilakukan bagi membuka pintu rahim..sehingga sekarang saya masih mencuba untuk hamil tetapi gagal..adakah disebabkan effect daripada cubaan bukaan rahim? Saya berumur 26 tahun, sewaktu mengandung anak pertama berat saya mencecah 88kg. Sekarang pun masih sama. Baru2 ni saya ada berurut, kerana selepas bersalin sya x prnh berurut. Macik tu kata rahim saya tidak berada di tengah tetapi disebelah kanan perut dan macik tu urut sampai rahim berada dikedudukan yg betul..apa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Wsalam Qhalish,
Setahu Dr Tasha percubaan untuk bukaan rahim should not affect your future fertility. If Qhalish TTC currently, pastikan pengambilan folik asid 5mg daily in view of your previous history of anencephaly. Mungkin Qhalish hendaklah membuat pemeriksaan dengan pakar ginekologi / kesuburan jika ingin meneruskan rawatan untuk kesuburan agar dapat hamil serta memeriksa sama ada rahim mempunyai masalah ataupun tidak ya.
Salam Doktor,
Anak pertama saya berumur 5 tahun. Dan sekarang sy dah delay period 5 hari dan UPT adalah +ve. Sebelum ni saya ada masalah tiub tersumbat, namun alhamdulillah bile sy cek UPT +ve. Tapi yg asyik bermain difikiran saya pasal kandungan luar rahim, sbb saya pernah terbaca ibu yg ada masalah tiub fallopio tersumbat ade possibility utk kandungan luar rahim. Saya belum berjumpa doktor lagi. Pertanyaan saya, jika seawal 5 minggu adakah kantung bayi dpt dilihat semasa scan?
Maaf, mungkin saya terlalu fikir yang bukan2.
Wsalam Wawa,
Alhamdulillah wawa. Jikalau risau imbasan scan melalui faraj boleh dilihat seawal 5 minggu kehamilan ya.
as’salamualaikumm doctor, sayaa pernaa hamil tpy gugur… sampai skrngg sayaa belumm boleh mengandung, dann berat badann sayaa naik dgnn mendadak ? apaa punca masalah sayaa doctor?
Wsalam Awalia,
Pergilah periksa dengan pakar kesuburan untuk melihat apakah puncanya. Besar kemungkinan masalah hormon tidak seimbang disebabkan berat badan berlebihan juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan.
Thanks unruk infonya..
Dear Collen,
Welcome 🙂
Salam doktor,ank sulung sy meninggal dlm perut smasa 37week..sy melahirkn secara normal dgn 5x induce,sy melahirkn selepas smggu ank sy xde..sy sudah berusaha sehingga skrg..dah dkt 2taun masih xde rezeki.byk Klinik sy pg,smua kata hormon..smpai pernah ke hospital swasta jumpa pakar sakit puan,.dktor tu ckp cuma masalah hormon tp xde bg ubat apa2 pun pd sy..byr mhal..scan vagina smua..kemana sy ptot pg ye doktor,sy Dan suami sunyi..bila rindu pd anak,kami belek2 brg2 bayi yg dibeli dulu.kami sgt2 perlukn bantuan utk sy Hamil lg..
Wsalam Nurul,
Dr Tasha berharap agar Nurul sentiasa bersabar dengan dugaanNya. Oleh kerana sudahpun mencuba dan berikhtiar untuk hamil, datanglah berjumpa Dr Tasha di KL Fertility Centre dan sila bawa semua report / ujian yang telah dilakukan sebelum ini untuk rujukan Doktor. Sila telefon untuk membuat temujanji ya.