Di Ambang Raya 2017

Alhamdulillah.

Sudah genap 3 tahun Dr Tasha diberikan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog tersayang. Diharapkan agar para pembaca mendapat mendapat banyak manfaat dari membaca blog Dr Tasha yang bertujuan untuk memberikan maklumat berguna bagi para TTC dan sokongan yang diperlukan dalam mengharungi liku-liku perjalanan TTC masing-masing.

Alhamdulillah.

Ramai pesakit-pesakit tersenyum gembira menerima keputusan ujian kehamilan mereka. Malah ada juga yang telahpun membuat imbasan scan pertama untuk melihat serta mendengar degupan jantung bayi mereka yang telah ditunggu-tunggu begitu sekian lama.

Alhamdulillah.

Bagi pesakit yang kecundang pada kali ini, dapat menerima baik berita tersebut serta bersetuju untuk meneruskan langkah-langkah untuk menambahbaik kualiti sperma dan telur agar kadar kejayaan rawatan kesuburan pada masa hadapan agar dapat ditingkatkan.  Mereka berfikiran positif, tabah dan tawakal. Sebenarnya bagi Dr Tasha, salah satu konsultasi yang sukar dilakukan ialah berhadapan dengan pasangan TTC yang kecewa kerana masih tidak lagi berjaya hamil  walaupun selepas menjalani rawatan kesuburan.

Kenapakah sikap bersyukur penting?

Pada zaman moden ini, sikap bersyukur kerapkali dilupakan. Apa yang dicapai tidak pernah mencukupi. Masing-masing berlumba-lumba menggapai pangkat, kekayaan materialistik yang dianggap penting.  Apa yang ada tidak pernah mencukupi.  Mengeluh melihat kekurangan kehidupan. Berasa iri hati dan tidak puas hati dengan teman-teman sekeliling yang mungkin berpangkat lebih tinggi, mempunyai rumah lebih besar, kereta baru, handphone latest edition ataupun melahirkan anak berderet-deret setiap tahun. Malah kita alpa dan lupa untuk bersyukur dengan pelbagai nikmat yang telah diperolehi selama ini.

Di samping bersyukur untuk nikmat-nikmat yang telahpun diperolehi, adalah penting bagi kita bersyukur untuk nikmat-nikmat yang AKAN diperolehi pada masa hadapan. Ini ialah kerana dengan mempunyai sikap bersyukur, kita akan memperolehi rasa ketenangan dan berasa optimistik serta positif tentang ‘the future’. Perasaan positif tersebut In Sha Allah dapat menghasilkan sikap dan tindakan positif yang dapat menarik lebih banyak elemen-elemen positif ke dalam kehidupan individu tersebut.

Bersyukur juga adalah penting pada masa-masa yang dianggap susah. Ujian ataupun dugaan yang ditimpa mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita mungkin tidak tahu.

Bagaimanakah caranya kita hendak bersyukur?

Kita boleh memulakan dengan membuat ‘list of all the things that I have in my life now that I am grateful for…’ Kemudiannya membuat ‘list of all the things that I will have in my life in future that I am grateful for..’ Simpan dan lihatlah cebisan kertas tersebut selalu. Mungkin bagi list for the future, lihatlah dalam masa satu tahun, apakah yang telah dipinta telahpun diberikanNya ataupun tidak. Setengah-tengah orang mungkin akan berterima kasih kerana tidak mendapat apa yang dipinta ataupun mendapati apa yang sangat-sangat dimahukannya setahun lepas sebenarnya tidak penting atau tidak diperlukan lagi.

Cara kita hendak menzahirkan rasa bersyukur ialah melalui lidah, hati dan anggota badan.

  • Mengucapkan terima kasih dan bagi yang beragama Islam, Alhamdulillah…
  • Mengucapkan atau menulis ucapan terima kasih kepada rakan-rakan, pasangan masing-masing, kaum keluarga dan rakan kerja..
  • Melakukan kebaikan dan amal kebajikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya

Akhir kata, Dr Tasha ingin mengambil kesempatan di sini untuk meluahkan perasaan bersyukur kepadaNya untuk semua perkara yang telah dianugerahkan dan dinikmati selama ini. Di samping itu, alhamdulillah juga kepada semua nikmat-nikmat yang bakal diberikan pada masa yang akan datang.

Terima kasih. Alhamdulillah….

Posted on June 22, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: