Untuk memastikan apakah punca ketidaksuburan, pasangan yang sedang menerima rawatan perlu menjalani beberapa ujian kesuburan. Sebelum ujian tersebut dilakukan, pakar ginekologi akan mengambil latar belakang kedua-dua belah pasangan. Informasi penting seperti tempoh perkahwinan, sejarah mengandung, kitaran haid dan masalah perubatan perlu diketahui. Seterusnya, beberapa saringan ujian untuk kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita perlu dijalankan untuk memastikan diagnosis sebelum rawatan fertiliti dibuat.
🦋 Jawapan pantas
- Ujian kesuburan mengenal pasti punca ketidaksuburan pasangan.
- Wanita: ujian darah hormon (AMH, FSH, LH, progesteron hari-21), imbasan pelvis, dan ujian tiub fallopio.
- Ujian tiub: HSG (pesakit luar) atau ‘diagnostic lap & dye’ (bawah bius penuh).
- Lelaki: analisis air mani (HSA) untuk bilangan, pergerakan dan bentuk sperma.
- Ujian dibuat berdasarkan sejarah dan pemeriksaan doktor.
Ujian kesuburan untuk wanita
Untuk pasangan wanita:
1. Ujian darah untuk mengetahui paras hormon seperti AMH, FSH, LH, Day 21 progesteron.
2. Scan pelvis. Untuk memastikan sama ada ada abnormaliti pada rahim, ‘cyst’ pada kilang telur. Kita tidak dapat pastikan status saluran peranakan ataupun mengesan parut-parut jangkitan (‘adhesion’) melalui scan pelvis yang biasa.
3. Saluran peranakan (‘Fallopian tube’). Untuk mengetahui sama ada saluran peranakan tersumbat ataupun tidak. Terdapat 2 kaedah umum:
i) HSG. Ujian ini boleh dilakukan as an ‘out-patient’ basis. Kaedah ujian ini ialah di mana cecair khas akan dimasukkan melalui pangkal rahim dan beberapa imbasan x-ray bahagian pelvis diambil untuk mengetahui sama ada saluran peranakan tersumbat ataupun tidak.

ii) Diagnostic Lap and Dye test. Ini adalah pembedahan di mana pesakit akan diberi bius penuh (‘general anaesthesia) dan teropong kamera akan dimasukkan melalui hirisan halus pada bahagian pusat. Bahagian dalam perut, rahim dan saluran peranakan dapat dilihat dengan jelas untuk mengetahui punca ketidaksuburan. Dalam pada waktu yang sama, cecair khas boleh dimasukkan melalui faraj dan seterusnya saluran peranakan untuk mengetahui sama ada ia tersumbat.

Sekiranya pasangan wanita itu mempunyai sejarah sengugut, sakit semasa melakukan hubungan seks, penyakit kelamin berjangkit atau menghidapi ‘cyst’ pada kilang telur (ovary), diagnostic Lap and dye test adalah lebih sesuai daripada HSG kerana diagnosis punca ketidaksuburan mungkin adalah lebih tepat dan rawatan boleh dijalankan terus pada waktu yang sama i.e membuang ‘cyst’.
Ujian kesuburan untuk lelaki
Untuk Pasangan lelaki:

1. Semen Analysis (HSA). Suami perlu memberikan sampel air mani untuk diperiksa di bawah microscope. Bilangan, kadar pergerakan dan normality sperma akan diperiksa. Seelok-eloknya, semen analysis perlu dibuat SEBELUM isteri menjalani pemeriksaan saluran peranakannya.
Tidak pasti tahap kesuburan anda? Jawab kuiz ringkas ini untuk menilai:
Soalan lazim
Apakah ujian kesuburan untuk pasangan wanita?
Ujian darah hormon (AMH, FSH, LH, progesteron hari-21), imbasan pelvis untuk rahim dan ovari, dan ujian saluran peranakan sama ada HSG atau ‘diagnostic laparoscopy & dye test’.
Apakah ujian kesuburan untuk pasangan lelaki?
Analisis air mani (HSA) untuk menilai bilangan, pergerakan dan bentuk sperma.
Apakah beza HSG dan lap & dye?
HSG ialah ujian X-ray pesakit luar untuk melihat sama ada tiub tersumbat. ‘Lap & dye’ ialah pembedahan di bawah bius penuh yang memberi gambaran lebih tepat tentang tiub dan organ pelvis.
Adakah semua pasangan perlu semua ujian ini?
Tidak. Ujian dipilih berdasarkan sejarah latar belakang dan pemeriksaan doktor, supaya punca ketidaksuburan dapat dikenal pasti dengan tepat.
Sumber
Baca juga: Masalah kemandulan.


