Selamat Tinggal 2015!

Selamat Tinggal 2015!

Sekali lagi, kita berada di ambang tahun yang baru. Rasa-rasanya Dr Tasha baru sahaja menulis post blog mengucapkan kepada para pembaca blog tersayang Selamat Tahun Baru 2015 dan kini dengan sekelip mata sahaja waktu pantas berlalu dan kini kita mengalu-alukan kedatangan 2016.

Banyak peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di sepanjang tahun 2015. Tidak dapat disangkalkan lagi ialah hakikat yang kos sara kehidupan telah meningkat dengan mendadak. Harga barang-barang naik dan ini juga termasuklah kos-kos ubat-ubatan. Agak terkilan juga kerana ini sekaligus mengakibatkan kos rawatan kesuburan turut naik yang menyebabkan lebih ramai pasangan yang terpaksa menampung kos perbelanjaan yang lebih tinggi. Diharapkan agar pasangan TTC lebih berjimat-cermat, meneliti bajet seharian dan memberikan lebih penekanan kepada apa yang penting serta perlu diberikan keutamaan.

Kedatangan Tahun baru memberi makna yang berlainan kepada setiap individu. Bagi setengah-tengah individu, inilah masa untuk menyelesaikan segala hutang piutang, mengemaskan rumah atau mungkin menyiapkan projek yang sudah lama terbengkalai. Manakala bagi orang lain pula, tahun yang baru seolah-olah menjanjikan satu nafas baru, azam baru dan tekad jitu untuk mencapai impian yang diidamkan. Apa-apa pun, Dr Tasha doakan para pembaca blog akan dipermudahkanNya, mensyukuri nikmat yang telah sedia ada dan berharap agar tahun 2016 ini akan mendapat kebahagiaan dan kejayaan serta mencapai resolusi masing-masing.

                          Apakah resolusi anda tahun 2016?

Bagi Dr Tasha salah satu resolusi Dr Tasha ialah untuk meneruskan usaha gigih agar lebih ramai lagi pasangan TTC yang dirawati dapat dibantu agar impian mereka akan tercapai untuk hamil dan menimang serta mendakap bayi yang ditunggu-ditunggu selama ini sebagai pelengkap istana keluarga bahagia mereka. Amin..Di samping itu, Buat makluman para pembaca blog, diharapkan tahun ini juga Dr Tasha dapat menyiapkan buku fertiliti ‘Tanya Dr Tasha’ finally…

Akhir kata, Selamat Tinggal 2015 dan Hello 2016!

tahun2016

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading