Doa untuk Kuatkan Rahim dan Elakkan keguguran

Tahniah doktor Tasha ucapkan kepada ibu-ibu atau pasangan yang telah berjaya hamil. Akan tetapi, hendaklah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi sekiranya puan mengandung selepas menjalani rawatan IVF untuk mengurangkan risiko keguguran.

Di dalam artikel pendek ini doktor ingin berkongsi doa dan zikir yang diharapkan dapat diamalkan oleh bakal-bakal ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.

Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:

1.Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:

hijr1
hijr2
hijr3

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

2. Membaca zikir Ya Mubdi.    https://i0.wp.com/cdn.islamiclyrics.net/wp-content/uploads/2009/01/al_mubdi.png  Bermaksud Maha Memulai / Maha Pencipta dari asal

Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa tersebut di bawah:

Maksudnya: 

Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

Sekiranya keguguran masih juga berlaku. Hendaklah bersabar dan tawakal dengan kehendakNya. Jika keguguran berlaku beberapa kali  anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Beberapa ujian mungkin akan dilakukan untuk memastikan sama ada terdapat faktor yang menyebabkan keguguran berulangkali. Di samping itu, ubat kuatkan rahim dan langkah-langkah seterusnya boleh diambil untuk mengurangkan keguguran berlaku.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on February 24, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 75 Comments.

  1. Salam.doc..sy bru lepas keguguran 15.11.2014 pada usia kandungan 6wks n 6days..and “complete miscarriage”..tapi saya agak musykil kerana pada 13.11.2014,1st time.pergi scan before miscarriage..doc ckp rahim.sy x nampak ade janin or ape2..tapi bila.test UPT 2nd line kabur..but pregnant..tp sy dah start bleeding few days before sy scan tu..berkemungkinankah itu ectopic pregnancy..after miscarriage n before discharge, doc ade ambil darah on 15.11.14 and sy repeat bloodtest 48hrs after on 17.11.14..but until.today 20.11..doc.x dee call.utk result 2nd bloodtest..does.it.means im ok..? Sy musykil.coz sy masih sakit dibahagian pangkal.rahim..and kekadang sy rs mual..

    Mohon.penjelasan doc…tq

    • Salam Ija,

      Sorry to hear about the miscarriage. Susah untuk Dr Tasha komen apakah yang sebenarnya berlaku kepada kehamilan Ija tanpa membuat sebarang pemeriksaan sendiri. Diagnosis ektopik pregnancy besar kemungkinan bukan sekiranya semasa scan sudah nampak kantung di dalam rahim. Kadang-kala semasa imbasan scan tidak nampak apa jika masih sangat awal peringkat kehamilan. Oleh itu, Pergilah berjumpa dengan doktor yang merawati untuk mendapatkan keputusan darah yang telah diambil. Hope everything goes well.

  2. Saya baru 2 hari lps ET..blog Dr Tasha byk bg info utk sy mnjaga diri slps ET ni, semoga Allah makbulkn doa saya& suami utk pnya ank2 yg baik hasil dr Ivf ni, harap Dr Tasha jga doakn utk kejayaan sy

  3. salam Dr..sy dh penah kguguran june 2013..n kandungan luar rahim pada july 2013..13hb dec baru2ni..sy ade pgi scan..sy disahkan hamil.tp kndungan baru 4 mnggu..n dokter tak nmpak kantunh.ade tak percentage utk sy mngandung luar rahim lg??sabtu ni sy akan pgi utk 2 nd scan..sy benar2 berharap kandungn sy kali ini selamat..mintak advice Dr ya..tq so much

    • Wsalam Shaky,

      The risk of getting another ectopic pregnancy kali ini ialah 10-15%, So majoriti of patient will have a normal pregnancy ya. Dr doakan kali ni kehamilan Shaky normal. Pliz go and book for an early scan by 6 minggu to make sure kali ni dalam rahim and tell doctor the last time ectopic pregnancy. So, they will be more careful and check betul2. Let me know of outcome ya Shaky.

  4. Dr Tasha saya berumur 35 thn dan sudah mengalami keguguran sebanyak 3 kali pada kandungan 12 weeks masalah saya kandungan tidak akan membesar pada 11 weeks jadi saya ingin tahu apakah punca yang menyebabkan terjadi demikian. Skng pada 15.12.2014 sy ada buat pemeriksaan sendiri dan kptsan 2 jalur, tp bila sy scan di klinik doc ckp xnmpk apa2 adakah sbb msh br @ kemungkinan luar rahim….

    • Salam Suziey,

      Sekiranya sudah mengalami 3x keguguruan, eloklah Suziey berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan kepastian kenapakah ‘recurrent miscarriage’ berlaku. Beberapa ujian akan dilakukan. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai topik ini:
      https://drnatashanorfertility.com/?s=punca+keguguran

      Mengenai kehamilan ini pula, selalunya kantung bayi hanya akan nampak pada imbasan scan seawal 5 minggu. Ini pun sekiranya imbasan melalui faraj dilakukan (Transvaginal scan). Selalunya hanya kandungan 6 minggu barulah kantung nampak. Bilakah LMP Suziey (i.e hari pertama last period?) dan Adakah kitaran haid suziey teratur? Ujian darah BHCG (hormon Kehamilan) juga boleh dilakukan untuk memberikan lebih maklumat. Sekiranya Suziey risau bertanyalah dengan doktor yang merawati apa yang perlu dilakukan. Jika mahu, boleh berjumpa dengan Dr Tasha di klinik ya.

      • Dr saya punya last period 13 November 2014 cuma pada bln Oktober saya xdtg period. Boleh saya tahu pada minggu ke brp saya perlu menjalani ujian darah BHCG? Klu saya ingin berjumpa Dr saya perlu buat temujanji dulu ke @ blh trs ke klinik.

  5. Salam dr tasya.sy pregnt dh 5 mngg masa buat scan dh nmpk kntung.tp brlaku spotting dn sakit dkt bhgian bwh rahim.adkah itu normal diawal kehamilan dan apa yg perlu sy lakukan.

  6. salam doct..

    sya pernah mngalami keguguran sekali iaitu bulan 6 thun lepas,
    baru2 ini sy membeli pregnt test dan test sbyak 3 kali..dan ketiga2 keputusan adalah positif.
    Apakah sy perlu berjumpa dgn doct utk mngesahkn sama ada sy hamil atau tak, sbb setahu sy,,jika temph kehamilan masih terlalu awal, kadang2 doct x dapat mngsesan sama ada sy betul2 hamil atau tak.

    Boleh ka doct mberi nasihat tentang hubungan intin d awal kehamilan. apakah ini akan myebabkn keguguran?

    • Wsalam Diana,

      Pergilah berjumpa dengan doktor, pengesahan kehamilan melalui imbasan scan boleh dibuat seawal 5-6 minggu kehamilan ie 1-2 minggu lepas missed haid. Dr Tasha doakan agar kali ini kandungan Diana berkekalan.

  7. Salam Dr Tasha,

    mcm mana nak tahu sama ada kita ada masalah rahim seperti Pcos/Cyst/Fibroid.

    sy dah 1 year kawen. not pregnant yet. tak tahu apa masalah.

    sy pergi klinik kk cek. then bgthu sy not period. doktor asyik bg provera je..then xde kesudahan jugak.period dtg sbelan.lpas tu xdtg blik. period sy sblum kawen regular,. lepas kawen terus irregular.
    doktor ada bt blood test . tp xthu blood test tu untuk apa. after blood test..around 3 week. jumpa doktor, doktor just ckp sy xda apa2 masalah. lpas tu bagi provera lg berpapan2.

    then december lpas sy decide pergi klinik swasta bgthu doktor sy xperiod since september 2014. doktor tya sy prgnant x..sy ckp xpasti la. tp period xdtg. tanda2 semua xda.cuma sy sllu demam and batuk2 perpanjangan. doktor bt urine test . naik double line. klu skali tgok nmpak double line cuma xterang. doktor bg folic acid untuk 2 week. then dtg jumpa dia after.. sy xpuas hati , lpas tu sy pgi klinik 1 lg. ckp kt doktor nk scan perut.tp sy xthu sy pregnat ke x. doktor pun scan la. smbil scan sy ada tya doktor mcm mana nk thu klu kita ada maslaah rahim seperti Pcos/Cyst/Fibroid. doktor ckp sy xde apa2 masalah tu.dia ckp rahim xnmpak bgkak n still kosong. nt 2 week dtg lg. kita try scan. lpas tu sy xpg2 dah.. not confident at all.

    sy tya doktor dari klinik kk pun diorg ckp sy xde problem tu semua.cuma hormon.
    tp sy mcm yakin sgt sy ada salah 1 dari masalah rahim tu.cuma sy xthu mana nk dptkan kepastian yg betul .period pun xdtg lagi since september lpas till now. . .awal jan haritu sy ada kuar lendir2 merah n koko around 3 day. tp xpernah pun period mcm tu.

    klu dari tanda2 sy ada ialah berat badan berlebihan + rambut kerap gugur + bulu kaki kasar ( tp dari dulu mmg kasar2 cos sllu cukur bulu kaki zaman jahiliah dulu). ada mmber sy ckp tand2 ni slah satu masalah PCOS.

    sy pnah bt pap smear jugak. then doktor call ckp sy ada keputihan then bg ubat insert dlm. tu je.

    mana mana sy nk pastikan rahim sy shat ke x atau bermasalah .
    apakah rawatan yang sy perlu dptkan untuk masalah period sy ni.sy dah buntu sgt,.pg klinik n hspital mcm xde kesudahan

    maaf kalau coretan sy ni bt dr pening nk baca . 🙂

    • Salam Naily,

      Terima kasih kerana sudi memberitahu Dr mengenai permasalah Naily. Selalunya kalau ingin tahu sama ada apakah masalah PCOS/ Fibroid / cyst, beberapa ujian akan diambil. Ini termasuklah ujian imbasan scan pelvis dan darah untuk paras hormon. Sekiranya sudah 1 tahun berkahwin, Naily boleh membuat pakej kesuburan yang akan memeriksa ini. Di samping itu, hendaklah mendapatkan kepastian sama ada Naily hamil ataupun tidak sekarang. Jika Naily mahu, ambil appointment di KL Fertility Centre ya untuk berjumpa Dr Tasha. 🙂

  8. salam doktor, sy baru berkahwin dan kini hamil 5 minggu. 2 hari lagi saya akan pergi berbulan madu di bali, indonesia. Adakah risiko untuk saya pergi memandangkan saya akan menaiki kapal terbang? Adakah sebarang ubat yang dapat menguatkan rahim dan mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini sepanjang perjalanan

  9. Assalam Dr,
    sya mempunyai kemusykilan.
    Adakah kemungkinan sya mengalami kandungan luar rahim walaupun telah berlaku pendarahan pada usia kandungan minggu ke 4?
    Sya tidak pasti samada sya period ataupun keguguran waktu tu. Selalunya kalau sya datang bulan, pada hari pertama kuantiti darah sikit berbanding hari kedua baru banyak. stgah hari berlalu pun baru banyak. Rase sakit senggugut pun jarang berlaku dan kalau sakit pun pada hari ke-2 atau ke-3 datang bulan.
    Tapi pada 7 feb, sy rase seperti senggugut dalam kereta sewaktu pulang dari majlis kahwin. Bila keluar dari kereta, sy rase basah di celah pangkal peha. Bila cek, seluar dalam penuh dengan darah. Tak pernah jadi lagi jadi macam ni.
    Untuk pengetahuan Dr, sya pernah mengalami kejang perut yang tak serius dan kadangkala saya rase kurang selesa dibahagian bawah perut sebelah kanan sehingga hari ini. Nak kate sakit tu, sya boleh tahan lg, Tapi itulah sya risau kalau sya mengandung luar rahim.
    Sya x pasti, perlukah sya pergi ke klinik?

  10. Hye..dr tasha…saya hidayah..saya penah mengalami keguguran pada 1.12.2014 dan saya tak buat dnc..dan pada 13.1.2015 saya datang bulan..dan stop period dalam 18.1.2015…setelah lewat period bulan dua dalam seminggu saya test upt.16.2.2015 sebelum raya cina is negative dan selepas.raya cina sy check upt 2 kali is POSITIVE dalam tarikh 28.2.2015..saya scan tak nampak.apa apa lagi doc dan test urine upt dekat klinik STILL positive.. sekarang saya compius berapa minggu kehamilan.saya dan adakah scan acap kerap kali menbahayakan kandungan…vitamin apa yg boleh diambil semasa mengandung dan kuatkan rahim saya…terima kasih dr tasha.

    • Hi nur,

      Sekiranya kita ikut tarikh first day last period 13.1.2015, Nur anggaran kehamilan ialah 7 minggu. Ini ialah sekiranya kitaran haid teratur. Kantung kehamilan boleh dilihat sekitar 6-7 minggu. Kadang-kala ini memerlukan imbasan scan dari faraj jika tidak jelas scan dari perut. Jika sudah 7-8 minggu, pastikan kantung dapat dilihat dalam rahim kerana dikhuatiri kandungan luar rahim. Sekiranya setakat 1x / seminggu scan ini tidak akan membahayakan kandungan Nur. Terdapat pelbagai vitamin yang boleh diambil termasuk Pharmaton matruelle, Prenavit atau Obimin.Diharapkan semuanya berjalan lancar.

      • Terima kasih doc natasha…saya period tak teratur agak2 berapa usia kandungan masa sya check upt n scan yg x nampak tu doc…dan berapa lama pula saya nak tunggu n scan lagi sekali..saya nk buat buku pink di klinik ibu anak kerajaan…

  11. Assalam dr., sy baru je nikah bln 2 aritu.. then, arini (16/3) ,, dah seminggu lewat period.. pg td sy wat ujian khmilan n +ve, perlu ke sy ke klinik,, sbb rsenye tlalu awal lg.. ^_^ tp prut rse lain sikit.,,

    • Wsalam Raihan,

      Tahniah Dr Tasha ucapkan. By next 1 -2 weeks bolehlah pergi berjumpa dengan doktor untuk pengesahan kehamilan dengan membuat imbasan scan. Take care!

      • Dr, sy dh pg PPUM,, hamil dan kantong bby dh nmpk dlm rahim, tp sy still rse sakit kt sblah kiri, sakit tak truk., then smlm ade kuar keputihan, tp wnenye cam koko muda., apa masalah sy ye doc? Even wne tu cme sikit, tp sy takut

  12. Salam, terima kasih di atas perkongsian doa. Untuk pengetahuan DR, saya sudah setahun lebih kahwin, dan 2X keguguran. Yg pertama sewaktu usia kandungan 9 minggu. Kehamilan yg tu mmg dari awal bleeding. So mmg xletak harapan yang tinggi. 4 bulan selepas gugur, saya mengandung sekali lagi. Tapi bertahan cuma 3 bulan sahaja. Kandungan tiada masalah. cume ade alahan muntah berbanding yang pertama, saya tak boleh minum air putih. Yang sedihnya, hari yang saya ambil cuti untuk buka buku di hospital kerajaan, pagi tu ade bleeding sikit. Bile check rupenya dah xde heart beat. Sehari lepas tu terus D&C pada 21 January hari itu.. Saya nak tanye, adakah sebab saye kurang minum air, menjejaskan kandungan? And boleh tak saya nak pregnant sekarang atau perlukah saya tunggu sampai 3x period?

    • Wsalam Jie,

      Diharapkan Jie sentiasa sabar dengan ujianNya dan kuat semangat. Seelok2nya tunggulah 3 bulan sebelum cuba untuk hamil lagi sekali. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran, lebih dari 50% disebabkan oleh keabnormalan pada bayi menyebabkan ianya tidak sihat lalu ‘naturally’ ianya akan keguguran. Sekiranya risau, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat sebelum hamil buat kali ketiga agar keguguran tidak berulang.

  13. Wsalam Raihan,

    pergilah rujuk kembali dengan doktor yang merawati kerana pendarahan tersebut. Diharapkan semua baik2 dengan kehamilan Raihan ya.

  14. Salam doctor,
    Saya kahwin dah nak masuk 4 tahun, dan sepanjang tu dah 4 kali berturut2 gugur. Macam2 dah cuba. Masuk 8 minggu je, janin tak membesar And no hearbeat, so doc suru gugurkan. Yg kali ke 3 tu sy buat fertility treatment IUI. Berjaya hamil tapi tak melekat jugak. Keempat2 keguguran ni, semua tak da pendarahan, tapi due to silent miscarriage and baby not growing. Saya dan suami tak tau apa masalah nya di sni, mengikut doctor saya, mudah untuk sy hamil tapi masalah nya baby not growing. Smua nya smp 8 minggu je. Apa pandangan doctor yg harus saya buat.

  15. Assalamualaikum dok sy nk btanye sy prnh buat test kehmiln sendiri tpi tk nmpk slpas dri tu sy chek di klinik dok ckp positif seleps blik dri klinik dlm 2-3 hri sy kluar darah seakan-akan haid tpi selepas tu drah tu stop dlm seminggu dua sy pegi klinik chek blik sbb bhagian rahim sy skit sangt dn buat urtest dok ckp negatif lpas dri tu dok suh buat scan bawah sy tk buat sbb sakit tu dh ok….hri ni sy pergi chek dok ckp rahim sy mcm bengkak sikit tpi tk brape nmpk sngt jdi sy buat test sekli lgi di kk dok ckp negatif skrg yg sy nk thu sy belom dtg buln lgi?bile kah agak-agaknya haid akan muncul atau bgantung pd proses yg agak lama ke

    • Wsalam Lyenda

      Selepas keguguran kadang-kala ianya mengambil 1-3 bulan untuk hormon kembali normal dan haid seterusnya datang ya.

      • Salam dr…sy ingin bertanya dgn dr..pada bulan 4 aritu, sy period..tp hanya 5 hari je..pastu bulan 5 sy period, tp hanya 3 haru shj..darah yg keluar warna coklat…2 mnggu lps sy blik kg, sy prgi jumpa bidan sbb niat utama nak mengurut..tp masa bidan tu pegang perut sy, dia cakap sy dah mengandung sbb rahim dah bengkak..tp 50/50 sbb rahim lemah…tp, mnggu lpas sy cuba buat upt..tp result yg sy dpt (-).. mlm smalam sy angkat beras 10kg, pastu bngun pg smlm sy tngok ada darah keluar..sampi ke harini…tp x sure ni darah period @ pun bukan .. dan apa pandangan dr. Tasha dgn bidan yg ngtaw sy mengandung tu?? Sy ada bgtaw ibu sy, ibu sy ckp kemungkinan sy ni bunting pelanduk…apa pandangan dr.tasha dgn kes sy ni..terima kasih doktor.

      • Wsalam Noor,

        Pergilah berjumpa dengan doktor. Ujian darah BHCG is much more accurate than ujian UPT ya. Take care

  16. Salam doctor..

    Saya sudah kelewatan period selama 9 hari. saya check saya positif hamil ketika period lewat 6 hari.. jika dikira melalui LMP, saya sepatutnya hamil 5 minggu 5 hari..

    saya dh pergi klinik semalam..tp sbb puasa doc ckp susah nak scan.. Dah jam 530 ptg dh.. Dia tekan tekan then then nampak rahim tebal elok dan sahkan saya mengandung .. Tapi kantung belum bulat..nampak mcm ada titik dot je.. Doc ckp ni masih sgt baru dan kemungkinan besar tak leh pakai LMP utk kira due date.. Doc minta scan 4 weeks lagi atau lg bagus die ckp at 12 weeks..dia ckp dia tak dapat kira berapa weeks sbb takleh nak ukur sbb ada dot hitam kantung je.. dot tu halus sangat2.. Hmm saya takde pape bleeding and tak rasa sakit perut kronik.. Saya harap baby saya sihat selalu..

    Boleh doktor beri pendapat?

    • As salam Ros,

      If tak sabar sangat boleh repeat scan in another 1-2 weeks. Should be at least be able to see baby and dengar jantung. Tetapi kadang-kala ini memerlukan scan dari melalui faraj yang tidak membahayakan kehamilan. Please continue taking your folic acid dan multivitamin ya.

    • Wsalam Sarah,

      Selalunya sekiranya nak scan pada awal kehamilan ialah pada minggu 6 atau 7. Ini pun kadang-kala, jika perut tebal memerlukan imbasan scan dari faraj. Imbasan scan dari faraj tidak membatalkan puasa. Jadi, jika mahu, pergilah scan dalam masa 1-2 minggu lagi. Jika tarikh betul, In Sha Allah, boleh nampak baby dan dengar denyutan jantungnya. JIka mahu, Sarah boleh berjumpa dengan Dr Tasha untuk sahkan kehamilan di KL Fertility Centre. 🙂

  17. Assalamualaikum Dr. Sy pregnant 8 weeks tetapi sy bleeding sejak hari jumaat baru2 ini. Ini kali pertama sy pregnant. Dr yang merawat sy sahkan kes sy sbg threaten miscarriage. Dr tersebut minta sy berehat dan tidak memberi apa2 ubat. Walaubagaimanapun,ramai rakan2 yang pernah melalui situasi seperti sy mencadangkan agar sy mengambil ubat Duphaston utk kuatkan rahim. Apa pendapat doktor?

    • Wsalam Seha,

      Yes, Duphaston is an option. Tetapi pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat tersebut. But it is not 100% guarantee that by eating Duphaston, boleh avoid keguguran ya.

  18. Assalamualaikum Dr Tasha, saya pernah mengalami keguguran semasa kandungan 8weeks. Doktor sahkan tiada denyutah jantung. Sebelum kehamilan tersebut saya pernah mengalami positive urine test kemudian period mcm biasa. Saya telah pegi menjalani checkup sepenuhnya dan didapati rahim tidak ada apa-apa masalah Alhamdulillah. Cuma keputusan darah saya ada Igg toxoplasmosis pada aras melebihi normal.Sy ada baca mengenai igg menunjukkan jangkitan yang lama. Adakah igg ini akan berubah kepada normal jika saya lakukan semula blood test? Adakah selamat untuk saya cuba hamil semula? Selepas keguguran tersebut saya dapati agak susah untuk lekat semula. Saya baru membeli alat uji kesuburan ovatel. Dan lagi satu apakah steps yang saya perlu usaha,an supaya janin yang terbentuk kuat, inshaAllah. Your feedback is very much appreciated doc.

    • Wsalam Su,

      IgG menunjukkan jangkitan kuman pada masa yang lampau. Ianya tidak akan berubah sekiranya ujian tersebut dilakukan semula. Jika mahu, datanglah berjumpa dengan Dr Tasha di klinik agar keputusan ujian tersebut dapat dilihat dan pemeriksaan dapat dibuat sepenuhnya serta nasihat / perancangan dapat dibuat agar kandungan pada masa hadapan lebih sihat.

  19. Salam doc, sy baru shj mngalami my second miscarriage one after the other. 1st mscrrge jan lalu masa 9weeks , this one masa 6weeks..berapa percentage potensi utk sy boleh mengandung healthily utk next time? Sy risau ia akn berulang lagi 😦
    Lagi satu dr. bila masa yg terbaik utk cuba lg utk conceive after a miscarriage, i.e jika terlalu dekat risiko utk mscarriage akn lebih tinggi, betul ker doc?

    Terima kasih utk nasihat doc
    Salam
    Iman

  20. assalamualaikum Dr Tasha..

    Saya dah berkahwin thn 2004 dan selepas itu saya disahkan mengandung luar rahim dan menyebabkan tiub di sebelah kiri saya di potong. Jadi tinggal tiub sebelah kanan sahaja harapan utk saya mengandung. Pada 2010 saya buat Ujian HSG setelah sekian lama berusaha untuk mengandung tapi keputusannya tetap negatif..hasil dari Ujian HSG tersebut tiub sebelah kanan mengalami Hydrosalphinx.

    Pada 2013 saya bercadang untuk mengambil IVF. Tapi keputusan yang saya dapat adalah negatif dan tidak mengandung, sebab kemungkinan telur yang di masukkan ke dalam rahim saya terlalu banyak sebanyak 5. dan genap sebulan saya menunggu tiba-tiba yang 5 telur tadi keluar balik.

    Pada bulan 5 ,2015 saya bercadang sekali lagi melakukan IVF (ICSI) dan di fahamkan bahawa kaedah ICSI ini peluang kehamilannya lebih tinggi. Dan Dr saran letak 3 telur. Tapi keputusannya juga negatif..Saya redha di atas ketentuan Nya..

    Soalan saya ,
    1. Perlukah saya membuang saluran tiub sebelah kanan yang bengkak (Hydrosalphinx) itu? Sebab sebelum ini saya ada google juga menyatakan cecair dari Hydrosalphinx ini akan mengganggu penempelan embrio di dalam rahim saya.
    2. Saya bercadang nak buat IVF lagi dlm bulan 10 ni, Berapa telur saya perlu untuk letak balik ke dalam rahim saya?

    Terima kasih Dr.

    Maaf sekiranya cerita saya ni sangat panjang, diharap dapat di jadikan panduan untuk semua.

    • Wsalam Zue,

      Adalah lebih elok jika Zue mengbuang / klip hydrosalphinx tersebut kerana ianya boleh mengurangkan peluang kehamilan dengan IVF sebanyak 40-50%. So, sebelum membuat IVF tersebut eloklah berbuat demikian. Ini bergantung kepada doktor yang merawati Zue. Di KL Fertility Centre, kebanyakan kes hanya maksimum 2 embrio sahaja akan diletakkan untuk mengurangkan kehamilan kembar yang diketahui mempunyai risiko semasa kehamilan. Tetapi ini terpulang kepada kes2 individu, 3 embrio akan hanya diletakkan sekiranya terdapat faktor lain seperti umur pesakit dan juga kegagalan IVF berulang kali. Adalah diharapkan Zue terus tabah menghadapi perjalanan fertiliti seterusnya. Take care

      https://drnatashanorfertility.com/2014/03/08/apakah-punca-hydrosalpinx/

  21. Assalamualaikum doc..sy nk minta pandangan dktr..sblum ni sy da dua kali kguguran..baru2 ni sy ke klnik n dktr scan nmpk kantung..but bila check upt negatif..n dktr minta dtg semula after 2 week..

    Soalan sy..

    Bole jadi ke scan hamil but upt negatif?

    Hope dktr dpt membantu..tima ksh

    • Wsalam Nadia,

      Stimes upt memberikan UPT falsely negatif. Tetapi jikalau kantung sudah pun jelas kelihatan, tidak perlu mengambil ujian UPT. Selalunya jika Nadia sudahpun 6-7 minggu, bayi dan jantung selalunya sudahpun boleh dilihat dan didengari

  22. dr,

    normal ke kalau kluar coklat2..saya hamil 7week… adakah saya perlu jumpa dr dgn segera?

  23. Asalamualaikum docter,sy ada sedikit pertanyaan,sy mengandung seawl 5week,dan kandungan sy di sah kn bila sy buat scan di klinik pakar,dan semalam sy pergi chekup lg di klinik yg sama dan docter mengesah kn kandungan sy tidak mau membesar keputusan masih sama 5week docter saran kn sy pergi hospital,bila sy pergi hospital docter bagitau kandungan sy mmg ada masalah tapi docter xbgtau apa masalah nya next appoinment sy adalah 2minggu lg start today..sy heran kenapa kandungan sy tidak mau berkembang?

  24. Sy ada mslh rahim sy tak kuat tolonglah bantu saya.Sy nk sgt anak ni tolonglah bantu sya.

  25. salam doc,

    saya delay period 10hari, cek upt waktu malam selepas 2jam minum air dan result (-)..tunggu2 still xdatang period, hari ke 13 trun darah ketul2 macam daging yang kecil2..adakah normal doc? adakah darah period?? atau baru nak melekat janin tapi tak jadi?? tq doc 🙂 salam

    • Wsalam Hunny,

      Terdapat 2 kemungkinan either just a delayed period with heavy period ataupun very early miscarriage. The only way to know is blood test BHCG as if ada kehamilan it will probably show very low levels. Oleh itu, if worry next time pregnant pergilah rujuk kepada doktor yang berhampiran untuk mendapatkan kepastian.

  26. 19.10.2011 dnc complete
    13.12.2012 DHIA 1st baby
    2014 gugur … DNC at hosp Melaka

    29.2.2016 bleeding utk , 4 minggu kndungan.
    Tapi ni pon doc Tak pasti. Tggu result darah macam mana. Utk pengetahuan doc.saya dah scan sabtu 12.33 mm. Bila hari ni saya tengok 9.7 mm. Doc kat sini Tak explain lebih lanjut saya jadi tertanya2 dengan perkembangan kandungan saya. Saya sekarang jadi banyak berfikir disebabkan sejarah termasuk kandungan sekarang 3x gugur. Boleh Tak doc.bagi sedikit pencerahan dan nasihat.

    Terima kasih

  27. doc sy nk tny adakah normal jika kehamilan pada minggu ke 3-4 ataupun 4-5 ade bleeding sdkt2 warna merah?
    adakah tu tanda awal keguguran bayi?
    sy pnh baca di ruangan komen 1 blog y si ibu mgalami bleeding coklat2 then merah cm period n byk tp kandungan die msih slamat n pd bln ke5 bru la bleeding xde lgsg n bayi slmat dlahirkn.
    adakah pndarahan sms hamil tdk mganggu kehamilan n brape lama tempoh bleeding/spotting y normal?

    • As Salam Fida,

      Pergilah rujuk kepada Doktor yang berhampiran untuk memastikan status kehamilan dan punca pendarahan tersebut ya. Ultrasound perlu diambil dan mungkin Duphaston to kuatkan rahim. Take care.

  28. assalam Dr.

    saya pernah mengalami keguguran februari lalu, ketika kandungan 7 minggu. saya mengalami bleeding dan apabila scan, doktor tidak nampak kantung (sac). saya ke hospital pakar untuk vaginal scan, dan blood test kerana doktor suspect ectopic pregnancy. selang sehari, saya diuji vaginal scan dan nampak kantung. buat pengetahuan Dr, saya sangat trauma dengan vaginal scan. selang beberapa hari, saya miscarriage tanpa DnC. bagi pendapat Dr, apakah punca miscarriage bagi kes saya terdahulu? dan apa yang saya harus lakukan untuk mengelakkan ia berlaku memandangkan saya kini mengandung 5 minggu. TK.

    • Wsalam Fazz,

      Punca keguguran semester pertama more than 50% disebabkan oleh bayi yang tidak sihat. Oleh itu, pergilah rujuk kepada doktor yang berhampiran mungkin pada kandungan berusia 6-7 minggu dengan pundi kencing penuh. Sekiranya berat badan Fazz tidak berlebihan ada kemungkinan besar kandungan kehamilan boleh dilihat dengan imbasan scan di perut sahaja. Diharapkan kehamilan ini selamat dan sihat hendaknya.

  29. Salam doktor,

    sy dh mengalami keguguran dua kali berturut-turut.kehamilan pertama saya cuma bertahan 7minggu,then doktor mengesahkan denyutan jantung janin tidak nampak.kandungan kedua saya bertahan 16 minggu,kemudian saya bleeding dan doktor mengesahkan bayi saya berhenti denyutan jantung dan tiada pergerakkan bayi.saya trauma untuk next pregnant.apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi?need ur guide.tq doktor

  30. Assalamuaikum doktor..kndungan sy baru 4mngu 5hari.. slps sy cek positf,asma saya kembali aktif dan batuk sangat kuat beserta kahak. Saya dah pergi ke klnik kesihtan ibu dan ank,tapi baru book buka buku pink,smsa di klinik sy disuruh ambil gas kerana asma teruk.sekrang waktu malam ari2 kiri saya sakit dan ngilu serta pinggang kiri sskit. Bila duduk lama pinggang belakang saya sakit bila baring baru ok.. adakah ari ari saya sakit akan mengakibatkan keguguran doc?atau punca ari ari sakit kerana batuk yang kuat?

    • Wsalam Eby,

      Pergilah mendapatkan rawtan agar asthma Eby dapat dikawal. Jika teruk batuk, mungkin ubat kuatkan rahim seperti duphaston boleh diambil disamping ubat asthma dan antibiotik jika perlu yang bersesuaian. Doktor boleh memeriksa apakah punca ari2 dan pinggang sakit, pastikan tiada kencing kotor. Diharapkan semuanya berjalan lancar buat Eby ya.

  31. saya mohon copy ye doctor..
    terima kasih.

  32. Assalammualaikum Doc,
    sy pernah gugur 2nd trimester miscarriage tahun lepas bulan 11.
    Baru-baru ini sy cek menggunakan upt result -ve. sy mengalami tanda-tanda kehamilan. sy mengambil keputusan untuk buat ujian di klinik.. result still sama.. tapi bila doctor scan, doc sah sy pregnant. last period sy 4 feb 2017 diaorg anggar hamil 8minggu mcm tu. hari ini keluar spotting brownish 7 lendiran. sampai sekarang upt memang -ve. itu bermakna sy mengandung @ sebaliknya ye doc?

    untuk pengetahuan doc masa 1st pregnancy sy sering alami spotting.

    Terima kasih Doc.

    • Wsalam Zety,

      Pergilah rujuk kepada doktor yang merawati Zety. Sekiranya sudah confirm hamil tetapi still spotting diagnosisnya ialah ‘threatened miscarriage’.
      Your upt might be false negative which stimes can happen. Scan is a more accurate test ya. Dr Tasha doakan agar kandungan sihat dan selamat dilahirkan kelak.

  33. hayati kamaruddin

    Salam doc..
    Sy last period 6/2/2017..seminggu lps tuh sy ke klinik n doc sahkn sy hamil 4 minggu sedangkan ikut perkiraan period sy sepatutnya hamil 6minggu tp xnampak apa2..lps 2 minggu sy check di klinik lain doc klinik tersebut bgtau yg janin sy usia 6minggu tp xnampak heartbeat slp check ikut vagina..doc minta sy dtg skali lg utk check heartbeat janin..pd 19/4/2017(2minggu kemudian) sy ke klinik lain (klinik 3) doc bgtau janin sy berusia 6minggu 5 hari..bila sy bgtau 2minggu lps sy check di klinik lain & janin usia 6minggu terus doc tersebut bgtau yg janin sy x berkembang & minta sy buat d&c@tggu janin gugur sendiri.
    Problem nye Sampai skrg sy sikit pun xkeluar darah@tanda2 gugur dari mula hamil hingha sekarang..selera masih ok cuma sejak hamil sy xalami alahan langsung.
    Jd doc apa patut sy buat?patut ke sy buat d&c kalau xde tanda2 gugur? Ada effect ke pd rahim sy? Janin akan gugur bila?? Sy takut sebenarnye..

    • Wsalam Hayati,

      Diharapkan Hayati dapat bersabar dan tabah menghadapi situasi ini. Terdapat 3 opsyen sekiranya confirm keguguran 1. Wait for natural miscarriage. Oleh itu, kadang-kala kita akan tunggu 2 weeks after the diagnosis. Simptom keguguran berlakunya pendarahan dan kesakitan seperti senggugut. Tisu-tisu (Product of conception) akan selalunya keluar bersama darah melalui faraj. 2. Medical treatment. Ubat boleh diberikan untuk mempercepatkan proses keguguran. 3. DD+C. Berbincanglah mengenai opsyen tersebut. Tidak salah sekiranya tunggu untuk 1-2 minggu lagi jika masih was2 untuk melaKukan DD&C.

  34. qobiltu, izin mengamalkan…

  35. Salam Dr .Saya Fatin . Terima kasih atas info yang doktor bagi pada saya . pada awal kehamilan saya mengalami thretened mischarrage , selepas makan ubat kuat rahim dan tak henti2 amalkan zikir Ya Mubdi dari usia kandungan 1 bulan hingga sekarang usia kandungan saya dan pun masuk 3 bulan . Alhamdulillah . saya bersyukur pada Allah . dulu hampir setiap hari saya berfikiran negatif terhadap bayi risaukan keadaan dia. tapi alhamdulillah sekarang baby dapat bertahan sehingga 3 bulan . saya berharap bayi saya akan sihat sehingga saya bersalin 9 bulan 10 hari . aamiin .

    • Wsalam Fatin,

      Alhamdulillah and syukur kepadaNya. Insha Allah baby akan kekal sihat dan dapat dilahirkan dengan selamat bila cukup bulan. Teruskanlah berdoa and berzikir ya.

  36. Salam doctor..Sy pernah keguguran bln 8/2022 complete..4 bln slpas itu Sy pregnant lgi Dan Sy jumpa doctor utk scan..kndungn usia 6 mnggu, namun Sy kerap sakit ari2 Dan keluar darah coklat sikit2 Dan jgk darah merah sikit2 lbih seminggu.. doctor bgithu ini normal namun Sy risau… boleh doctor explain adakah ini sesuatu yg tdk baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: