Gejala masalah ketidaksuburan di kalangan pasangan Malaysia telah meningkat sejak kebelakangan ini. Isu fertiliti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia juga mengalami masalah tersebut. Ini menyumbang kepada peningkatan rawatan kesuburan termasuklah rawatan IVF.
Kaum wanita yang melalui rawatan IVF ini terpaksa diberikan hormon dalam bentuk suntikan setiap hari untuk tempoh yang tertentu. Ini bertujuan untuk merangsangkan kilang ovari untuk mengeluarkan telur yang berlebihan. Folikel-folikel yang mengandungi telur di dalam ovari ini akan membesar, mematang dan seterusnya disedut melalui prosedur yang dinamakan ‘oocyte retrieval’. Pada kebanyakan kes sebanyak 10-15 biji telur akan berjaya diperolehi dari wanita yang menjalani rawatan IVF tersebut. Tidak hairanlah sekiranya, ada yang bertanya-tanya samada prosedur tersebut akan menyebabkan seseorang wanita yang menjalani rawatan IVF tersebut menopaus lebih awal, kerana dia telah menggunakan telur-telur tersebut dari kilang ovarinya.

Menopaus selalunya berlaku apabila seseorang wanita berumur dalam linkungan 50-51 tahun. Ianya berlaku apabila kesemua telur yang berada di dalam kilang ovarinya sudah kehabisan. Ini seterusnya akan mengakibatkan wanita tersebut putus haid. Oleh itu, ianya juga menandakan yang hayat reproduktifnya sudah berakhir.
🦋 Jawapan pantas
- Rawatan IVF tidak menyebabkan menopaus lebih awal — ini tanggapan yang tidak benar.
- Setiap bulan tubuh wanita sudah menetapkan bilangan folikel yang akan berkembang; ubat hormon tidak ‘menghabiskan’ telur lebih cepat.
- Menopaus lazimnya berlaku sekitar umur 50–51 tahun, apabila telur di dalam ovari habis.
- Namun, wanita yang ‘poor responder’ (respon rendah kepada gonadotrophin) mungkin mengalami menopaus lebih awal.
- Bincangkan kebimbangan anda dengan pakar fertiliti.
Adakah wanita yang menjalani rawatan IVF akan menjadi menopaus lebih awal?
Ini adalah tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku ialah pada tiap-tiap bulan, badan seseorang wanita sudah menetapkan berapa folikel yang akan berada di dalam kilang ovari. Dengan berlakunya perubahan hormon, hanya 1 atau 2 biji folikel sahaja yang akan membesar, mematang dan pecah sewaktu masa ovulasi. Folikel-folikel yang lain akan perlahan-lahan mengecil dan diserap. Akan tetapi, apabila rawatan IVF dilakukan, folikel-folikel yang sudahpun berada di dalam kilang ovari tersebut pada bulan tersebut semuanya akan membesar, mematang apabila ubat-ubatan ransangan hormon diberikan. Kenyataan ini telah disahkan oleh beberapa kajian yang telah dijalankan di mana tiada kaut paut yang didapati antara menopaus pada umur yang lebih awal di kalangan wanita yang telah menjalankan rawatan IVF (1).
Wanita yang ‘poor responder’ akan menopaus lebih awal
Akan tetapi, kajian yang lain juga telah membuktikan bahawa wanita yang memberikan respon yang rendah kepada rangsangan ubat hormon (i.e gonadotrophin) semasa rawatan IVF adalah petanda awal yang wanita tersebut akan mengalami menopaus pada umur yang lebih awal. Wanita tersebut dikenali sebagai ‘poor responder’ disebabkan oleh latar belakang yang dia mempunyai ‘ovarian reserve’ yang rendah. Jadi tidak hairanlah dengan mempunyai folikel dan telur yang berkurangan di dalam ovarinya, wanita tersebut akan menjadi menopaus seawal umur 46 tahun atau sebelumnya. (2)
Soalan lazim
Adakah rawatan IVF membuat wanita menopaus lebih awal?
Tidak. Ini tidak benar. Setiap bulan tubuh wanita sudah menetapkan berapa folikel yang akan berkembang; ubat hormon tidak mempercepat kehabisan telur.
Siapakah yang mungkin menopaus lebih awal?
Kajian menunjukkan wanita yang memberi respon rendah (‘poor responder’) kepada rangsangan gonadotrophin mungkin mengalami menopaus lebih awal.
Bilakah menopaus biasanya berlaku?
Menopaus lazimnya berlaku pada umur sekitar 50–51 tahun, apabila kesemua telur dalam ovari telah habis.
Adakah IVF selamat untuk simpanan telur jangka panjang?
Berdasarkan kajian, rangsangan gonadotrophin untuk ART tidak mempercepat proses penuaan ovari atau menopaus. Wanita ‘poor responder’ sebaliknya berkemungkinan sudah mempunyai simpanan telur yang lebih rendah.
Sumber
- Elder K, Mathew T, et al. Impact of gonadotrophin stimulation for ART on ovarian ageing and menopause. Reprod Biomed Online.
- de Boer EJ, Den Tonkelaar I, et al. Low number of retrieved oocytes at IVF treatment is predictive of early menopause. Fertil Steril. 2002;77:9.
- HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
Baca juga: Ovarian reserve & ujian AMH.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
Rujukan
1. Elder K, Mathew T et al. Impact of gonadotrophin stimulation for assisted reproductive technology on ovarian ageing and menopause. Reprod Biomed Online 2008;16: 611-16
2. de Boer EJ, Den Tonkelaar I et al. Low number of retrieved oocytes at IVF treatment is predictive of early menopause. Fertil Steril 2002; 77: 978-85.



