Sakit semasa melakukan hubungan seks

Sakit semasa melakukan hubungan seks

Terdapat ramai wanita yang mengalami masalah kesakitan semasa melakukan hubungan seks. Akan tetapi wanita tersebut mungkin malu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dari doktor kerana merasakan masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan. Mungkin juga wanita tersebut tertanya-tanya dan takut sekiranya terdapat masalah dengan dirinya. Dia juga merasakan sedih kerana menyangkakan yang hubungan intim sepatutnya adalah suatu yang indah yang dapat dikongsi antara dirinya dan pasangannya.  Bagi wanita yang ingin hamil pula kesakitan semasa hubungan intim boleh menyebabkan dirinya mengelakkannya pula.

🦋 Jawapan pantas

  • Sakit semasa hubungan seks (dyspareunia) adalah masalah yang ramai wanita alami tetapi malu dibincangkan.
  • Punca fizikal: kurang lubrikasi, endometriosis, infeksi faraj, abnormaliti anatomi dan vaginismus.
  • Punca psikologi juga boleh menyumbang, terutamanya pada wanita yang pernah mengalami pengalaman trauma.
  • Pelincir boleh membantu masalah kurang lubrikasi.
  • Jumpa doktor untuk pemeriksaan — kebanyakan punca boleh dirawat.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim

Faktor-faktor berikut boleh mengakibatkan masalah kesakitan semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan. Ianya merangkumi faktor fizikal mahupun psikologi

1. Kurang lubrikasi semasa hubungan intim.

Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal rahim yang bertindak sebagai lubrikasi atau pelincir. Sekiranya kekurangan ‘foreplay’ sebelum penetrasi dilakukan, terdapat kekurangan cecair pelincir dan boleh menyebabkan rasa ‘kering’ atau sakit semasa hubungan seksual. Pertukaran hormon terutamanya apabila hormon estrogen berkurangan seperti selepas melahirkan, menyusu badan dan juga selepas menopaus boleh juga mengurangkan pengeluaran cecair pelincir yang diperlukan semasa hubungan seksual ini.

Untuk mengatasi masalah kurang lubrikasi, terdapat beberapa cecair pelincir yang boleh digunakan untuk pasangan tersebut. Akan tetapi bagi pasangan yang ingin hamil, gunakan cecair pelincir yang sesuai yang ‘sperm-friendly’ seperti Preseed.

2. Endometriosis

Wanita yang mempunyai masalah endometriosis juga mungkin akan mengalami masalah sakit semasa hubungan intim, terutamanya semasa penetrasi dalam yang dilakukan oleh pasangannya. Ini boleh menyebabkan wanita tersebut kurang ingin melakukan hubungan seksual disebabkan kesakitan yang akan dialaminya.

3. Infeksi Faraj atau Luka

Kadang-kala infeksi di faraj boleh juga menyebabkan kesakitan semasa hubungan intim dilakukan. Hendaklah pergi periksa dengan doktor sekiranya terdapat keputihan atau lendir hijau atau kuning keluar dari faraj terutamanya sekiranya ia berbau.

4. Masalah abnormaliti anatomi faraj

Setengah-tengah wanita mungkin dilahirkan dengan abnormaliti pada farajnya dan ini boleh menyebabkan rasa kesakitan semasa hubungan intim dilakukan.

5. ‘Vaginismus’

‘Vaginismus’ adalah satu kondisi di mana terdapat ‘spasm’ atau kekejangan pada otot di dinding vagina yang boleh menyebabkan kesakitan yang kuat pada saat penetrasi oleh pasangan lelaki.

6.  Masalah psikologi

Segelintir wanita mungkin juga akan menghadapi masalah sakit semasa hubungan intim disebabkan oleh masalah psikologi. Ini kerap berlaku pada wanita yang tengah menghadapi tekanan emosi atau pernah mengalami sejarah penganiayaan seksual.

Sekiranya anda kerap mengalami masalah sakit semasa hubungan seksual, hendaklah mendapat nasihat dari doktor anda agar pemeriksaan dan rawatan sesuai yang selanjutnya boleh dilakukan.

Soalan lazim

Apakah punca sakit semasa hubungan seks?

Antaranya kurang lubrikasi, endometriosis, infeksi faraj, abnormaliti anatomi faraj, vaginismus (kekejangan otot faraj) dan faktor psikologi.

Adakah masalah ini biasa?

Ya, ramai wanita mengalaminya, tetapi ramai yang malu untuk mendapatkan rawatan. Ia bukan perkara yang perlu ditanggung secara senyap.

Apakah itu vaginismus?

Keadaan di mana otot dinding vagina mengalami kekejangan yang boleh menyebabkan kesakitan kuat semasa hubungan intim.

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit berlaku berulang kali atau menjejaskan hubungan anda, dapatkan pemeriksaan doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. NHS — Endometriosis

Baca juga: Endometriosis.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading