Blog Archives

Pilih jantina bakal anak. Teknologi Sains atau takdir?

Anak lelaki atau perempuan? Persoalan ini telahpun menjadi isu perbincangan hangat semenjak berkurun-kurun lamanya di mana setengah-tengah masyarakat memberikan penekanan yang lebih untuk mendapatkan bayi lelaki.  Kepercayaan ini boleh dilihat terutamanya di kalangan kaum Cina. Ini ialah kerana hanya bayi lelaki sahaja yang dapat membawa nama keluarga tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kaum wanita diberikan tekanan untuk mengandung dan melahirkan bayi lelaki sebagai mewarisi dan penyambung kepada nama keluarga mereka untuk generasi akan datang. Keadaan ini lebih dirumitkan dimana terdapat polisi ‘anak satu’ di negara China yang membawa kepada gejala pembunuhan dengan sengaja bayi-bayi perempuan yang telah dilahirkan.

gender symbol

 

Sebab ingin memilih jantina bakal anak yang dilahirkan

Terdapat beberapa alasan kenapa setengah-tengah pasangan ingin memilih jantina untuk bakal anak mereka. Antaranya ialah kerana kepercayaan masyarakat atau kaum masing-masing, lebih gemarkan sesuatu jantina atau sudah mempunyai anak-anak yang mempunyai satu jantina sahaja. Tidak dinafikan ada setengah-tengah alasan adalah munasabah kerana terdapat masalah genetik yang dibawa pada setengah-tengah jantina sahaja. Bayi yang mempunyai jantina tersebut akan mewarisi penyakit genetik yang boleh mencacatkan atau memberi maut kepadanya.

PGD

Menggunakan kaedah Sains untuk pemilihan jantina anak dengan 100% tepat

Sebenarnya memang terdapat kaedah Sains yang dapat menentukan jantina bakal anak sebelum ianya diletakkan ke dalam rahim. Akan tetapi ianya memerlukan pasangan tersebut melakukan rawatan IVF. Prosedur ini dinamakan ‘Preimplantation Genetic Diagnosis’. (PGD) Selepas proses persenyawaan telah berlaku, satu sel dari embrio yang terbentuk akan diambil dan ujian akan dilakukan untuk menentukan sama ada ianya bakal menjadi bayi lelaki atau pun perempuan.  Oleh itu, sekiranya pasangan tersebut mengingini bayi lelaki ataupun perempuan, embrio dengan jantina yang ‘betul’ sahaja akan dipindahkan semula ke dalam rahim wanita pasangan tersebut.

 

baby-girl-and-boy-800x600

 

Dari segi Islam

Apakah hukumnya memilih jantina anak ini? Tidak salah rasanya sekiranya suatu pasangan itu menginginkan sesuatu jantina untuk bayinya disebabkan musabab tersendiri. Bolehlah mengamalkan ayat-ayat Al-Quran sebagai ikhtiar atau usaha agar Tuhan memakbulkan kehendak tersebut. Akan tetapi, untuk ‘campur tangan’ sehingga sanggup menggunakan teknologi sains yang terkini bagi mereka memilih jantina ‘betul’ yang diingini untuk bakal anak mereka kerana alasan tekanan ‘sosial’ atau ‘kehendak masyarakat’ mungkin agak keterlaluan. Ini ialah kerana apabila teknologi PGD digunakan selalunya embrio berlebihan akan dihasilkan. Oleh itu, apakah yang akan terjadi dengan embrio yang ‘salah’ jantina? Adakah ianya sekarang akan dibuang atau apakah nasib yang akan menimpanya?

Kesimpulannya, kita sebagai manusia boleh berusaha dan beriktiar agar mendapatkan keturunan. Anak lelaki mahupun perempuan pada asasnya adalah sama sahaja kerana mereka adalah pemberian dan amanat yang paling berharga dariNya.

Untuk membaca selanjutnya mengenai isu ini:

 THE RAKYAT POST,  “BABY GENDER SELECTION: A PRESSING NEED FOR CLEAR GUIDELINES” 

 

 

versace-baby

Apa yang perlu anda tahu mengenai kandungan luar rahim


sperm1. Apakah kandungan luar rahim?

Kandungan luar rahim juga dikenali sebagai kandungan ektopik. Ini ialah apabila seorang wanita disahkan hamil tetapi kandungannya berapa di luar rahim. 90% kandungan luar rahim berada di dalam saluran peranakan (‘Fallopian tube’). Jarang-jarang kandungan ektopic boleh berlaku di kilang telur, dalam ‘abdomen’ dan juga pada pangkal rahim.

2. Bagaimanakah kandungan luar rahim boleh berlaku?

Pada kebiasaannya, apabila seseorang wanita akan mengalami ovulasi pada waktu suburnya. Telur ini akan memasuki saluran peranakannya, bertemu dengan sperma pasangannya dan persenyawaan akan terjadi. Embrio yang terbentuk seterusnya akan turun ke dalam rahim dan implantasi akan berlaku. Akan tetapi, kandungan luar rahim berlaku sekiranya embrio yang terbentuk tidak turun ke dalam rahim, tetapi implantasi terjadi di dinding saluran peranakan pula. Saluran peranakan adalah nipis berbanding dengan dinding rahim, jadi implantasi embrio akan menyebabkan dinding saluran peranakan pecah dan pendarahan dalaman boleh berlaku.

3. Bolehkah kandungan luar rahim dimasukkan semula ke dalam rahim?

Buat masa ini, kita tidak mempunyai teknologi untuk berbuat demikian. Oleh itu, apabila kandungan ektopik berlaku kita terpaksa memberikan rawatan yang bersesuaian sama ada dengan pembedahan atau pengambilan ubat.

4. Siapakah mempunyai risiko untuk mendapat kandungan luar rahim ini?

  • Pernah mempunyai sejarah mengalami kandungan luar rahim
  • Berumur >35 tahun ke atas
  • Mengandung dengan alat IUD di dalam rahim sebagai pencegah kehamilan
  • Mengandung selepas menjalani rawatan kesuburan seperti IUI
  • Mempunyai masalah kesuburan
  • Mempunyai latarbelakang infeksi saluran peranakan seperti penyakit kelamin berjangkit (‘STD’)
  • Mengandung setelah mempunyai sejarah pembedahan mengikat saluran peranakan (‘Bilateral tubal ligation’)

5.  Apakah risiko untuk saya mendapat kandungan luar rahim buat kali kedua?

Peluang untuk mendapat kandungan luar rahim seterusnya ialah 10-15%. Oleh itu, sekiranya anda pernah mengalami kandungan luar rahim, anda perlu rujuk kepada doktor untuk kandungan seterusnya untuk membuat imbasan scan seawal 5-6 minggu untuk memastikan yang kandungan berada di dalam rahim.

6. Apakah simptom-simptom yang mungkin berlaku jika mengandung kandungan luar rahim?

  • Setengah-tengah tidak mengalami apa-apa simptom pun. Kandungan luar rahim dikesan dengan imbasan scan pada awal kandungan.
  • Sakit perut
  • Pengsan kerana berlaku pendarahan yang banyak di dalam perut disebabkan saluran peranakan pecah

7. Bagaimanakah kandungan luar rahim dapat dikesan?

  • Melalui imbasan pelvis pada peringkat awal kehamilan. Sekiranya anda mengandung dan kantung atau bayi tidak dapat di dalam rahim, doktor akan mengesyaki kandungan luar rahim
  • Pesakit mempunyai simptom-simptom kandungan luar rahim dan imbasan pelvis mengesahkan kondisi ini.

Kandungan luar rahim. Pembedahan laparoskopi.  Arrow Biru: Rahim normal. Arrow Merah: Kandungan ektopik di dalam tiub kiri.  Sources: Wikipedia.org

8. Apakah rawatan yang boleh diberikan untuk kandungan luar rahim?

  • Pemantauan Rapi. Setengah-tengah kandungan luar rahim akan gugur dengan sendirinya.
  • Pembedahan untuk membuang kandungan luar rahim tersebut. Ini selalunya akan membabitkan pembuangan saluran peranakan yang terlibat sama. (‘Salpingectomy’)
  • Pemberian ubat Methotrexate melalui suntikan (Ubat kanser akan ‘mematikan’ kandungan luar rahim tersebut)

Doa untuk Kuatkan Rahim dan Elakkan keguguran

pregnancy1

Tahniah doktor Tasha ucapkan kepada ibu-ibu atau pasangan yang telah berjaya hamil. Akan tetapi, hendaklah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi sekiranya puan mengandung selepas menjalani rawatan IVF untuk mengurangkan risiko keguguran.

Di dalam artikel pendek ini doktor ingin berkongsi doa dan zikir yang diharapkan dapat diamalkan oleh bakal-bakal ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.

Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:

1.Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:

hijr1hijr2hijr3

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

2. Membaca zikir Ya Mubdi.    https://i1.wp.com/cdn.islamiclyrics.net/wp-content/uploads/2009/01/al_mubdi.png  Bermaksud Pencipta

Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa tersebut di bawah:

Maksudnya: 

Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

Sekiranya keguguran masih juga berlaku. Hendaklah bersabar dan tawakal dengan kehendakNya. Jika keguguran berlaku beberapa kali  anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Beberapa ujian mungkin akan dilakukan untuk memastikan sama ada terdapat faktor yang menyebabkan keguguran berulangkali. Di samping itu, ubat kuatkan rahim dan langkah-langkah seterusnya boleh diambil untuk mengurangkan keguguran berlaku.