Pasangan Malaysia kurang kesedaran mengenai masalah kesuburan
Harian Metro, 28 July 2014.
Oleh Siti Zarinah Sahib
“Doktor saya sudah berkahwin selama setahun, tetapi masih belum hamil. Bagaimana cara untuk cepat dapat anak kerana ibu sudah bising dan bertanya bila dia dapat menimang cucu. Saya sangat tertekan, tambahan pula dengan pertanyaan rakan di pejabat yang mengatakan saya merancang sedangkan saya tidak menggunakan sebarang perancang keluarga,” kata Maslina, 30, ketika bertemu pakar sakit puan bagi membincangkan masalah kesuburannya.
Sukar hamil atau masalah kesuburan antara masalah kesihatan yang perlu dipandang serius. Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, dari 1963 sehingga 2014, jumlah kadar kesuburan semakin menurun daripada 6.1 kepada 2.1. Walaupun ia belum ke paras drastik seperti Hong Kong, Korea dan Singapura, penurunan ini sudah tentu mengurangkan populasi dan menyumbang kepada fenomena serius populasi yang semakin tua pada masa depan sekali gus mempengaruhi ekonomi negara.
Untuk membaca dengan lebih lanjut artikel ini. Sila KLIK di sini
Posted on August 7, 2014, in Uncategorized and tagged ingin hamil, IVF, IVF Malaysia, kurang kesedaran masalah kesuburan, TTC. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0