Tips untuk memastikan rawatan IVF anda berjaya

Tips untuk memastikan rawatan IVF anda berjaya

“Doktor adakah caranya untuk saya tingkatkan kejayaan rawatan IVF saya?”

Dr Tasha selalunya akan menasihati pesakit agar membuat persediaan 2-3 bulan sebelum menjalani rawatan IVF mereka. Ini adalah memastikan agar rawatan IVF mereka mendapat kejayaan yang tinggi. Persediaan ini rawatan IVF seumpama kita membuat persediaan untuk sebarang peperiksaan di sekolah atau universiti dahulu. Persediaan yang elok sebelum peperiksaan selalunya akan memberikan keputusan peperiksaan yang lebih bagus. Begitu jualah dengan rawatan IVF, walaupun IVF mempunyai kejayaan yang agak tinggi, ramai bertanggapan yang IVF adalah ‘magic bullet’ untuk hamil.

🦋 Jawapan pantas

  • Buat persediaan 2–3 bulan sebelum rawatan IVF.
  • Faktor utama kejayaan: umur, kualiti & kuantiti telur, kualiti sperma, embrio dan rahim.
  • Ambil asid folik, multivitamin, minyak ikan (omega-3) dan CoQ10.
  • Omega-3 membantu menstabilkan hormon, mengurangkan inflamasi dan meningkatkan aliran darah ke rahim.
  • Kualiti telur dan sperma yang baik menghasilkan embrio yang berkualiti.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan IVF:

  • Umur pasangan wanita
  • Kualiti telur wanita
  • Kuantiti telur wanita
  • Sperma lelaki
  • Kualiti embrio yang terhasil
  • Rahim untuk implantasi embrio

Ambil analogi menanam pokok. Kita akan memastikan tanah itu mengandungi nutrien yang diperlukan untuk pokok tersebut. Air yang secukupnya akan diberikan. Sekiranya perlu baja juga akan ditambah.

Oleh itu, untuk memastikan penghasilan embrio yang elok, kita memerlukan telur dan  sperma yang berkualiti. terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan telur dan sperma yang terhasil berkualiti elok.

Mengambil vitamin dan suplemen

1. Folik asid. Vitamin folik asid adalah sejenis vitamin B9 yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah dan DNA. Oleh itu, untuk memastikan pembentukan embrio yang elok dan sperma yang berkualiti, folik asid supplemen sekurang-kurang 400mcg diperlukan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi anda sehingga 60-70%.

2. Multivitamin. Kekurangan zat-zat dan mineral boleh juga menyebabkan tahap kesihatan anda terjejas. Ini termasuklah juga kualiti telur dan sperma. Oleh itu, pengambilan satu multivitamin setiap hari agar memastikan anda tidak mengalami kurangan zat-zat penting yang diperlukan.

3. Minyak ikan / Fish oil yang mengandungi omega 3.

Omega 3 fatty acid mengandungi DHA (Docosahexaenoic acid) & EPA (Eicosapentaenoic acid) yang penting untuk:

  • Regulasi kestabilan paras hormon di dalam badan
  • Mengurangkan inflamasi terutamanya di bahagian pelvis wanita
  • Menambahkan pengaliran darah kepada bahagian rahim yang penting agar lapisan dinding rahim yang elok terbentuk
  • Memperbaiki kitaran haid anda
  • Mendapatkan lendiran cervix yang lebih baik semasa waktu subur anda
  • Untuk ovulasi
  • Kualiti sperma yang lebih elok

Di samping itu, kajian saintifik telah membuktikan yang bayi yang mendapat bekalan omega 3 yang mencukupi semasa hamil mempunyai pembentukan otak yang lebih cerdas dan mata yang lebih sihat. Hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 1000-2000mg minyak ikan setiap hari. DHA 200-300 miligram dan EPA 220 miligram setiap hari.

4. Coenzyme Q 10

Adalah sejenis anti-oxidan yang penting untuk memastikan kualiti telur dan sperma adalah tinggi. Kalau boleh pastikan coezyme Q10 supplemen anda adalah dalam bentuk ‘ubiquinol’. ‘Ubiquinol’ berbanding ‘Ubiquinone’ mempunyai kesan yang lebih kuat. Dos yang disarankan adalah antara 100-300mg setiap hari.

 

Soalan lazim

Bagaimana boleh meningkatkan kejayaan rawatan IVF?

Buat persediaan 2–3 bulan sebelum rawatan, pastikan kualiti telur dan sperma baik, serta ambil vitamin dan suplemen yang disyorkan. Persiapkan juga rahim untuk implantasi.

Apakah vitamin dan suplemen yang membantu?

Asid folik (vitamin B9), multivitamin, minyak ikan yang mengandungi omega-3, dan Coenzyme Q10.

Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan IVF?

Umur pasangan wanita, kualiti dan kuantiti telur, sperma lelaki, kualiti embrio yang terhasil, dan rahim untuk implantasi embrio.

Apakah manfaat omega-3?

Omega-3 (DHA & EPA) membantu menstabilkan hormon, mengurangkan inflamasi terutama di pelvis, meningkatkan aliran darah ke rahim, memperbaiki kitaran haid, lendir serviks dan ovulasi, serta meningkatkan kualiti sperma.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — Pregnancy vitamins and supplements

Baca juga: Tips tingkatkan kualiti telur.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading