Atasi masalah hubungan seks anda dengan suami. Kenali sistem reproduktif anda – Bahagian 1.

Atasi masalah hubungan seks anda dengan suami. Kenali sistem reproduktif anda – Bahagian 1.

“Doktor,  saya mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim. Saya langsung tidak merasa terangsang semasa melakukan dengan suami saya. Adakah ini normal? Bagaimana boleh saya atasi masalah ini?”

Masalah mengenai hubungan intim kerap kali diberitahu kepada Dr Tasha semasa konsultasi di klinik. Ramai wanita agak malu-malu pada mulanya untuk menimbulkan masalah tersebut kerana menganggap ianya ‘rahsia rumahtangga’ akan tetapi tidak dinafikan isu ini agak penting dan tidak dapat dilari darinya terutama bagi pasangan yang sedang TTC.

 

1. Apakah sistem reproduktif wanita?
Sistem reproduktif wanita adalah penting bagi seseorang wanita agar ianya dapat hamil dan melahirkan anak. Ianya terdiri daripada dua bahagian:
a. Bahagian luar
b. Bahagian dalam

🦋 Jawapan pantas

  • Mengenali tubuh sendiri membantu mengatasi masalah semasa hubungan intim.
  • Bahagian luar sistem reproduktif wanita: labia majora, labia minora, kelenjar Bartholin dan klitoris.
  • Klitoris ialah struktur utama yang merangsang rasa nikmat.
  • Setiap wanita berbeza — cuba kenal pasti apa yang merangsang anda.
  • Jika sakit berterusan terutama semasa penetrasi, jumpa doktor.

2. Apakah bahagian luar reproduktif wanita?

Ianya terdiri dari beberapa struktur seperti di bawah:

Labia majora
Labia majora bermaksud bibir besar kerana ianya berbentuk seakan-akan bentuk bibir. Ianya melindungi dan menutupi bahagian sistem reproduktif wanita yang lain. Ia terdiri dari kelenjar peluh dan minyak serta diselaputi oleh bulu.

Labia minora
Labia minora pula bermaksud bibir kecil kerana ianya juga berbentuk seperti bibir yang ditutupi oleh labia majora. Struktur ini mengelilingi pembukaan faraj (faraj) dan lubang air kencing (urethral meatus).

Kelenjar Bartholin
Kelenjar tersebut terletak pada pembukaan faraj dan merembeskan mucus terutama yang bertindak sebagai pelincir semasa hubungan intim.

Klitoris
Adalah struktur yang terletak pada pada bahagian paling atas di mana labia majora dan minora bersambung. Ia adalah struktur yang mirip seperti buah zakar di dalam kaum lelaki. Klitoris adalah organ reproduktif wanita yang sangat sensitif kerana ianya terdiri dari urat-urat saraf mampu dirangsangkan semasa hubungan intim.

Tips untuk hubungan intim:

  1. Kenali tubuh badan anda. Cuba perhatikan bahagian luar sistem reproduktif anda. Kemudian jika suami juga tidak arif. Anda boleh mengajar pada pasangan anda pula.
  2.  Kenal pasti bahagian klitoris kerana struktur ini boleh membantu anda mengatasi masalah semasa melakukan hubungan intim. Ianya mungkin juga boleh membantu untuk mengalami ‘orgasm’ semasa hubungan seksual bersama pasangan anda. Rangsangan ke atas klitoris boleh dilakukan dengan beberapa cara.
  3. Mungkin anda perlu melakukan ‘trial and error’ untuk mengetahui apa yang merangsang anda dan apa yang tidak merangsangkan anda. Ini bergantung kepada individu dan pasangan mereka masing-masing.

Selamat mencuba! Jika masalah masih dihadapi terutamanya semasa penetrasi, mungkin lebih elok  berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan wanita tersebut tidak mempunyai abnormaliti kepada sistem reproduktifnya yang menjadi punca masalah tersebut.

Ikuti post blog seterusnya. Kenali pula bahagian dalam sistem reproduktif wanita.

Soalan lazim

Apakah sistem reproduktif wanita?

Ia sistem organ yang penting untuk kesuburan dan kehamilan, merangkumi bahagian luar dan dalam.

Apakah bahagian luar reproduktif wanita?

Antaranya labia majora, labia minora, kelenjar Bartholin dan klitoris.

Apakah fungsi klitoris?

Klitoris ialah struktur yang sangat sensitif dan memainkan peranan penting dalam rasa nikmat semasa hubungan intim.

Apa yang perlu dilakukan jika sakit semasa hubungan intim?

Kenali tubuh anda sendiri, kenal pasti kawasan yang merangsang, dan jika sakit berterusan terutama semasa penetrasi, berjumpalah doktor.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility

Baca juga: Sakit semasa melakukan hubungan seks.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading