Atasi masalah hubungan seks anda dengan suami. Kenali sistem reproduktif anda – Bahagian 2

Atasi masalah hubungan seks anda dengan suami. Kenali sistem reproduktif anda – Bahagian 2

Post blog kali ini bersambung dengan entry sebelum ini. Untuk post blog ini Dr Tasha akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai bahagian dalam sistem reproduktif wanita pula.

Bahagian Dalam Sistem reproduktif wanita

reproduktifsystem

Bahagian Dalam sistem reproduktif wanita terdiri dari beberapa struktur seperti berikut:

🦋 Jawapan pantas

  • Organ reproduktif wanita: vagina, rahim, ovari dan tiub fallopio.
  • Endometrium ialah lapisan paling dalam rahim, tempat embrio melekat (implantasi).
  • Ovari menghasilkan telur dan hormon (estrogen, progesteron).
  • Tiub fallopio ialah tempat persenyawaan telur dan sperma berlaku.
  • Memahami anatomi asas membantu anda memahami punca dan rawatan masalah kesuburan.

Apakah organ-organ reproduktif wanita?

Vagina
Vagina ataupun faraj adalah saluran yang menyambung bahagian luar reproduktif sistem wanita dengan pangkal rahim (serviks). Ianya terdiri dari otot-otot yang boleh mengembang dan mengecut semasa hubungan intim sewaktu wanita tersebut mengalami ‘orgasm’. Vagina juga terdiri dari beratus-ratus urat-urat saraf yang boleh dirangsang semasa hubungan intim.

Terdapat satu bahagian di dalam vagina yang dinamakan ‘G spot’. Ini terletak pada bahagian atas pada jam 12 lebih kurang 2-5 cm di belakang pembukaan saluran kencing (urethral meatus). Tidak semua wanita akan terangsang atau menjumpai ‘G spot’ tersebut, tetapi tidak salah jika anda cuba mencarinya semasa hubungan intim bersama suami anda.

Serviks
Serviks adalah pangkal rahim. Ini adalah struktur di mana sampel untuk ujian saringan Pap Smear akan diambil. Pembukaan di dalam serviks membenarkan sperma dari lelaki untuk memasuki rahim dan seterusnya ke dalam saluran peranakan untuk mempersenyawakan ovum atau telur yang matang.

Rahim

Rahim

Rahim adalah organ reproduktif wanita yang penting untuk implantasi embrio yang telah dipersenyawakan dan pembesaran bayi sehingga dilahirkan. Dinding Rahim terdiri daripada 3 lapisan iaitu endometrium, myometrium dan perimetrium.

• Endometrium: Lapisan paling dalam sekali. Di mana telur yang sudah dipersenyawakan akan ‘implan’ ke dalam lapisan ini. Lapisan ini jugalah yang akan terlerai dan jatuh sebagai haid bersama telur yang tidak dipersenyawakan sekiranya tiada kehamilan berlaku
• Myometrium: Lapisan tengah rahim. Ianya terdiri dari otot-otot yang mengembang dan mengecut.
• Perimetrium: Lapisan paling luar rahim. Ianya berfungsi sebagai pelindung luar rahim wanita.

Ovari

Ovari
Setiap wanita mempunyai 2 ovari. Satu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri. Saiznya adalah 3x2x1cm dan berbentuk bujur. Ia terdiri dari folikel-folikel yang mengandungi telur yang tidak matang. Setiap bulan hanya satu sahaja folikel akan terpilih untuk membesar dan telur di dalamnya akan mematang serta dirembeskan keluar untuk masuk ke dalam saluran peranakan. Di samping itu, ovari juga mengeluarkan hormon-hormon penting untuk fungsi sistem reproduktif wanita.

Saluran peranakan (tiub fallopio)

Soalan lazim

Apakah organ-organ reproduktif wanita?

Vagina (faraj), rahim, ovari dan tiub fallopio. Setiap satunya memainkan peranan penting dalam kesuburan dan kehamilan.

Apakah itu endometrium?

Lapisan paling dalam dinding rahim, di mana telur yang telah disenyawakan akan menempel (implantasi) untuk membentuk kehamilan.

Apakah fungsi ovari?

Ovari menghasilkan telur dan hormon seperti estrogen dan progesteron yang mengawal kitaran haid dan kesuburan.

Apakah fungsi tiub fallopio?

Tiub fallopio ialah saluran tempat telur dan sperma bertemu dan persenyawaan berlaku, sebelum embrio bergerak ke rahim.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. HFEA — Fertility treatments

Baca juga: Kandungan luar rahim dan lapisan rahim optimum.

Hubungi kami untuk temujanji

Saluran peranakan (Tiub fallopio)
Wanita mempunyai dua saluran peranakan. Satu di sebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri. Ia adalah struktur tiub yang halus sepanjang 10 cm yang berfungsi untuk membawa telur yang telah matang dari kilang ovari untuk dipersenyawakan oleh sperma.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading