Rahim atau Telur yang Tua?

70yearoldwoman

Baru-baru ini Dr Tasha terlihat gambar di dalam social media menunjukkan seorang wanita yang berumur 70an di India yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya. Wanita tersebut dikatakan telah berjaya hamil setelah melakukan rawatan IVF buat kali ketiga. Mungkin wanita tersebut adalah wanita tertua di dunia yang telah berjaya melahirkan anak!

Masalah Rahim atau Telur yang tua di kalangan wanita berusia matang?

Mengikut statistik, wanita tertua yang hamil selepas rawatan IVF menggunakan telurnya sendiri berumur 47 tahun. Ini ialah kerana masalah utama di kalangan wanita berusia 40an ke atas ialah kualiti dan kuantiti telur yang rendah. Oleh itu, besar kemungkinan wanita yang berusia 50an yang telah berjaya hamil telah menggunakan telur yang telah diberikan oleh wanita yang lebih muda ie ‘egg donor’.

https://drnatashanorfertility.files.wordpress.com/2014/05/fertility-and-age-effect-on-egg.jpg?w=604

Jika dilihat dari gambarajah di atas sebaik sahaja seseorang wanita mencecah umur 40 ke atas, kebanyakan dari telur yang terhasil dari kilang ovarinya adalah abnormal. Bagi wanita berumur 41-43 tahun 90% dari telurnya adalah abnormal. Oleh itu, implantasi dan kehamilan akan menurun dengan mendadak bagi wanita tersebut.

Akan tetapi, jika dilihat wanita yang sudah melangkau umur menopaus yang mampu melahirkan anak dari rahimnya membuktikan umur rahim bukanlah faktor utama menghalang wanita dari hamil. Pelbagai innovasi teknologi kini yang telah berjaya menjadikan ramai wanita yang berusia matang hamil seperti ‘egg donor’ dan pembekuan telur.

Bolehkah telur yang tua direjuvenasikan?

ivfrejuvenation

Baru-baru ini Dr Tasha terbaca mengenai penemuan saintifik yang dikatakan boleh membantu ‘rejuvenasi’ telur-telur di dalam kilang ovari untuk membantu terutamanya wanita yang mempunyai masalah kualiti atau kuantiti yang rendah hamil. Pada waktu ini, ia hanyalah pada peringkat penyelidikan dan terdapat ramai pihak yang masih berasa skeptikal sama ada rawatan tersebut berkesan ataupun tidak.

Usah tangguhkan rawatan kesuburan yang berkesan

Bagi wanita beragama Islam, ‘donor eggs’ ini adalah diharamkan. Oleh itu, Dr Tasha sarankan semua wanita bukan sahaja yang beragama Islam agar tidak melengah-lengah waktu untuk menjadi seorang ibu. Memang tidak dinafikan dilema seorang wanita moden antara mengejar kerjaya atau membina keluarga. Bagi yang menghadapi masalah kesuburan, berikhtiarlah agar dapat cepat hamil.Kadar kejayaan rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF adalah jauh lebih tinggi di kalangan wanita yang berusia lebih muda berbanding wanita yang sudah berumur ‘late 30s’ ataupun 40an.

Dr Tasha kerap berasa kesal sekiranya berjumpa dengan pasangan yang sudahpun berkahwin lama tetapi secara sengaja ataupun tidak sengaja telah menangguhkan rawatan kesuburan sehinggalah umur pasangan wanitanya adalah lebih matang kerana tahu kadar kejayaan rawatan IVF mereka akan jatuh mendadak hanya kerana umur wanita tersebut. Tidak disangkal juga agak ramai juga wanita yang berusia matang telah berjaya hamil ‘despite all odds’ setelah menjalani rawatan IVF mereka, terdetik dalam hati Dr Tasha, sudah rezeki mereka. Alhamdulillah!

Posted on May 18, 2016, in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. salam dr tasha, adakah umur 32 tahun dikira masih muda atau sudah lewat dalam rawatan kesuburan? saya sudah 6 tahun berkahwin, obesiti dan mengalami haid yg tak teratur, sblm ini kalau jmpa doktor, mesti akan disuruh turunkan berat badan. ianya amat sukar bg saya, dan sbb tu saya tangguhkan jumpa doktor, sbb ramai doktor seolah2 refuse utk menjalankn rawatan atas saya. apa pendapat dr tasha?

    • Wsalam Azie,

      32 tahun masih agak muda tetapi oleh kerana sudahpun 6 tahun berkahwin, usahlah berlengahkan waktu. Most likely you have PCOS yang menybabkan kitaran haid tidak teratur dan masalah obesiti. Dr Tasha yakin jika Azie berusaha sedaya upaya dan sangat inginkan zuriat, Azie pasti boleh turunkan berat badan Azie. In Sha Allah. Kena both exercise dan kawal pengambilan makanan. Sebab utama ramai doktor seolah2 menangguh rawatan untuk Azie ialah kerana:
      1. Risiko jika Azie hamil dengan berat badan yang berlebihan adalah tinggi. Risiko seperti kencing manis, darah tinggi, komplikasi semasa bersalin yang mungkin boleh memudaratkan your own health.
      2. Kadar kejayaan rawatan kesuburan dan juga ubat rangsangan telur yang diperlukan adalah lebih tinggi jika berat badan berlebihan.

      Ramai wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan PCOS apabila menurunkan berat badan only 5-10% sahaja sudah boleh melihat perubahan di mana kitaran haid mereka menjadi lebih teratur dan tidak kurang juga yang hamil sendiri! Oleh itu, usahlah bertanggapan negatif kepada doktor2 we only want the best for you! 🙂 Help us help you Azie.

  2. Ruginya kalau lengah2kan masa, kita ni punyalah nak anak…

  3. dr tasha…i mghadapi ketidaksuburan sekunder…ank sulung sudah 9 thun tp shingga skrg msh xdpt hamil utk ank ke 2…umur sy 35 tahun..iui 2x failed…doc cuma ckp masalah sy dan asben ialah unexplained infertility…wht can u suggest to us?

    • Wsalam Byzura,

      Jikalau begitu, the best option with a good success rate is IVF. Jika berminat untuk meneruskan rawatan kesuburan di bawah jagaan Dr Tasha, sila buat appointment di KL Fertility Centre dengan menelefon 0320933500. Dr Tasha baru shj merawati seorang pesakit very similar age and background dengan rawatan IVF, beliau kini sudahpun 13 minggu hamil anak kembar. Alhamdulillah.

  4. Salam Dr tasha..saya berumur 35 thn sudah 10 berkahwin ..pernah membuat lapaskopi utk endometrosis..telah buat IUI sekali tetapi gagal..akhirnya tlh buat IVF pada 2 thn yg lps..tetapi gagal juga…saya ade plan utk buat IVF kali kedua..tp saya takut utk rawatan IVF kali kedua…ape pendapat dr tasha tntng 2nd ivf dan peluang berjaya 2nd ivf?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: