Lapisan dinding rahim yang optimum untuk implantasi

“Doktor, saya sudah gagal IVF sekali. Adakah ini disebabkan oleh lapisan dinding rahim saya yang tidak elok?”

Apakah Lapisan endometrium?

Dinding rahim terdiri daripada 3 lapisan iaitu perimetrium, myometrium dan endometrium.

reproduktifsystem

Endometrium adalah lapisan dinding rahim yang paling dalam di mana embrio menempel untuk implantasi dan kehamilan terhasil. Ianya juga dikenali sebagai ‘endometrial lining’ dalam Bahasa Inggeris.

plantSatu perumpamaan yang mudah untuk diambil ialah ‘endometrial lining’ yang elok seumpama tanah yang subur di taman. Untuk menghasilkan implantasi dan pembentukan serta perkembangan embrio yang elok ianya memerlukan ‘endometrial lining’ yang baik seperti mana bunga yang cantik mekar berkembang di taman terhasil oleh tanah yang telah dijaga dengan baik menggunakan air, baja dan cahaya matahari yang diperlukan.

Kadang-kala memang agak sukar untuk doktor IVF yang merawati untuk mengenalpasti dengan tepat apakah punca kegagalan IVF – adakah embrio ataupun endometrium? Kajian telah mendapati bahawa sekiranya wanita yang menjalani prosedur embrio transfer meletakkan embrio yang telah disahkan mempunyai genetik yang normal melalui proses PGS kejayaan IVF adalah 60%. Oleh itu, 40% kes yang telah gagal mungkin berpunca dari masalah rahim.

Oleh itu, sekiranya rawatan IVF gagal, hendaklah berbincang semula dengan doktor yang merawati untuk melihat apakah langkah yang perlu dilakukan untuk rawatan IVF seterusnya. Ramai wanita yang hamil selepas FET dengan lebihan embrio yang diperolehi dari prosedur penyedutan telurnya.

Bagaimanakah ‘Endometrial Lining’ kelihatan di dalam imbasan scan?

Lazimnya ‘Endometrial lining’ adalah lebih elok untuk dilihat apabila waktu subur seseorang wanita kerana pada waktu ini tahap hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan menyebabkan ‘Endometrial lining’ tersebut menjadi tebal dan ini akan memudahkan doktor untuk memantaunya dengan lebih jelas dengan menggunakan imbasan scan melalui faraj.

trilaminar-endometrium

‘Trilaminar’ endometrial lining seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Ketiga-tiga lapisan tersebut jelas kelihatan kerana lapisan garis bernombor 1, 2 dan 3 adalah lebih cerah ‘hyperechogenic’ berbanding dua lapisan yang berada di antaranya yang adalah ‘hypoechogenic’. Garis nombor 2 sebenarnya adalah rongga rahim ie ‘uterine cavity’ dan garis nombor 2 & 3 adalah dinding endometrium.

Apakah kriteria-kriteria ‘Endometrial Lining’ yang optimum?

Bagi wanita yang sedang melalui rawatan kesuburan terutamanya IVF, salah satu faktor penting agar dia hamil adalah dengan mempunyai ‘Endometrial Lining’ yang optimum ataupun dikatakan ‘receptive’.

‘Trilaminar’ Endometrial Lining

Seperti yang kelihatan di dalam gambarajah di bawah yang menunjukkan tiga corak lapisan endometrium: (1)

A. Kelihatan dengan jelas 3 garisan yang terang (‘hyperechogenic lines’). Ini dinamakan sebagai ‘Trilaminar’ endometrium.

B. Lapisan tengah-tengah yang merupakan rongga rahim (‘uterine cavity’) tidak kelihatan sejelas berbanding dengan corak A.

C. Endometrium corak C pula garisan tengah iaitu rongga rahim langsung tidak kelihatan.

endometrial-lining-pattern

‘Trilaminar’ Endometrial lining adalah corak A yang kelihatan pada gambarajah di atas. Kajian menunjukkan kadar kejayaan IVF adalah lebih tinggi di kalangan wanita yang mempunyai corak ‘Trilaminar’ endometrial lining tersebut pada hari di mana suntikan HCG dilakukan.(2)

‘Endometrial Lining’ yang tebal

Di samping, corak endometrial lining yang ‘trilaminar’, ketebalan endometrial lining juga mungkin memainkan peranan penting untuk membolehkan implantasi dan kadar kejayaan yang elok selepas rawatan IVF. Kajian yang dijalankan oleh Maged et al menunjukkan ketebalan dinding rahim 10 – 12.9 mm dan mempunyai corak ‘trilaminar’ mempunyai kadar kehamilan yang paling baik. (3) Kebanyakan kajian telah menunjukkan ketebalan dinding rahim seelok-eloknya hendaklah sekurang-kurangnya 7 mm ke atas untuk mendapat kehamilan.

‘Endometrial Lining’ yang mempunyai aliran darah yang elok

Aliran darah yang mengalir di dalam rahim juga dikatakan boleh mempengaruhi kadar kejayaan rawatan IVF.

 ERA (Endometrial Receptivity Analysis)

Ini adalah sejenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada endometrial linng seseorang wanita itu adalah sesuai untuk implantasi embrio. Ujian ini mungkin adalah sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah ‘recurrent implantation failure’. Biopsi lapisan dinding rahim dan kajian sampel biopsi tersebut akan dibuat di makmal. Prosedur ini akan dilakukan satu kitaran sebelum pemindahan embrio akan dilakukan bagi menentukan bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan prosedur ’embrio transfer’ (ET).

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempunyai ‘Endometrial Lining’ yang optimum

  1. Pengambilan Nutrisi dan Diet yang Sihat
  2. Senaman
  3. Vitamin D
  4. Akupuntur
  5. Frozen Embryo Transfer

Masih banyak penyelidikan kini sedang aktif dijalankan untuk mengkaji interaksi antara embrio-endometrium. Diharapkan kajian tersebut dapat membongkarkan rahsia yang lebih mendalam pada masa terdekat mengenai ‘receptivity endometrial lining’ agar kadar kejayaan rawatan IVF dapat dipertingkatkan lagi.

Ikutilah Post Blog seterusnya di mana Dr Tasha akan membincangkan ‘Endometrial Lining’ yang nipis – Punca dan Rawatan untuk kondisi tersebut.

References:

1. Fei Gong, et al. A Modified ultra-long pituitary downregulation protocol improved endometrial receptivity and clinical outcome for infertile patients with polycystic ovarian syndrome. Experimental and Therapeutic Medicine (2015): 1865-1870

2. Jing Zhao, et al. Endometrial Pattern, Thickness and Growth in Predicting pregnancy Outcome in following 3319 IVF Cycle. Reproductive Biomedicine Online. (Dec 2014);Volume 9, Issue 3 :291 – 298

3. Maged Al Mohammady, Ghada Abdel Fattah, et al. The impact of combined endometrial thickness and pattern on the success of intracytoplasmic sperm injection (ICSI) cycles. Middle East Fertility Society Journal. (2013);Vol 13 (Issue 3): 165 -170

quotesivf

Posted on November 3, 2016, in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: