Apakah anda sudah benar-benar bersedia untuk rawatan IVF anda?

Apakah anda sudah benar-benar bersedia untuk rawatan IVF anda?

🦋 Jawapan pantas

  • Buat persediaan fizikal, mental dan kewangan sebelum IVF.
  • Mula persediaan sekitar 2–3 bulan sebelum rawatan.
  • Persiapan mental penting — rawatan IVF boleh memberi tekanan.
  • Ramai wanita hamil pada kitaran IVF ke-2 atau ke-3 — jangan putus asa jika kali pertama gagal.
  • Rancang langkah seterusnya, termasuk menggunakan embrio beku.

“Dr Tasha, apakah persediaan yang perlu saya buat sebelum rawatan IVF”

Persoalan di atas kerap kali ditanyakan oleh pesakit Dr Tasha yang akan memulakan rawatan IVF mereka tidak lama lagi. Oleh itu, diharapkan post blog kali ini dapat mengulas serba sedikit apakah persediaan dari segi mental dan emosi yang perlu dibuat oleh pasangan yang akan menghadapi rawatan IVF mereka.

Bilakah saya perlu mula membuat persiapan untuk Rawatan IVF?

Exam

Ingatkah dulu sewaktu zaman persekolahan di mana ada peperiksaan penting yang perlu diduduki? Mungkin ramai yang sudah pun lupa yang sebenarnya anda sebenarnya telahpun membuat persiapan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan tersebut, lebih-lebih jika ianya adalah peperiksaan yang penting sehingga sanggup bersengkang mata menelaah buku. Persiapan yang mantap akan dibuat 3 – 6 bulan sebelum itu untuk memastikan anda benar-benar bersedia itu menghadapi detik-detik genting menduduki peperiksaan.

Ini samalah seperti rawatan IVF, pasangan TTC sebenarnya perlu membuat persediaan dari segi fizikal, mental dan juga kewangan agar dapat mengharungi rawatan IVF tersebut dengan baik. Memang dari pengalaman Dr Tasha ada juga pasangan yang tidak membuat persiapan yang bagus. Datang-datang terus nak buat IVF. Sebaik-baiknya jumpa pakar kesuburan 3 bulan ataupun sekurangnya 2 bulan sebelum rawatan IVF dimulakan agar persiapan boleh dibuat.

Kepentingan persiapan mental untuk melalui rawatan IVF

Di sini Dr Tasha ingin juga menekankan kepentingan persiapan mental untuk menghadapi IVF. Tidak dinafikan rawatan IVF ‘can be stressful’ – terpaksa kerap pergi klinik untuk dipantau perkembangan folikel, kena diperiksa melalui faraj, dicucuk setiap hari, mengalami simtom-simtom tekanan perasaan yang tidak stabil disebabkan kesan sampingan hormon serta kena pula membayar kos rawatan yang mahal. Akhirnya, tidak ada guaranti 100% anda akan hamil setelah melalui semua itu.

Pasangan-pasangan TTC hendaklah membuat persediaan macam seorang olahragawan ataupun ahli sukan yang akan melalui perlumbaan atau perlawanan penting. Mereka akan membuat ‘visualisation’ bagaimana mereka akan melalui perlumbaan tersebut. Apabila kita lihat atlet profesional bermain dengan prestasi cemerlang, ramai tidak menyedari persiapan mental yang mungkin telah dibuat agar kekal tenang dan meneruskan perjuangan mantap sehingga ketitisan terakhir. Terdapat banyak faktor penghalang yang tidak dapat dielakkan dan dijangkakan seperti cuaca.

Paling penting bagi pasangan TTC apakah yang akan mereka buat seandainya keputusan ‘pregnancy test’ bukanlah seperti yang diharapkan. Apakah yang mereka akan lakukan selepas itu. Mengalah ataupun membuat persediaan yang lebih baik serta meneruskan percubaan seterusnya?

Apakah peluang untuk hamil selepas gagal rawatan IVF?

Ramai wanita yang hamil hanya selepas menjalani rawatan IVF kedua ataupun ketiga mereka. Tetapi agak ramai juga pasangan TTC yang terlalu hampa selepas gagal rawatan IVF pertama mereka sehingga tidak dapat mengharungi langsung rawatan IVF seterus mereka walaupun mereka mampu dari segi kewangan untuk meneruskan rawatan mereka kerana tidak mampu menahan tekanan emosi sekiranya rawatan tersebut juga gagal.

Oleh itu, usahlah terlalu kecewa jika rawatan IVF pertama gagal. Adalah diharapkan masih ada lagi embrio yang dibekukan agar anda dapat membuat rawatan FET. Juga hendaklah berbincang dengan pakar IVF masing-masing dan melihat sama ada terdapat sebarang langkah yang boleh dibuat untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF, teruskanlah rawatan sehingga berjaya.

                                 

Kadang-kala Dr Tasha mendapat pertanyaan sebegini, “Doktor, berapa peratuskah pesakit doktor yang membuat IVF berjaya hamil dan berapa pula baby yang telahpun lahir?” Masa mula-mula agak ‘taken aback’ back those questions tetapi sekarang Dr Tasha confident untuk menjawab. “Kalau betul-betul nak tahu, boleh pergi tanya kat our embriologis dalam IVF lab. Lab kami sendiri memang ‘kiasu’ dengan statistics success rate kami. Tiap-tiap hari embriologis kami duduk tekun mengisi dan menganalisis data untuk memastikan tiada trend yang membimbangkan. Boleh tengok pun the last few years success rate kami. Overall, Alhamdulillah success rate is good” akan tetapi pesakit tersebut hendaklah selain menuding jari kepada hanya doktor dan embriologis yang merawati untuk memastikan kejayaan IVF mereka patut bertanya pula kepada diri mereka sendiri. Apakah mereka sendiri benar-benar sudah membuat persediaan untuk memastikan mereka akan hamil? 

Soalan lazim

Bilakah perlu mula membuat persiapan untuk IVF?

Sebaik-baiknya 2–3 bulan sebelum rawatan, supaya persediaan fizikal, mental dan kewangan dapat dilakukan dengan baik.

Apakah persediaan yang perlu dibuat?

Persediaan fizikal (kesihatan dan berat badan), mental (sokongan emosi dan harapan realistik) serta kewangan.

Apakah peluang hamil selepas gagal rawatan IVF?

Ramai wanita hamil hanya selepas rawatan IVF kedua atau ketiga. Jangan terlalu kecewa jika kali pertama gagal, dan manfaatkan embrio yang dibekukan jika ada.

Bagaimana mempersiapkan mental untuk IVF?

Bersedia seperti seorang atlet — fahami prosedur, tetapkan harapan realistik, dan rancang apa yang akan dilakukan jika keputusan tidak seperti diharap.

Sumber

  1. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)
  2. NHS — Treatment for infertility

Baca juga: Kekuatan emosi untuk melalui IVF.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading