Apa yang perlu anda tahu mengenai kandungan luar rahim

Apa yang perlu anda tahu mengenai kandungan luar rahim

 

🦋 Jawapan pantas

  • Kandungan luar rahim (ektopik) berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio.
  • Risiko: sejarah ektopik, umur >35, IUD, rawatan kesuburan seperti IUI, masalah kesuburan, jangkitan STD dan pembedahan tiub.
  • Simptom: sakit perut, pendarahan, pengsan (kerana pendarahan dalaman) — sebahagian tiada simptom.
  • Dikesan melalui imbasan pelvis awal kehamilan.
  • Rawatan: pemantauan, pembedahan, atau suntikan methotrexate.

1. Apakah kandungan luar rahim?

Kandungan luar rahim juga dikenali sebagai kandungan ektopik. Ini ialah apabila seorang wanita disahkan hamil tetapi kandungannya berapa di luar rahim. 90% kandungan luar rahim berada di dalam saluran peranakan (‘Fallopian tube’). Jarang-jarang kandungan ektopic boleh berlaku di kilang telur, dalam ‘abdomen’ dan juga pada pangkal rahim.

2. Bagaimanakah kandungan luar rahim boleh berlaku?

Pada kebiasaannya, apabila seseorang wanita akan mengalami ovulasi pada waktu suburnya. Telur ini akan memasuki saluran peranakannya, bertemu dengan sperma pasangannya dan persenyawaan akan terjadi. Embrio yang terbentuk seterusnya akan turun ke dalam rahim dan implantasi akan berlaku. Akan tetapi, kandungan luar rahim berlaku sekiranya embrio yang terbentuk tidak turun ke dalam rahim, tetapi implantasi terjadi di dinding saluran peranakan pula. Saluran peranakan adalah nipis berbanding dengan dinding rahim, jadi implantasi embrio akan menyebabkan dinding saluran peranakan pecah dan pendarahan dalaman boleh berlaku.

3. Bolehkah kandungan luar rahim dimasukkan semula ke dalam rahim?

Buat masa ini, kita tidak mempunyai teknologi untuk berbuat demikian. Oleh itu, apabila kandungan ektopik berlaku kita terpaksa memberikan rawatan yang bersesuaian sama ada dengan pembedahan atau pengambilan ubat.

4. Siapakah mempunyai risiko untuk mendapat kandungan luar rahim ini?

  • Pernah mempunyai sejarah mengalami kandungan luar rahim
  • Berumur >35 tahun ke atas
  • Mengandung dengan alat IUD di dalam rahim sebagai pencegah kehamilan
  • Mengandung selepas menjalani rawatan kesuburan seperti IUI
  • Mempunyai masalah kesuburan
  • Mempunyai latarbelakang infeksi saluran peranakan seperti penyakit kelamin berjangkit (‘STD’)
  • Mengandung setelah mempunyai sejarah pembedahan mengikat saluran peranakan (‘Bilateral tubal ligation’)

5.  Apakah risiko untuk saya mendapat kandungan luar rahim buat kali kedua?

Peluang untuk mendapat kandungan luar rahim seterusnya ialah 10-15%. Oleh itu, sekiranya anda pernah mengalami kandungan luar rahim, anda perlu rujuk kepada doktor untuk kandungan seterusnya untuk membuat imbasan scan seawal 5-6 minggu untuk memastikan yang kandungan berada di dalam rahim.

6. Apakah simptom-simptom yang mungkin berlaku jika mengandung kandungan luar rahim?

  • Setengah-tengah tidak mengalami apa-apa simptom pun. Kandungan luar rahim dikesan dengan imbasan scan pada awal kandungan.
  • Sakit perut
  • Pengsan kerana berlaku pendarahan yang banyak di dalam perut disebabkan saluran peranakan pecah

7. Bagaimanakah kandungan luar rahim dapat dikesan?

  • Melalui imbasan pelvis pada peringkat awal kehamilan. Sekiranya anda mengandung dan kantung atau bayi tidak dapat di dalam rahim, doktor akan mengesyaki kandungan luar rahim
  • Pesakit mempunyai simptom-simptom kandungan luar rahim dan imbasan pelvis mengesahkan kondisi ini.

8. Apakah rawatan yang boleh diberikan untuk kandungan luar rahim?

  • Pemantauan Rapi. Setengah-tengah kandungan luar rahim akan gugur dengan sendirinya.
  • Pembedahan untuk membuang kandungan luar rahim tersebut. Ini selalunya akan membabitkan pembuangan saluran peranakan yang terlibat sama. (‘Salpingectomy’)
  • Pemberian ubat Methotrexate melalui suntikan (Ubat kanser akan ‘mematikan’ kandungan luar rahim tersebut)

Soalan lazim

Apakah kandungan luar rahim?

Kandungan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel dan berkembang di luar rahim, lazimnya dalam tiub fallopio. Ia tidak boleh diteruskan sebagai kehamilan biasa.

Siapa yang berisiko?

Wanita dengan sejarah kandungan ektopik, umur lebih 35 tahun, menggunakan IUD, menjalani rawatan kesuburan (IUI/IVF), mempunyai masalah kesuburan, jangkitan STD atau sejarah pembedahan tiub.

Apakah simptom kandungan luar rahim?

Sesetengah wanita tiada simptom. Yang lain mengalami sakit perut, pendarahan faraj, atau pengsan akibat pendarahan dalaman.

Apakah rawatan untuk kandungan luar rahim?

Pilihan termasuk pemantauan rapi (sesetengah gugur sendiri), pembedahan untuk membuang kandungan, atau suntikan methotrexate.

Sumber

  1. NHS — Ectopic pregnancy
  2. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)

Baca juga: Apakah punca hydrosalpinx?.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading